Wednesday, December 31, 2008


[[[[[[[ 12.20 pm ]]]]]]]

Allahu Akbar…Susahnya nak istiqamah dengan amalan yaumiyah..tengok orang lain senang je nampak..
Solat jemaah pun tak setel lagi..apatah lagi nak buat benda2 lain..

Allahu Akbar…Susahnya subjek hari ni..
tu kena hafal, ni kena hafal…
study rasanya lebih dari orang lain..
pointer dapat rendah jugak..siap kena repeat lagi...
Orang lain selalu je makan2 kat luar, aku tak pun…
Orang lain selalu je sembang-sembang, aku ada la jugak tapi takde la macam diorang..
Orang lain relaks je nampak, aku bersengkang mata malam-malam…
Orang lain…
Orang lain…

Allahu Akbar…Susahnya nak pikul amanah
Dapat jawatan satu je pun, tu pu tak mampu nak buat..
Orang lain pegang empat lima jawatan, ok ke nampak..
Aku ni..susah sangat..
Nak letak jawatan, malas nak nyusahkan orang lain..
Alah, pegang je la..buat keja sikit-sikit sudah..
Huhu..

Allahu Akbar…Susahnya nak atasi kesusahan..

….Luahan nafsu yang sememangnya tak pernah berhenti memberi alasan…

Tapi bila akal berfikir balik…

Iman pun memberi jawapan..
Ntah ape-ape la aku ni
Fikir bukan-bukan..
Macam orang takde iman..
Astaghfirullahal ‘azim
Na’im..na’im..

Kesusahan itu adalah manis bagi orang beriman
Rempah kehidupan..
Tanpanya, kehidupan manusia ini akan menjadi terlalu kosong, useless..
Kerana kesusahan itulah matlamat kehidupan..
Kerana kesusahan itu adalah satu ujian
Kerana kesusahan itu akan menjadi tapisan
Kerana kesusahan itu akan menjadi kemanisan
Kerana kesusahan itu datang dari Tuhan..

Wahai insan yang berTUHAN,
bersabarlah dan berbahagialah hati menghadapi setiap kesulitan,
biar seperit manapun ia…
yakinlah dengan janji Tuhan..
Setiap kejayaan mengatasi kesusahan itu akan diganti dengan kebahagiaan..
Di alam yang kekal abadi…alam yang menjadi titik akhir sebuah kehidupan
Sesungguhnya kesusahan di dunia ini tak seberapa untuk dibandingkan dengan kesenangan di akhirat..

Kemudian, otak memproses signal yang sampai dan menjadikan satu maklumat:

Na’im, jadikanlah al-quran sebagai kekuatan!!!

Otak pun menghantar maklumat yang telah siap diproses ke motor receptor untuk tindakan tubuh badan..

Senyumlah, kerana setiap apa yang berlaku itu adalah datang dari ALLAH swt..

Otot-otot di muka bertindak balas dan terhasilah senyuman…

Hehe..

Sekadar monolog dalaman..


p/s : susah jugak nak istiqamah update blog ni.huhu

[[[[[[[ 12.50pm ]]]]]]

2 comments:

Syahira Jamel said...

salam ziarah

bila baca entri ni,mmg terkena kt diri sendiri. Tapi suatu masa dulu la..

percayakah kamu pada keberkatan dalam ilmu?

percayakah kamu pada janjiNya, bahawa setiap amal kebaikan itu pasti akan dibalas dengan kebaikan jua?

adakah pointer sbg kayu ukur, sdg di mata Allah, semuanya boleh diubah dgn 'kun, fayakuun..'

bila diri ini sedih: Ad-Dhuha sbg pemujuk.
bila diri ini lupa:Al-Asr sbg ingatan.

pujukan Tuhan itu memenuhi ruang dadamu sbg jillul Quran shbt..gunakannya sebaik mgkin.

"dan pengakhiran itu lebih baik daripada permulaan.."

wallahu'alam..

zanurul wani said...

worry doesn't empty tomorrow of its sorrow, it empties today of its strength