Salamullahi’alaik..
Mungkin tajuk yang saya letakkan tidak sama dengan apa yang bakal saya coretkan. Apapun, entri kali ini digarap khas buat insan tersayang…
SYED MUHAMMAD BIN SYED ABDULLAH AL-HABSYI
Setelah sekian lama terputus hubungan atas sebab-sebab tertentu, akhirnya ALLAH beri peluang lagi pada saya untuk mengikat kembali ikatan yang mungkin semakin longgar dek kerana jauhnya jarak yang memisahkan sebuah ikatan persahabatan ini.
Sejak kebelakangan ini, hati selalu tertarik untuk mengingati kembali tiap detik yang berlalu di Bumi Darul Quran tercinta. Mungkin kerana sedikit perasaan bersalah yang membelenggu diri atas amanah al-quran yang kian dilepaskan dari bahu yang memikul. Alhamdulillah, dengan taufiq dan hidayah dari ALLAH, saya semakin diberi kekuatan untuk menguatkan stamina untuk memikul amanah ini hingga tiba Hari Perhitungan. Moga-moga amanah al-quran ini tetap teguh dibahuku, insyaALLAH.
Berbalik kepada kisah syed Muhammad ni..beliau ni adalah ‘adik-beradik’ saya semasa saya belajar di Darul Quran dulu. Bermula kenal semasa syed dating ke DQ untuk sesi temuduga untuk kemasukan pelajar persijilan DQ-UIAM untuk sesi 2006-2007(tak pasti). Seingat saya, kami bertegur sapa ketika di masjid , selepas menunaikan solat sunat ba’diah zohor. Syed dari KISAS. Ta’aruf ringkas ketika itu diakhiri dengan masing-masing bertukar nombor telefon. Alasannya mungkin saya boleh membantu sekiranya syed berjaya masuk ke DQ.
Dalam tempoh tersebut, kami ada berhubung beberapa kali, ke sekali je(tak pasti.boleh Tanya syed)..yang saya ingat, dia ada call saya semasa cuti Hari Raya Aidilfitri tahun tersebut, semasa saya di kampong. Banyak perkara yang kami kongsi. Alhamdulillah, syed dapat masuk DQ. Hati berbaur syukur dan gembira kerana bertambah lagi sahabat yang diikat dengan nama Al-Quran. Semasa Minggu Haluan Siswa batch diorang, saya terlibat sebagai ajk. Tapi saya tak pasti kenapa saya tak ingat apa-apa pasal syed. Sama ada dia masuk lambat atau apa ya?..Allahu Akbar, memang saya tak ingat.
Ringkasnya, memang dia masuk DQ la.Malu nak cakap, tapi syed ni kira adik usrah saya semasa di sana. Saya pembantu naqib sahaja ketika itu. Membantu akh imran menyelia usrah ketika tersebut. jadi, ikatan ukhwah tu makin bertambah erat, tambahan ia dibentuk dan dikuatkan dalam wasilah usrah. Sepanjang berkesempatan satu sem bersama syed di DQ, banyak perkara menarik yang sempat kami nukilkan buat kenangan. Setiap saat bersama syed adalah saat yang menggembirakan bagi saya. Inilah ruh ukhwah yang saya tidak pernah temui sebelum ini. Siapa saja yang bertemu di sini pasti akan mengikat tali ukhwah yang utuh jika hanya bertemu dan berpisah keran ingin menegakkan kalimah ALLAH..itu hanyalah ganjaran picisan yang ALLAH kurniakan buat mereka-mereka yang bersatu atas nama CINTA. Mungkin syed masih ingat dua malam istimewa kita. Malam air mata dengan malam main nyorok-nyorok dalam bilik..syed, ingat tak????..Allahu Akbar, kelakar pulak…
Ringkaskan lagi, sepatutnya pelajar persijilan DQ akan menyambungkan pelajaran ke matrikulasi UIAM atau sekarang Pusat Asasi UIAM. Tapi, ALLAH lebih mengetahui dan Maha Mengetahui. Syed buat keputusan setelah dipilih ALLAH untuk menyambungkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Walaupun agak keberatan, saya sentiasa menyokong keputusan beliau tersebut. Alhamdulillah hingga ke saat ni, syed masih di Mesir. Meneruskan saki-baki pengajiannya sebelum dapat berkhidmat sebagai seorang doktor.
Agak lama tidak berhubung, last Thursday teringat nak contact balik. Nasib baik masih berguna nombor dan email yang sahabat-sahabat syed bagi (jazakallah Kori). Syed reply mesej dan kami pun membuat rencana untuk ym pada sebelah petangnya. {]=)
Moga syed Muhammad syed Abdullah berjaya dalam setiap langkah dalam hidup beliau, insyaALLAH..dan yang paling penting, moga terus thabat dalam Jalan Mujahadah dalam meburu redha dan cinta ALLAH.
p/s: syed, abang dah post dalam blog kipasterbang ni. Bila nak update blog?hehe. tumpu exam dulu ye. Ma’an najah. Apa2 yang menyakitkan hati syed semasa kita ym tempoh hari tu, gurau je. Jangan ambil hati. Nanti abang gi jemput kat KLIA waktu syed balik. Kalau Nampak papan tanda ‘HAMSTERBANG’ tu kira abang la tu..haha.
No comments:
Post a Comment