Segala puji dan puja buat Tuhan semesta alam, ALLAH swt kerana dengan rahman dan petunjukNYA memberi peluang pada hamba-hambaNYA untuk terus menerapkan ruh pentauhidan dalam setiap hela nafas yang berbaki di dunia yang penuh dengan sandirawanya ini atas nama IBADAH.
Rasa bersalah sungguh pada blog abu_hanzallah ini kerana diri ini yang memberi ‘nyawa’ padanya untuk wujud, namun saya biarkan ia sepi tanpa perhiasan dan pengisian. Seperti rumah yang ditinggalkan kosong dan tidak dipedulikan. Ibarat ibu yang melahirkan tetapi meninggalkan anaknya tanpa makan dan minum serta tidak berurus. Alhamdulillah, final exam sudah berlalu dengan pelbagai isi dan aksi mengiringi fatrah tersebut. Maklumlah, exam pertama di universiti sebagai siswa dalam Ijazah Sarjana Muda Optometri & Sains Visual. Terlalu mencabar buat diri yang penuh dengan kepincangan ini. Apa pun, moga natijahnya nanti menambahkan syukur dan keyakinan pada ALLAH swt, Rabb Yang Maha Mengetahui. Kadang-kadang saya melawak dengan rakan-rakan untuk menukar jurusan lain pada semester hadapan. Lawak yng berunsur serius barangkali. Namun, apabila direnung kembali, menukar jurusan bukanlah jalan yang terbaik buat diri saya. Seperti orang yang sudah berputus asa dengan kesusahan hidup dan ingin melarikan diri dari kesulitan yang hanya bersifat sementara ini..wal ‘iyazubillah. Satu semester di UIAM masih terlalu awal untuk membuat apa-apa kesimpulan dalam bidang ini. Walaupun terkadang timbul kerisauan yang tidak menentu, samada saya mampu menjadi seorang Optometrist yang berjaya atau tidak dengan monocular vision (penglihatan satu sisi) yang saya ada. Ye la, bagaimana seorang yang mempunyai monocular vision ingin merawat orang lain yang mempunyai binocular vision(penglihatan dua sisi). Namun, melalui sedikit perbincangan dengan beberapa orang pensyarah, mereka memberi jaminan yang saya tidak mempunyai kesulitan yang besar untuk survive dalam bidang ini. Moga begitulah hendaknya, insyaALLAH. ‘Manakan dapat sagu, kalau tidak dipecahkan ruyungnya’ bukan??
Selepas sahaja exam yang berakhir pada 8 November lalu, saya dan semua siswa Tahun 1 Optometry tidak dibenarkan pulang lagi kerana kami perlu menjadi subjek untuk practical exam siswa-siswi Tahun 3 juga dalam bidang yang sama. 12 November rasanya..Sehari sebelum hari tersebut, saya telah dimaklumkan yang saya akan menjadi subjek untuk siswi Tahun 3. Allahu Akbar…perkara yang ingin saya elakkan terkena pada diri sendiri. Bukannya tidak faham sistem pembelajaran di universiti, tetapi belum bersedia diri ini disentuh dan dipegang oleh berlainan jantina, walaupun atas dasar ilmu dan profesionalisme…Dalam Optometry Tahun 1, siswa lelakinya hanyalah 5 orang dan 13 orang lagi siswi. Dalam tahun 3 pula, hanya ada 3 orang siswa. Jadi kebarangkalian untuk jadi subjek bagi siswi memang sudah dijangka. Everything went nicely at that time. There was no screaming or shouting came from our cubicle (^_^). Sebelum-sebelum ini, ada juga berbicara dengan sahabat-sahabat se’course’. Nanti bila naik 3rd year, nak pakai sarung tangan la, nak pakai sarung muka la..Tetapi, bila difikir kembali, tak tahula samada saya boleh mempertahankan prinsip yang saya pegang selama ini atau tidak. Kalau keadaan memerlukan saya untuk tidak memakai sarung tangn, then fine, I can be very professional at that situation. But what I want to stress out is why should we touch others without glove if it is not has any relevant purpose?? Sekadar satu timbulan persoalan untuk mereka-mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia kesihatan.
Saya menimbulkan persoalan ini kerana sistem pendidikan yang sedang dilalui sekarang adalah sistem barat. Saya akui ada usaha untuk menyulamkan unsur-unsur agama dalam sistem pembelajaran, namun ia belum mencukupi. Alhamdulillah, dengan adanya usaha-usaha yang dibuat seperti di UIAM, cuba menyelitkan unsur pentauhidan sebagai elemen penting dalam pendidikan dilihat sebagai satu langkah yang baik. Kita perlu sedar, golongan terdahulu dilahirkan melalui sistem pendidikan yang dicipta oleh penjajah barat. Bukan ingin mempersoalkan terus perkara yang lalu atau ingin mempertikai. Cumanya, golongan pendidik yang beragama Islam harus menyedari hakikat ini. Kalaulah kita ada satu sistem yang dicipta oleh orang muslim, pastinya natijah yang kita akan dapat melalui sistem ini akan lebih jelas kerana ia lahir dari sistem yang berteraskan acuan Rabbani.
Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya daripada Allah? dan Hanya kepadaNyalah kami menyembah.
(Al-Baqarah:138)
(Shibghah artinya celupan. Shibghah Allah: celupan Allah yang berarti iman kepada Allah yang tidak disertai dengan kemusyrikan)
Walaupun dibelenggu oleh seribu kepincangan dan kecacatan yang sedia ada dalam sistem pendidikan sekarang khususnya dalam suasana IPTA, bukanlah bermaksud kita perlu berhenti dari belajar. Teruskanlah JIHAD AL-‘ILM ini sehingga kita berjaya memperoleh tahap yang tertinggi. Supaya di akhirnya nanti kita akan kembali kepakaran yang kita ada ini untuk kita tinggikan kalimah LA ILAHA ILLALLAH di muka bumi ALLAH swt ini. Namun dalam masa yang sama, berusahalah bersama-sama mereka yang tidak berhenti siang dan malam untuk merencanakan usaha menegakkan Islam yang murni di bumi Malaysia ini khususnya. Belajar adalah sebahagian tuntutan yang perlu kita tunaikan, selebihnya janganlah kita lupa atau pura-pura terlupa dengan tanggungjawab-tanggungjawab agama yang lain.
Kuat untuk kuatkan yang lain. ALLAH swt adalah sumber kekuatan yang Hakiki.
Wallahu subhanahu wa ta’ala a’lam
No comments:
Post a Comment