Wednesday, December 31, 2008


[[[[[[[ 12.20 pm ]]]]]]]

Allahu Akbar…Susahnya nak istiqamah dengan amalan yaumiyah..tengok orang lain senang je nampak..
Solat jemaah pun tak setel lagi..apatah lagi nak buat benda2 lain..

Allahu Akbar…Susahnya subjek hari ni..
tu kena hafal, ni kena hafal…
study rasanya lebih dari orang lain..
pointer dapat rendah jugak..siap kena repeat lagi...
Orang lain selalu je makan2 kat luar, aku tak pun…
Orang lain selalu je sembang-sembang, aku ada la jugak tapi takde la macam diorang..
Orang lain relaks je nampak, aku bersengkang mata malam-malam…
Orang lain…
Orang lain…

Allahu Akbar…Susahnya nak pikul amanah
Dapat jawatan satu je pun, tu pu tak mampu nak buat..
Orang lain pegang empat lima jawatan, ok ke nampak..
Aku ni..susah sangat..
Nak letak jawatan, malas nak nyusahkan orang lain..
Alah, pegang je la..buat keja sikit-sikit sudah..
Huhu..

Allahu Akbar…Susahnya nak atasi kesusahan..

….Luahan nafsu yang sememangnya tak pernah berhenti memberi alasan…

Tapi bila akal berfikir balik…

Iman pun memberi jawapan..
Ntah ape-ape la aku ni
Fikir bukan-bukan..
Macam orang takde iman..
Astaghfirullahal ‘azim
Na’im..na’im..

Kesusahan itu adalah manis bagi orang beriman
Rempah kehidupan..
Tanpanya, kehidupan manusia ini akan menjadi terlalu kosong, useless..
Kerana kesusahan itulah matlamat kehidupan..
Kerana kesusahan itu adalah satu ujian
Kerana kesusahan itu akan menjadi tapisan
Kerana kesusahan itu akan menjadi kemanisan
Kerana kesusahan itu datang dari Tuhan..

Wahai insan yang berTUHAN,
bersabarlah dan berbahagialah hati menghadapi setiap kesulitan,
biar seperit manapun ia…
yakinlah dengan janji Tuhan..
Setiap kejayaan mengatasi kesusahan itu akan diganti dengan kebahagiaan..
Di alam yang kekal abadi…alam yang menjadi titik akhir sebuah kehidupan
Sesungguhnya kesusahan di dunia ini tak seberapa untuk dibandingkan dengan kesenangan di akhirat..

Kemudian, otak memproses signal yang sampai dan menjadikan satu maklumat:

Na’im, jadikanlah al-quran sebagai kekuatan!!!

Otak pun menghantar maklumat yang telah siap diproses ke motor receptor untuk tindakan tubuh badan..

Senyumlah, kerana setiap apa yang berlaku itu adalah datang dari ALLAH swt..

Otot-otot di muka bertindak balas dan terhasilah senyuman…

Hehe..

Sekadar monolog dalaman..


p/s : susah jugak nak istiqamah update blog ni.huhu

[[[[[[[ 12.50pm ]]]]]]

Thursday, December 25, 2008

ijtihad hati


Salamullahi’alaik..

Buat kesekian kali dalam hidup saya, satu lagi pengajaran terbaik yang saya peroleh hasil koreksi diri yang mampu saya hasilkan…

:: bErCaKaP biLa pErLu ::

Selama ini saya merasakan mungkin saya terlalu banyak bercakap pada hal yang tidak sepatutnya..pada waktu yang tidak kena..pada tempat yang tidak selayaknya…

…mungkin kerana kekhilafan ini, saya telah banyak berlaku khianat kepada orang lain…

Apabila kita terlalu banyak bercakap dalam keadaan kita sebenarnya tidak ada apa yang hendak diberi, maka orang akan melihat kita tinggi, sedangkan kita tidak punyai apa-apa pada diri yang boleh dimanfaatkan kepada kumpulan sasar

Sekadar ijtihad hati yang terlalu dha’if

Tuesday, December 23, 2008

ALLAH…Sumber Motivasi Hakiki


Hari ini adalah hari pertama bermulanya kuliah untuk semester 2, Bachelor of Optometry & Visual Science. Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi peluang untuk meneruskan pengajian dalam bidang ini. Namun entah kenapa, hati berasa begitu berbelah bahagi untuk meneruskan pengajian dalam bidang ini… namun setelah ku penuhi masa dengan koreksi diri, ku dapati mungkin faktor-faktor ini yang membuatkan langkah terasa lambat dan hati berasa amat gundah untuk meneruskan amanah dan tanggungjawab agama ini.

>> result semester 1 yang terasa begitu menguji..2.74 dengan memerlukan repeat OPTICS next semester

>> tersedar dari lamunan dan lena yang panjang..betapa jauhnya diri dari matlamat dan prinsip perjuangan muthlak yang sebelum ini menjadi benteng kekuatan diri
>> kesihatan mata yang semakin meruncing..gerak hati yang sememangnya tidak pasti

Namun, dengan kemampuan diri yang begitu terbatas, mengharapkan dokongan dan iringan restu Ilahi melalui solat istikharah yang terlaksana sesempurna mungkin, Alhamdulillah sekarang hati berasa lebih tenang dalam mengharungi hari-hari mendatang…

Aku cuba mencari kembali kekuatan maha hebat yang pernah aku bina sewaktu berada di bumi barakah Kuala Kubu Bharu suatu ketika dahulu…

Aku cuba mengekstrak kembali blok-blok benteng kesabaran yang pernah berdiri begitu utuh sewaktu berjuang di Pusat Asasi dulu..

Aku cuba mendirikan kembali tiang-tiang keyakinan dan kepastian pada Ilahi bernama
tawakkal..yang pernah menjadi tongkat terstabil selama berada dalam alam keremajaan suatu ketika dulu
Aku cuba mengumpul dan menyimpan bekalan-bekalan berupa nasihat dan kata-kata semangat dari sahabat-sahabat dan insan istimewa dalam hidupku..
Dan akhirnya, aku berjaya mencari satu resolusi yang aku rasa terbaik untukku dan agamaku…
MUHAMMAD NA’IM BIN ‘ABDUL RAHIM perlu meneruskan perjuangan di bumi Allah Kuantan ini dengan semangat yang kental dan berjiwa besar untuk menempuhi segala macam lumrah dunia yang sememangnya menjadi syarat asas sebuah kehidupan seorang muslim…apalah ada pada kehidupan manusia bernama muslim tanpa sebarang kesusahan dan kepayahan..yakin dan redhalah dengan segala ketentuanNYA..berusahalah semaksima yang mungkin..biarlah DIA yang memberi final decision dala hidup kita dan berusahalah bersyukur atas segala pemberiannya..Jadilah manusia yang paling redha dan yakin dengan janji serta ketentuan Allah subhanahu wa ta’ala.

“..apakah kamu mengira kami membiarkan kamu untuk mengatakan sesungguhnya kami telah beriman sedangkan kamu belum diuji..”
(Al-Ankabut:2)
“...Dialah yang menjadikan kematian dan kehidupan itu untuk menguji di antara kamu siapakah yang terbaik amalannya…”
(Al-Mulk:2)
Dan akhirnya hanyasanya Allahlah yang layak menjadi sumber kekuatan dan sumber motivasi hakiki dalam hidup seorang muslim..Sesungguhnya Dialah matlamat awal dan akhir kehidupan kita..Dan segalanya yang kita lakukan dalam setiap ruang dalam kehidupan ini tidak lain hanyalah untuk menagih secebis redha dan maghfirahNYA buat kebahagiaan di kampung akhirat yang kekal abadi..
Moga Allahlah yang menjadi tujuan hidup kita..manusia tidak memberi bekas melainkan dengan izin ALLAH subhanahu wa ta’ala.
Allah..Allah..Allah..cinta hakiki

Thursday, December 18, 2008

Safir Menggapai redha Ilahi - bahagian 2 [Hadiah istimewa dari Nilai]


penat tangkap gambar, akhirnya gambar ni yang lekat
15 Disember 2008

Pada petang ahad, saya bertolak ke Pusat Asasi UIAM Nilai. Memang sudah saya selitkan dalam perancangan perjalanan saya untuk melawat adik-adik di CFS PJ dan Nilai. Cuma saya terpaksa batalkan rancanagn ke PJ atas sebab-sebab yang tak dapat saya elakkan (maaf sahabat-sahabat di PJ=). Alhamdulillah, sepanjang keberadaan saya di sana (tak lama pun, sehari semalam je), layanan yang saya terima cukup istimewa. Terasa amat kemanisan ukhwah. Alhamdulillah.. Di sana, saya sempat berkenalan dengan beberapa sahabat baru. Antaranya, syahir, aqif, alhafiz, aizat dan nursalam..Semua mereka ni adalah pelajar Tahun 1 di sana. Moga ukhwah yang terjalin akan berkekalan dan moga ukhwah ini berguna untuk kemashlahatan agama di mana saja kami berada. InsyaALLAH..

Malamnya, saya menghabiskan waktu berbual dengan anak usrah semasa saya di PJ dulu. Walaupun berjauhan dan jarang-jarang berhubung, saya tidak pernah rasa keakraban kami makin berkurang, bahkan makin bertaut. Sayang sangat saya kepadanya. Banyak perkara yang kami diskusikan. Masing-masing berasa sedih dan begitu tersentuh dengan parahnya penyakit ummat pada akhir zaman ini. Masing-masing berasakan begitu teruja dan kepingin untuk bersama-sama mengembeling tenaga kurniaan Ilahi ini untuk sama-sama mengembalikan agama pada tempatnya. Masing-masing berasa insaf dan sedar akan kewajipan menegakkan kalimah ALLAH ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…Tidak sia-sia persahabatan yang telah kami jalinkan. Moga ALLAH sentiasa meletakkan kami dalam golongan pilihanNYA. Apalah yang lebih bahagia dalam sebuah persahabatan apabila sahabatnya itu mampu membantunya lebioh dekat dengan ALLAH. Moga persahabatan ini berkekalan sehingga kami sama-sama layak menjadi penghuni Al-Jannah, sebaik-baik dan semulia-mulia tempat di Kampung Akhirat..kesempatan bertemu dengan izzat kali ini adalah hadiah paling istimewa dari ALLAH sempena kedatangan ke Nilai kali ini.

Subhanallah…Alhamdulillah…Allahu Akbar…

15 Disember 2008

Kembara terakhir bagi tahun 1429 H dan 2008 ini berakhir dengan meninggalkan saat-saat paling gembira dalam hidup saya. Alhamdulillah, sebelum saya pulang ke Kedah, akhirnya saya berkesempatan juga untuk bertemu dengan seorang kenalan Friendster yang sudah lama berkenalan melalui alam maya. Helmi, pelajar perubatan di Univercity of Cairo, Mesir. Dah banyka kali kami cuba merancang untuk bertemu namun gagal belaka. Walaupun berjumpa tidak sampai sejam, Alhamdulillah kami berasa cukup puas hati. Sekurang-kurangnya dapat juga berjumpa untuk pertama kali. Dia akan pulang semula ke Mesir 23 Disember akan datang. Moga segala yang terbaik untuknya, insyaALLAH….

Lepas tu, dalam pukul 8malam, saya pun bertolak pulang ke Kedah dengan menaiki kereta api. Alhamdulillah, segalanya baik..

Safir menggapai redha ILAHI - bahagian 1 [hikmah kembara]



12-14 Disember 2008

Alhamdulillah, keputusan untuk datang ke Kuala Lumpur merupakan antara keputusan terbaik dalam hidup saya. Sekurang-kurangnya cuti yang berbaki beberapa hari lagi dapat diisi dengan perkara yang bermanfaat. Sebenarnya, saya ke KL untuk menghadiri satu kem ibadah yang dianjurkan oleh sebuah syarikat consultant. Sasarannya ialah pelajar-pelajar yang baru selesai peperiksaan SPM. Alhamdulillah, walaupun datang sebagai AJK program, namun pelbagai ilmu baru yang saya peroleh dan yang lebih bersyukur adalah safir kali ini menambahkan lagi semangat dan cinta saya kepada agama dan menjadikan saya insan yang termotivasi untuk hidup sebagai manusia yang berTUHAN.

Pengalaman berprogram dengan sahabat-sahabat yang lebih muda membuatkan saya berasa begitu kerdil dihadapan mereka. Walaupun saya sudah berusia 21 tahun, namun kualiti diri yang ada belum mencukupi untuk saya menjadi promoter terbaik kepada masyarakat di sekeliling saya yang Islam adalah agama terbaik untuk dianuti. Bagaimana seorang jurujual ingin memromosi produk yang dijualnya sekiranya dia sendiri belum merasai sendiri keberkesanan produk tersebut. Mungkin inilah yang menjadi antara punca kegagalan golongan pendakwah. Bukan untuk memperlekehkan atau melemahkan semangat dakwah mereka, tetapi sekadar ingin menyemarakkan dan menyedarkan golongan DA’IE bahawa dakwah akan berkesan sekiranya mereka sendiri mengamalkan Islam secara menyeluruh dalam diri mereka dalam usaha menyampaikan mesej agama..Mungkin mesej agama itu akan disampaikan dengan baik, namun belum tentu kesan dakwah itu akan mengtuk ke pintu hati sasaran mad’u kita dek kerana da’ie itu sendiri belum mengotakan apa yang dia katakan.

“Islah nafsaka, wad’u ghairaka”

Namun, bukanlah bermakna da’ie itu perlu mengundur diri apabila menyedari kekurangan ini. Kita semua adalah manusia yang sememangnya tidak lari dari kelemahan dan kekurangan. Dalam hadis di atas, sepatutnya menjadi pegangan dan sumber motivasi kepada golongan da’ie. Dalam masa kita memperbetul diri sendiri, kita juga wajib memperbetul masyarakat di sekeliling kita. Tanggungjawab dakwah memang sudah terletak dibahu kita sebagai muslim sejak kali pertama kita melafazkan kalam yang paling Agung selepas kalam ALLAH iaitu kalam syahadah, La Ilaha illallah Muhammad Rasulullah..Dan selepas setiap dari kita mencapai akil baligh, segala kewajipan seorang muslim itu harus ditaati selagi tidak ada ma’zurah yang menghilangkan tingkatan wajib itu. Terdapat beberapa ayat di dalam al-quran, kalam teragung bagi umat Islam, yang menyatakan kewajipan berdakwah. Antaranya ialah:

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung.
(Ali Imran:104)

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
(Ali Imran: 110)

Jadi, apakah jalan terbaik untuk kita menjadi pendakwah yang terbaik untuk umat kini yang sememangnya tertunggu-tunggu para da’ie memimpin tangan mereka ke jalan yang diredhaiNYA, jalan yang diikuti golongan terdahulu untuk sampai kepada ALLAH swt..???

Bagi saya, 2 perkara yang perlu ada pada seorang da’ie iaitu:

ILMU
(fikr + ‘amal = tarbiyyah)

AKHLAK

2 perkara inilah yang menghiasi perjalanan dakwah Rasullullah sallahu ‘alaihi wasallam. Ilmu, ya’ni wahyu berupa syariat dari Ilahi yang disampaikan melalui guru baginda yang sememangnya mursyid, malaikat Jibrail ‘alaihi salam. Dan yang kedua, akhlak..dalam coretan sirah, sememangnya telah termaktub bahawasanya ramai manusia yang hidup pada zaman baginda tertarik dengan Islam kerana cantiknya kelakuan (husnul khuluk) baginda…

jadi, wahai para mujahid muda, da’ie yang ingin meneruskan perjuangan Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam, persiapkanlah diri kalian supaya golongan pendakwah tidak dituduh sebagai pembawa fitnah kepada agama itu sendiri. Jangan takut dan malu dengan kepincangan yang dimiliki, sebaliknya berusahalah menutupi kepincangan tersebut dengan kelebihan-kelebihan lain yang ada pada diri. ALLAH itu Maha Adil pada setiap sesuatu. Wallahu a’lam…

p/s :saya teringat kata-kata yang didendangkan dalam klip video filem Sang Murabbi..

selayaknya bagi jiwa-jiwa yang mengazamkan dirinya di jalan ini
menjadikan dakwah sebagai laku utama
dialah visi, dialah misi, dialah obsesi
dialah yang menggelayuti di setiap nafas
dialah yang akan mengantarkan jiwa-jiwa ini
Kepada redha dan maghfirah Tuhannya kelak

Bersambung…

Tuesday, December 16, 2008

-Taubat Seorang Hamba-




Hati hiba mengenangkan

dosa-dosa yang aku lakukan

Oh Tuhan Maha Kuasa

Terima taubat hamba berdosa


Ku akui kelemahan diri

Ku insafi kekurangan ini

Ke kesali kejahilan ini

Terima terimalah taubatku ini


Telah aku merasakan

Derita jiwa dan perasaan

Kerna hilang dari jalan

Menuju redhaMU Ya Tuhan


Ku akui kelemahan diri

Ku insafi kekurangan ini

Ke kesali kejahilan ini

Terima terimalah taubatku ini


Di hamparan ini ku meminta

Moga taubatku diterima


Ku akui kelemahan diri

Ku insafi kekurangan ini

Ke kesali kejahilan ini

Terima terimalah taubatku ini


Oleh : Irsyadee ft. Hafiz Hamidun

Monday, November 17, 2008

BINGKISAN UNTUKMU BERGELAR SAHABAT



teman yang baik adalah umpama hujan
yang menyejukkan mentari yang hangat,
cahaya yang menutupi kegelapan,
dari pandangan mata, kita berpaut penglihatan,
dari pandangan hati, kita saling kasih mengasihi..
bukan hanya cinta,
bukan sekadar sayang,
kita semua bersama,
atas dasar keikhlasan dan kejujuran,
yang hadir dalam diri kita,
mungkinkah setiap insan, yang bersama kita itu,
ikhlas dan jujur pada persahabatan?
bukan mudah untuk mencari teman yang baik,
kadang-kala ia sudah berada dihadapan mata,
tatkala persepsi kita sahaja,
membiarkan ianya berlalu sahaja tanpa disedari,
kadang-kala jua, teman yang baik itu..
berasal daripada seorang insane yang pernah mengkhianati kita,
tetapi cahaya hidayah dan keinsafan,
membuatkan dirinya kembali ke landasan yang betul,
kerana dia tersedar daripada khayalan diri,
yang diselubungi syaitan dan nafsu..


keikhlasan dan kejujuran,
tidak boleh diukur,
kerana ia tersimpan jauh di benak hati,
yang sukar dijangkau dan diketahui,
Oleh pandangan manusia biasa,
yang serba kekurangan dan kejahilan
apatah lagi kepercayaan yang tulus,
yang juga bukan mudah untuk dilihat melalui pandangan mata kasar,
semuanya hanya mampu dinilai oleh pandangan hati yang telus dan tulus,
niatkan dalam diri kita sebelum berteman,
kerana ia adalah permulaan kepada ukhwah yang sejati,
berdoalah kepada ALLAH swt,
agar dipertemukan sebuah persahabatan,
yang akan memanfaatkan diri,
yang akan meninggalkan memori silam,
yang bakal menghasilkan sebuah kebahagiaan yang kekal..



jangan terlalu memilih,
kerana mungkin disebalik pasir itu… terselit sebutir mutiara,
jangan pula terlalu membuka hati kita,
menerima semua untuk menemani kita,
mungkin kita akan terlupa yang disebalik madu itu ada racun,
hati yang telus, bila termakan racun,
tatkala menaruh madu,
kelak hati itu akan tertutup untuk menerima orang lain,
itulah kekecewaan yang melukakan dan sukar dirawat,
hargailah setiap insan yang menerima diri kita seadanya dan selayaknya,
walau dalam apa jua keadaan..


belajarlah untuk menerima teman yang memperbaiki kita,
belajarlah juga bagaimana untuk menutupi kelemahan teman kita,
jadikanlah persahabatan itu medan perjuangan diri menuju redha Ilahi,
berkata-kata baik, berbudi bahasa sesama teman,
kelak nanti ia akan menguntungkan kita disana..


jika ada kesalahan…maafkanlah
jika ada kelemahan… perbaikilah,
jika ada kebaikan padanya…contohilah,
marilah bersama-sama meniti jambatan kejayaan,
terimalah kehadirannya dengan hati yang terbuka,
pandangan mata dan impresi awal,
sering menilai orang lain sebelum menerima mereka,
oleh itu berwaspadalah dan berdoalah kepadaNya,
agar ikatan yang terbina itu akan kekal,
hanya ALLAH swt yang tahu bagaimanakah pengakhirannya,
hanya Dialah yang tahu siapa yang layak bersama kita,
biarlah kita berteman ramai
kerana dalam ramai-ramai itu mungkin ada yang baik untuk kita....
bersama-sama bersahabat di dunia dan berteman di akhirat,
insyaALLAHu ta’ala....

SEKADAR CETUSAN HATI



Salamullahi’alaik…

Segala puji dan puja buat Tuhan semesta alam, ALLAH swt kerana dengan rahman dan petunjukNYA memberi peluang pada hamba-hambaNYA untuk terus menerapkan ruh pentauhidan dalam setiap hela nafas yang berbaki di dunia yang penuh dengan sandirawanya ini atas nama IBADAH.

Rasa bersalah sungguh pada blog abu_hanzallah ini kerana diri ini yang memberi ‘nyawa’ padanya untuk wujud, namun saya biarkan ia sepi tanpa perhiasan dan pengisian. Seperti rumah yang ditinggalkan kosong dan tidak dipedulikan. Ibarat ibu yang melahirkan tetapi meninggalkan anaknya tanpa makan dan minum serta tidak berurus. Alhamdulillah, final exam sudah berlalu dengan pelbagai isi dan aksi mengiringi fatrah tersebut. Maklumlah, exam pertama di universiti sebagai siswa dalam Ijazah Sarjana Muda Optometri & Sains Visual. Terlalu mencabar buat diri yang penuh dengan kepincangan ini. Apa pun, moga natijahnya nanti menambahkan syukur dan keyakinan pada ALLAH swt, Rabb Yang Maha Mengetahui. Kadang-kadang saya melawak dengan rakan-rakan untuk menukar jurusan lain pada semester hadapan. Lawak yng berunsur serius barangkali. Namun, apabila direnung kembali, menukar jurusan bukanlah jalan yang terbaik buat diri saya. Seperti orang yang sudah berputus asa dengan kesusahan hidup dan ingin melarikan diri dari kesulitan yang hanya bersifat sementara ini..wal ‘iyazubillah. Satu semester di UIAM masih terlalu awal untuk membuat apa-apa kesimpulan dalam bidang ini. Walaupun terkadang timbul kerisauan yang tidak menentu, samada saya mampu menjadi seorang Optometrist yang berjaya atau tidak dengan monocular vision (penglihatan satu sisi) yang saya ada. Ye la, bagaimana seorang yang mempunyai monocular vision ingin merawat orang lain yang mempunyai binocular vision(penglihatan dua sisi). Namun, melalui sedikit perbincangan dengan beberapa orang pensyarah, mereka memberi jaminan yang saya tidak mempunyai kesulitan yang besar untuk survive dalam bidang ini. Moga begitulah hendaknya, insyaALLAH. ‘Manakan dapat sagu, kalau tidak dipecahkan ruyungnya’ bukan??




Selepas sahaja exam yang berakhir pada 8 November lalu, saya dan semua siswa Tahun 1 Optometry tidak dibenarkan pulang lagi kerana kami perlu menjadi subjek untuk practical exam siswa-siswi Tahun 3 juga dalam bidang yang sama. 12 November rasanya..Sehari sebelum hari tersebut, saya telah dimaklumkan yang saya akan menjadi subjek untuk siswi Tahun 3. Allahu Akbar…perkara yang ingin saya elakkan terkena pada diri sendiri. Bukannya tidak faham sistem pembelajaran di universiti, tetapi belum bersedia diri ini disentuh dan dipegang oleh berlainan jantina, walaupun atas dasar ilmu dan profesionalisme…Dalam Optometry Tahun 1, siswa lelakinya hanyalah 5 orang dan 13 orang lagi siswi. Dalam tahun 3 pula, hanya ada 3 orang siswa. Jadi kebarangkalian untuk jadi subjek bagi siswi memang sudah dijangka. Everything went nicely at that time. There was no screaming or shouting came from our cubicle (^_^). Sebelum-sebelum ini, ada juga berbicara dengan sahabat-sahabat se’course’. Nanti bila naik 3rd year, nak pakai sarung tangan la, nak pakai sarung muka la..Tetapi, bila difikir kembali, tak tahula samada saya boleh mempertahankan prinsip yang saya pegang selama ini atau tidak. Kalau keadaan memerlukan saya untuk tidak memakai sarung tangn, then fine, I can be very professional at that situation. But what I want to stress out is why should we touch others without glove if it is not has any relevant purpose?? Sekadar satu timbulan persoalan untuk mereka-mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia kesihatan.

Saya menimbulkan persoalan ini kerana sistem pendidikan yang sedang dilalui sekarang adalah sistem barat. Saya akui ada usaha untuk menyulamkan unsur-unsur agama dalam sistem pembelajaran, namun ia belum mencukupi. Alhamdulillah, dengan adanya usaha-usaha yang dibuat seperti di UIAM, cuba menyelitkan unsur pentauhidan sebagai elemen penting dalam pendidikan dilihat sebagai satu langkah yang baik. Kita perlu sedar, golongan terdahulu dilahirkan melalui sistem pendidikan yang dicipta oleh penjajah barat. Bukan ingin mempersoalkan terus perkara yang lalu atau ingin mempertikai. Cumanya, golongan pendidik yang beragama Islam harus menyedari hakikat ini. Kalaulah kita ada satu sistem yang dicipta oleh orang muslim, pastinya natijah yang kita akan dapat melalui sistem ini akan lebih jelas kerana ia lahir dari sistem yang berteraskan acuan Rabbani.

Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya daripada Allah? dan Hanya kepadaNyalah kami menyembah.
(Al-Baqarah:138)

(Shibghah artinya celupan. Shibghah Allah: celupan Allah yang berarti iman kepada Allah yang tidak disertai dengan kemusyrikan)

Walaupun dibelenggu oleh seribu kepincangan dan kecacatan yang sedia ada dalam sistem pendidikan sekarang khususnya dalam suasana IPTA, bukanlah bermaksud kita perlu berhenti dari belajar. Teruskanlah JIHAD AL-‘ILM ini sehingga kita berjaya memperoleh tahap yang tertinggi. Supaya di akhirnya nanti kita akan kembali kepakaran yang kita ada ini untuk kita tinggikan kalimah LA ILAHA ILLALLAH di muka bumi ALLAH swt ini. Namun dalam masa yang sama, berusahalah bersama-sama mereka yang tidak berhenti siang dan malam untuk merencanakan usaha menegakkan Islam yang murni di bumi Malaysia ini khususnya. Belajar adalah sebahagian tuntutan yang perlu kita tunaikan, selebihnya janganlah kita lupa atau pura-pura terlupa dengan tanggungjawab-tanggungjawab agama yang lain.

Kuat untuk kuatkan yang lain. ALLAH swt adalah sumber kekuatan yang Hakiki.

Wallahu subhanahu wa ta’ala a’lam

Saturday, October 18, 2008

KEPALA PUSING..KEPALA PUSING…

Semasa saya mencuri sedikit masa untuk menulis dalam blog ini, saya sedang menunggu azan maghrib.. hari ini saya still puasa dek kerana puasa enam syawal yang masih belum saya selesaikan. Baru akhir-akhir ini kesihatan saya kembali ok.

Exam final lebih kurang 13 hari lagi.. saya pulak masih pening-pening dengan timbunan subjek yang masih belum dihadamkan kesemuanya. Belajar memang susah..sesuatu yang baik tentunya ALLAH iringi dengan kesusahan dan kepayahan untuk kita rasa manis di akhirnya..it’s normal for everybody including me. Cuma mungkin diri ini terlalu lemah untuk menjadi hamba yang kuat..selalu tanam dalam diri..SAYA PERLU JADI KUAT UNTUK MENJADI KUAT DAN SAYA PERLU JADI KUAT UNTUK KUATKAN ORANG LAIN..

Muhasabah adalah jalan terbaik untuk mencari solusi sesuatu kepincangan itu berlaku..TIADA GROUP STUDY…TAK SEMUA SUBJEK BUAT PRE-READING..TAK CONSTANT STUDY…RUUHIYAH LEMAH…QURAN TAK JAGA..BANYAK BUANG MASA…MACAM-MACAM LAGI LA..memang senang saja nak cari jawapan..tapi macam mana nak berubah???

+++++ setelah pening-pening fikir, akhirnya saya rasa saya perlu buat SATU perkara untuk excellent in this semester. Perkara tersebut adalah…+++++

SEDAR & BERUBAH !!!!

no point of turning back

Wallahu ta’ala a’lam

Friday, October 17, 2008

FLIGHT KE ALAM BARZAKH

-sekadar gambar hiasan-


-peringatan buat diriku yang sering lupa-

Ingatilah akan flight kita ke ALAM BARZAKH

One way flight yang tiada jalan pulangnya

Apabila pergi…will be forever

Confirm flight yang tiada waiting list

Tiada booking dari awal

Tiada bagasi yang perlu dibawa dan discan

Tiada nombor tempat duduk yang perlu dicari

Tiada smile good morning dari pramugara dan pramugari

Tiada juice dan hidangan serta demo keselamatan

Tiada bahan bacaan untuk tatapan

Dan tidak terlihat awan yang penuh memutih

Yang ada…

Hanya check-in dari Izrail yang memanggil

Hanya ucap selamat dari tanah perkuburan

Hanya soalan dari mungkar dan nakir yang menggerunkan

Hanya bacaan talqin yang menginsafkan

Hanya pertarungan ujian dengan syaitan

Yang cuba menyesatkan aqidah dengan seribu penyamaran

Hanya iringan yaasin yang menjadi alunan

Hanya amalan yang akan discan

Dengan detail dan teliti walaupun sebesar zarah

Segala amalan akan ditanggung samada soleh ataupun yang toleh

Betapa adilnya ALLAH swt

Tidak membiarkan sebarang penganiaan

Untuk rujukan di liang perkuburan

Jika mulia jadilah taman syurga

Kalau hina….jadilah lubang neraka

Kita confirm akan ke sana

Tiada yang terlepas dari persoalanNYA

Berwaspadalah dan beringatlah

Bukankah Rasulullah telah bersabda dengan tazkirahnya

Tiada tiket yang menunjukkan masa dan tarikh

Tanpa mengetahui bilakah masanya

Semuanya dalam pengetahuan

PENGETAHUAN ALLAH swt YANG MAHA ESA

Thursday, October 9, 2008

ALHAMDULILLAH..


Habis saja kelas Human Developmental Psychology tadi, saya terus ke COM LAB after solat Asar untuk mencari maklumat for this week trigger in PBL class. Ketika saya menulis kala ini, saya sedang berada di hostel, mengisi masa kosong(bukan kosong pun sebenarnya) untuk menulis sedikit. Alhamdulillah, segala pujian hanya layak buatNYA kerana ari ini 2 komitmen telah pun sempurna disiapkan dengan sedaya yang mungkin. Seperti yang telah ditaqdirkan, hari ini saya perlu membentangkan satu seminar bertajuk “ISLAMIC PERSPECTIVE ON HEALTHCARE” untuk subjek Healthcare Management & Administration. Satu lagi, assignment Bahasa Melayu yang tertunggak sebelum cuti aidilfitri lepas.

Kegagalan merancang pattern of life di kuantan ini telah menyebabkan berlaku sedikit kebobrokan dalam hidup saya. Kelas yang agak pack, perjumpaan society, batch dan komitmen2 yang datang on the spot membuatkan keadaan nampak seperti agak kucar-kacir. Tapi, ini bukanlah satu keluhan. Sekadar meluahkan apa sebenarnya yang berlaku. When this thing happened, selalunya, akan ada yang tersisih dan terabai..selalunya blog abu_hanzallah inilah yang menjadi mangsa. Paling sedih apabila tiada masa untuk bersama al-quran apatah lagi ketika ingin mencari ‘modal baru’ untuk kelas al-quran pada malamnya..semuanya mesti saya telan, kunyah dan hadam semuanya kerana inilah intipati kehidupan yang telah ALLAH janjikan. Pastinya janji pada ujian, juga pada natijah atas ujian yang DIA taqdirkan.

“..Dialah yang menjadikan kematian dan kehidupan sebagai ujian untuk kamu siapa yang terbaik amalannya. Dan DIAlah Rabb yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun..”
(Al-Mulk:2)

Maha Suci ALLAH, ganjaran dan kenikmatan syurga maha bahagia ynag sedang kita imani selama ini menjadikan hidup saya sepatutnya bersa tegar dengan segala kesusahan yang telah, sedang dan bakal hadir kerana semua ‘penderitaan’ ini tidak bernilai apa-apa patah lagi ‘berbaloi’ jika hendak dibandingkan dengan ganjaran yang telah ALLAH sediakan pada kita. Bersabarlah hati menempuhi ujian dalam hidup, kerana itulah jalan yang boleh membawa kita ke syurga milik Sang Pemberi Abadi lagi Hakiki.

Moga setiap manusia itu sedar kehidupan berTUHAN yang sedang mereka lalui ini bukanlah sekadar biasa seorang manusia yang berTUAN tetapi hakikat hamba ynag berTUHAN. Ya, hidup ini memang terlalu indah sekirany segala-galanya diqasadkan(ditetapkan) kerana ALLAHU SUBHANAHU WA TA’ALA…

Wallahu subhanahu wa ta’ala a’lam

Sunday, September 14, 2008

Andai ini Ramadhan terakhir..


salamullahi'alaik..

sajak ini saya dapat dari email yang dihantar dari seorang sahabat saya.Moga ianya dapat memberi sedikit manfaat buat semua pembaca.insyaALLAH

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA





Cahaya yang kian malap..


Kala senja itu tiba ku termenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat TUHAN
Dosa yang aku lakukan menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia in tanpa cahaya Ilahi
Baru kini ku sedari jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup melempar hatiku ini
Ke lembah kehinaan..

Dalam kegelapan itu terbit cahaya dariMU
Memandu hambaMU menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran
KAU terangi jalanku menuju syurgaMU
Dan KAU tunjuki dengan hidayahMU

Hanyalah padaMU ku hadapkan diri mohon keampunan
Kala senja itu tiba ku termenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat TUHAN
Dosa yang aku lakukan menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih bantulah hambaMU ini
Yang kian terumbang-ambing di dalam arus duniawi
Ku berdoa kepadaMU memohon limpah rahmatMU
Mentari hidupku kan bersinar kembali

Oleh: kumpulan Haikal

Setiap kali aku dalam keadaan agak tertekan, lagu inilah yang banyak memberi suntikan keinsafan kepadaku untuk kembali bangun meneruskan langkah2 satria di atas muka bumi ALLAH swt ini.

Pertama kali dalam hidup aku merasakan perasaan down yang amat sangat untuk teruskan amanah2 yang perlu aku galas di muka bumi UIAM Kuantan ini…memang terasa sangat…

Ya ALLAH, kepadaMU aku berserah..mohon kekuatan..mohon perlindungan..

Thabatkan aku Ya ALLAH dalam jalan AgamaMU…

Matikan aku dalam iman dan Islam…

Ya ALLAH swt, aku sentiasa redha dengan ketentuanMU..

KAU berikanlah aku kekuatan YA ALLAH..untuk aku hadapi setiap ujian dan ketentuanMU..

Sesungguhnya aku lemah tanpa nushrah dan petunjukMU…

Wednesday, September 10, 2008

KEHADIRAN YANG DIRASAI.. KEHILANGAN YANG MEMBERI ERTI

Kesibukan dunia yg begitu mendesak membuatkan hidupku menjadi agak kelam kabut, tambahan aku memang lemah dalam aspek mengurus masa. Namun, peristiwa yg berlaku dalam 2hari lepas(8 september 08 bersamaan 8 ramadhan 1429H) memang amat mengejutkan lantas menghambat hati dan jiwaku untuk menghidupkan kembali blog yg dah terlalu lama lekang dari sentuhan posting2 baru yg menyegarkan..

Malam lsnin lepas, seperti malam2 bermakna ramadhan yg telah berlalu, aku memang agak sibuk dengan tugas2 yg masih berbaki , tambahan dengan fathrah imtihan yg belum habis..Masa tu aku baru habis dari kelas al-quran..lambat jgk habis malam tu.Tengah buat kerja, h/p berbunyi tanda ada mesej masuk tapi pending , sbb no space..then, faiz call aku bagitau satu berita yg tak pernah aku jangka ia akan berlaku secepat itu..”Naim, ada dapat mesej dari iqbal tak? Betul ke, qeba sms bagitau kak hajar dah MENINGGAL???..” masa tu aku rasa jantung aku berhenti berdenyut buat beberapa detik..YA ALLAH..Kalau iqbal bagitau, betul la tu..takkan dia nak melawak soal mati ni..Then, seorang sahabiah dari UIAM Gombak juga call aku.Juga beritahu berita yg sama..sah!!Inna lillahi wainna ilaihi rajii’un. Kalimah itu sajalah yg mampu keluar dari mulut aku.Memang agak sibuk malam itu..sekadar menghadiahkan ummul furqan pada arwah, aku menghabiskan tugas2 aku tanpa sempat membaca rantaian2 sms yg aku pasti mengkhabarkan berita yg sama..
Tengah malamnya, sepanjang malam aku habiskan masa mengenangkan kembali nostalgia manis bersama arwah..Rasanya baru semalam kami berbual bersama2, membincangkan isu ummat yg semakin meruncing..rasanya baru semalam aku dan arwah kak hajar bersengkang mata merencanakan agenda da’wah dan tarbiyyah bersama2..Rasanya semuanya seperti baru semalam ianya berlaku.Apa pun yg aku rasa, hakikatnya permata tak ternilai ni telah pun kembali bertemu KEKASIHnya membawa heretan amanah dan tanggungjawab yg telah sedaya upaya dipenuhi dgn penuh komited dan usaha yg tidak berbelah bahagi..

Dalam kesibukan yg tak dapat aku elak, akhirnya kematian kak hajar menjenguk kehidupanku yg agak terumbang-ambing ini dengan seribu pengajaran..

YA ALLAH, betapa jauhnya aku dariMU..aku lupa yg aku juga akan kembali kepadaMU..YA ALLAH, kembalikanlah aku dalam keadaan KAU redha denganku dan aku redha dgn ketentuanMU..

Moga ALLAH swt menempatkan ruh arwah SITI HAJAR IZHAM dikalangan hamba2 pilihanNYA..

AL-FATIHAH

Wednesday, July 2, 2008

NAFAS BARU




salamullahi'alaik..
kekejangan masa membuatkan laman ini tersa sunyi sangat dari posting2 baru..memang rasa agak terkilan tapi keadaan memang tak mengizinkan..

ALHAMDULILLAH, bermula 29 jun lepas, saya telah mendaftar di UIAM kampus kuantan untuk menyambung pengajian ijazah sarjana muda optometri, insyaALLAH..moga ALLAH mudahkan segala-galanya.Moga tak gugur di perjalanan...

Friday, June 6, 2008

MINYAK OH MINYAK

RUNTUH RUNTUH.. HARGA MINYAK

RAKYAT KITA…SUDAH MENDERITA…

TURUN TURUN… HARGA MINYAK…

TURUN TURUN….TURUN PAK LAH..

Itulah serba sedikit antara laungan-laungan yg dilontarkan dalam PERHIMPUNAN AMAN bagi menyuarakan pendirian rakyat mengenai isu kenaikan minyak di negara Malaysia ini.Perhimpunan ini diketuai oleh Ust Musodak sendiri, selaku Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah. Perhimpunan aman ini diakhiri secara aman denagn bacaan doa. Tiada kecederaan atau keganasan yg berlaku sepanjang ianya berlangsung.

Kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen (dari RM1.92 kepada RM2.70) memang mengejutkan rakyat. Apapun dalam kancah dunia politik, perkara ini memang sesuatu yg telah diramal berlaku. Ini adalah salah satu lagi HADIAH dari kerajaan yg didokongi BN untuk rakyat2 yg telah mengundi mereka. Tahniah kepada semua pengundi2 BN. Secara umumnya, kenaikan harga minyak ini adalah tindakan kurang bijak BN walaupun mereka cuba mengaburi mata rakyat dengan subsidi kenderaan yg akan diberi kepada pemilik kenderaan bermula 1 Julai 2008. Walaupun saya tidak mampu untuk menjelaskan dengan terperinci alasan2 yg menyokong pernyataan saya tadi, namun berdasarkan sedikit diskusi bersama sahabat2 yg agak arif dalam hal ini, sememangnya tindakan menaikkan harga minyak hanya akan menzalimi rakyat Malaysia terutamanya bagi mereka yg berpendapatan rendah.

‘Ala Kulli Hal, ini mungkin permulaan untuk kejutan2 lain selepas ini. Selagi Pak Lah tidak diturunkan, selagi itu rakyat akan ditipu hidup2 oleh pemerintahan kerajaan BN. InsyaALLAH moga2 fenomena minyak ini akan membuka hati rakyat yg sudah pun sedar tentang kezaliman dan pembohongan kerajaan. Insya ALLAH kerajaan BN akan tumbang akibat permainan mereka sendiri dan ketika itu Pakatan Rakyat akan bangun untuk menerajui kerajaan yg baru. Kalau tidak pada tempoh sesingkat itu, yakinlah kerajaan BN akan tumbang pada pililhanraya yg akan datang.

KALAU PAK LAH TAKMAU TURUN, KITA YG AKAN TURUNKANNYA!!

TAKBIR! ALLAHU AKBAR!!!

Wednesday, June 4, 2008

SEUNTAI KATA UNTUK DIRASA_

KHAS BUAT INSAN BERGELAR MUSLIMAH,

PENERUS PERJUANGAN ZAINAB AL-GHAZALI

2 Jun lepas, saya buka friendster dan dapat satu message daripada senior saya dari Mesir. Jazakallah Kak Athirah =) Selalunya saya jarang baca inbox dlm frendster ni sebab tiada masa dan selalunya kandungannya hanya berupa iklan dan mesej berantai. Tetapi mesej kali ini agak menarik perhatian saya. Jadi saya rasa elok saya post dalam blog supaya pengunjung dapat mengambil pengajaran dari luahan hati penulis tersebut. Selamat membaca dan moga2 pembaca dapat memahami apa yg ingin disampaikan…insyaALLAH

Artikel/Cerpen dan Peringatan.. FaisaL 12:35 pm

dipetik dari blog wewr iaitu ~Khabar Dari Urdun~ dalam entri bertajuk Muslimah & Gambar -

MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,

Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur

“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,

Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati. Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Wallahu A’lam..