Monday, May 11, 2009

IBUKU, IBUKU, IBUKU




Tatkala diri sibuk ‘view’ blog sahabat2, masing-masing dalam syukur dan luhur menulis sesuatu berkenaan ibu mereka. Aku juga terpanggil untuk menulis sesuatu tentang ibuku. Bukan atas factor ikutan, tetapi sebagai penyanjungan tertinggi setelah ALLAH, Rasul dan agama Islam, seorang ibu layak disanjung mulia.

Maka begitu juga ibuku, ibuku, dan ibuku..

Dari Surah Al-Luqman : 14

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)

Dalam keterbatasan waktu ini, aku cuba menyuarakan apa yang ingin ku kongsikan sempena ingatan pada seorang insane bergelar ibu(harapnya ingatan ini bukanlah hanya semasa Hari Ibu)

Tatkala terkenangkan mak(panggilan ibu dalam keluargaku), mata ini jarang sekali kering. Pastinya mata ini selalu saja basah apabila terkenangkan mak(juga ayah).

PERSEPSI KETIKA KANAK-KANAK

[sekadar gambar hiasan]

Kalau waktu kecil dulu, kalau berenggang dengan mak, memang aku akan menangis. Kalau pun ayah ‘berjaya’ memisahkan aku dengan mak, kalau ada yang tersasul ‘tersebut’ nama mak, maka secara automatik aku pasti akan menangis. Akulah yang paling rapat dengan mak berbanding adik-beradik yang lain walaupun hakikatnya semuanya rapat dengan mak. Alhamdulillah, kerjaya mak sebagai ‘suri rumah’ melengkapkan keperluan kami sebagai anak.

DI MANA MAK KETIKA DI ASRAMA

Masih ingat lagi ketika hari pertama memasuki sekolah menengah, tiba saat untuk keluarga pelajar meninggalkan kawasan sekolah, aku buat ‘derk’ je masa mak dan ayah nak balik. Salam dan cium tangan mak ayah macam biasa. Tak macam kawan-kawan yang lain. Panjang lebar mak diorang wasiatkan itu dan ini. Masa nak balik pulak, punyalah susah nak berpisah. Nangis-nangis lagi. Dalam hati aku kata, “aku ni takdak la manja sangat pun”..

indahnya suasana di sekolah [sekadar hiasan]

Tapi, sekejap je aku tiba2 jadi tercepat matang tu..datang selepas sebulan ada kat sekolah, mula la penyakit ‘home sickness’ ni berjangkit kat aku. Tapi aku rilek je depan kawan-kawan, dalam bilik air je aku mengeluarkan air mata selari dengan air pancutan dalam bilik mandi asrama tu. Lama jugak la aku asyik teringat kat rumah ja.

Alhamdulillah, pengisian yang pihak sekolah sediakan menyebabkan aku tak da masa nak manja-manja teringat kat rumah ni. Tapi, penyakit baru pulak dating. Aku dah jadi malas nak balik rumah time cuti hujung minggu. Walaupun jarak antara rumah dengan sekolah hanyalah satu jam setengah, tapi aku sanggup stay je kat asrama time budak-budak lain cuti. Tahu kenapa?

Sebab mak aku la…

Eh, tak la..bukan sebab aku merajuk ke, marah ke dengan mak aku..

Tapi aku rasa it is the best thing that I should do..

Aku kalau balik rumah bukannya bawak faedah pun pada mak dan ayah. Menyusahkan lagi ada la. Balik rumah study pun tak, tak tolong mak ayah pun..ibadah pun jadi lepat liat..pastu balik rumah tu bukan free, makan duit jugak..balik asrama, for sure mak ayah nak hantar dengan kereta. Tu pun duit jugak. Jadi, fikir-fikir(dalam keadaan kematangan ketika itu), tak balik lagi baik..mungkin tu cara terbaik aku nak berbakti pada mak dan ayah. Pemikiran masa tu la..

IBU DALAM GERAK HATI KEDEWASAANKU

Ketika usia makin meningkat ni, Alhamdulillah aku bersyukur kerana ALLAH juga telah memberi aku akal yang turut sama bertambah matang dalam menimbal-balik sesuatu perkara (walaupun kadang-kadang tidak betul)..

Dalam kedewasaan ini, seringkali aku tak mampu mengawal emosi aku sebagai seorang hamba dan anak, hakikat yang aku perlu sedari dan insafi. Aku sebenarnya anak yang tidak berjasa pada ibuku, ibuku, ibuku dan bapaku.

Terlalu banyak nasihat mereka yang aku ketepikan..

Ketika mak menyuruh aku berbuat sesuatu, banyak jawapan TIDAK daripada YA..

Bila mak menyuarakan pandangan, banyak yang tak masuk dari yang masuk ke minda…

Saat aku senang, berapa kali wajah mak yang terlayar di ingatan..tapi bila susah, mak la orang pertama yang aku cari..

Berapa banyak tahajjud dan solat hajatku, aku tujukan khas untuk memohon kesejahteraannya dunia dan akhirat…

Dalam sujud terakhirku, berapa kali aku terlupa untuk mendoakan ibuku..

Dalam doa sebelum makan, berapa kali aku terlupa mendoakan agar ALLAH mengampunkan dosa ibu,ibu,ibu dan bapaku…

“….Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)..”

(Al-Isra’:23)

AKU WUJUD ATAS IHSAN IBU

Sedarilah wahai diri yang hina, kau lahir atas ihsan seorang wanita mulia yang kini bergelar ibumu..atas ihsan dan simpatinya juga ketaatan pada TUHANnya yang melebihi segala-galanya, dia membenarkan dirimu untuk menumpang lebih kurang sembilan bulan dalam rahimnya.. dia tekun menjaga dirinya dengan rahim dan rahmah supaya dirimu juga terjaga..

Dia taat dalam melunaskan amanahnya memeliharamu atas dasar SYARI’ATULLAH dan SUNNATULLAH sehingga hari ini dirimu bisa berdiri atas muka bumi ini walau siapa pun kamu sekarang.

Dialah asbab kehadiranku….

HADIAH BUAT IBU

Semasa aku menuntut di Darul Qur’an, ustaz tasmi’ku pernah mengingatkan kami tentang tanggungjawab sebagai hamalatul quran(penjaga amanah al-quran) dan kelebihannya. Antara pengisian yang aku masih ingat adalah ustaz menyarankan kami agar bermula saat itu, kami menyedeqahkan semua pahala bacaan Al-Quran kami (sekiranya diterima ALLAH) kepada ibu dan bapa kami. Sesungguhnya pahala kita tidak akan berkurang, malah bertambah disisi ALLAH sekiranya kita ikhlas. Mungkin itulah cara yang terbaik sebagai membalas segala jasa dan kebaikan ibu dan bapa kepadaku..

Tatkala itu aku nekad, sekiranya ada amalanku yang diterima oleh ALLAH, maka aku sedeqahkan semuanya untuk ibu dan bapaku. Kerana aku ingin redha mereka sebagai jalan singkat untuk menggapai redha ALLAH…itulah yang termampu aku buat selain mentaati segala perintah mereka yang selari dengan perintahNYA walapun aku tahu, kebaikan aku pada mereka tak mampu untuk menandingi pengorbanan mereka padaku..

Maka begitulah hendaknya seorang anak yang ingin berbakti kepada ibu, ibu, ibu dan bapanya. Seorang anak yang baik, bukan sahaja mengembirakan ibu dan bapanya di dunia tetapi juga di akhirat..tidak guna kita menjadi keluarga yang saling berkasihan di dunia tetapi di akhirat kelak kita semua menjadi musuh yang saling membunuh..wal’iyazubillah

“…Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah…”

(Al-Luqman:33)

BUAT IBUKU..IBUKU..IBUKU…PUAN HASNAH BINTI ALI

selamat Hari Ibu

4 comments:

pENcINta IlaHI said...

satu perkongsian yang sggh menarik!!!thanks 4 ur sharing

lailafillah said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Nuruddin Mohamed said...

Aiwah.. Naim, biarkan cinta Quran melebarkan rahmatNYA buat umi kita gak ye. :0 :) Salam Mujahadah .:)

iman sayyidah said...

post yang sngat bermakna ttg ibu..
terharu ana..he2
teruskn berbakti pada mereka..

pengemis cinta Ilahi,
perindu syahid abadi..