Monday, November 17, 2008

BINGKISAN UNTUKMU BERGELAR SAHABAT



teman yang baik adalah umpama hujan
yang menyejukkan mentari yang hangat,
cahaya yang menutupi kegelapan,
dari pandangan mata, kita berpaut penglihatan,
dari pandangan hati, kita saling kasih mengasihi..
bukan hanya cinta,
bukan sekadar sayang,
kita semua bersama,
atas dasar keikhlasan dan kejujuran,
yang hadir dalam diri kita,
mungkinkah setiap insan, yang bersama kita itu,
ikhlas dan jujur pada persahabatan?
bukan mudah untuk mencari teman yang baik,
kadang-kala ia sudah berada dihadapan mata,
tatkala persepsi kita sahaja,
membiarkan ianya berlalu sahaja tanpa disedari,
kadang-kala jua, teman yang baik itu..
berasal daripada seorang insane yang pernah mengkhianati kita,
tetapi cahaya hidayah dan keinsafan,
membuatkan dirinya kembali ke landasan yang betul,
kerana dia tersedar daripada khayalan diri,
yang diselubungi syaitan dan nafsu..


keikhlasan dan kejujuran,
tidak boleh diukur,
kerana ia tersimpan jauh di benak hati,
yang sukar dijangkau dan diketahui,
Oleh pandangan manusia biasa,
yang serba kekurangan dan kejahilan
apatah lagi kepercayaan yang tulus,
yang juga bukan mudah untuk dilihat melalui pandangan mata kasar,
semuanya hanya mampu dinilai oleh pandangan hati yang telus dan tulus,
niatkan dalam diri kita sebelum berteman,
kerana ia adalah permulaan kepada ukhwah yang sejati,
berdoalah kepada ALLAH swt,
agar dipertemukan sebuah persahabatan,
yang akan memanfaatkan diri,
yang akan meninggalkan memori silam,
yang bakal menghasilkan sebuah kebahagiaan yang kekal..



jangan terlalu memilih,
kerana mungkin disebalik pasir itu… terselit sebutir mutiara,
jangan pula terlalu membuka hati kita,
menerima semua untuk menemani kita,
mungkin kita akan terlupa yang disebalik madu itu ada racun,
hati yang telus, bila termakan racun,
tatkala menaruh madu,
kelak hati itu akan tertutup untuk menerima orang lain,
itulah kekecewaan yang melukakan dan sukar dirawat,
hargailah setiap insan yang menerima diri kita seadanya dan selayaknya,
walau dalam apa jua keadaan..


belajarlah untuk menerima teman yang memperbaiki kita,
belajarlah juga bagaimana untuk menutupi kelemahan teman kita,
jadikanlah persahabatan itu medan perjuangan diri menuju redha Ilahi,
berkata-kata baik, berbudi bahasa sesama teman,
kelak nanti ia akan menguntungkan kita disana..


jika ada kesalahan…maafkanlah
jika ada kelemahan… perbaikilah,
jika ada kebaikan padanya…contohilah,
marilah bersama-sama meniti jambatan kejayaan,
terimalah kehadirannya dengan hati yang terbuka,
pandangan mata dan impresi awal,
sering menilai orang lain sebelum menerima mereka,
oleh itu berwaspadalah dan berdoalah kepadaNya,
agar ikatan yang terbina itu akan kekal,
hanya ALLAH swt yang tahu bagaimanakah pengakhirannya,
hanya Dialah yang tahu siapa yang layak bersama kita,
biarlah kita berteman ramai
kerana dalam ramai-ramai itu mungkin ada yang baik untuk kita....
bersama-sama bersahabat di dunia dan berteman di akhirat,
insyaALLAHu ta’ala....

No comments: