Saturday, February 13, 2010

MASIHKAH SENYUMAN ITU TERUKIR?


dah sebulan lebih aku update blog ni. terasa benar ruginya. banyak yang terlepas untuk dicatat dalam diari abad 21 ini.diari yg boleh diaccess oleh sesiapa yg mahu membacanya..tanpa mengira pembaca berniat baik atau buruk kpdku.semuanya boleh membacanya dan meninggalkan pandangan untuk aku memperbetul persepsi yg terkadang mungkin kurang tepat pada sebuah kehidupan..

buat waktu sekarang ini, aku sedang berada jauh dari realiti yang sebenarnya aku perlu hadapi..

sesungguhnya saat yang sedang aku hadapi sekarang sangat sukar rasanya. dalam pada aku sedang hidup. menyelesaikan amanah2 berbaki, dibelakangnya terdapat ujian yang sedang menarik aku kuat..ujian itu cukup kuat sehingga mampu menghentikan langkah2 dalam kehidupanku..dengan adanya ia, aku sememangnya sudah tidak berdaya untuk meneruskan amnanah2 berbaki itu dengan cukup baik.

JANGAN SALAH SANGKA....

Teruskan membaca..

Aku bukan putus asa. Apatah lagi menyalahkan ketentuan yang aku sendiri sedar dari mana datangnya. Dari KEKASIH SEJATI. KEKASIH yang memberikan aku SEBAB untuk aku terus. TanpaNYA, there's no point to be here. Aku cukup redha dengan UJIAN yang menimpa ini. Buktinya, aku masih meneruskan kehiduoanku seperti biasa. Aku masih sujud menyembah Rabb yang sentiasa mendengar rintihanku saban waktu. Dan aku akan terus hidup. Tidak mengharapkan kehidupan ini berakhir sebagai jalan terakhir lari dari ujian ini. KEHIDUPAN ini perlu masih diteruskan.

CUMA...

Dalam berjalannya waktu, dalam menimbang segala yang perlu, aku serba salah dalam dilema. samada aku perlu terus memegang amanah-amanah yang telah aku BERSUMPAH padaNYA untuk kuat melaksanakannya dengan tubuh dua keratku..kerana dalam pada ini, aku berasa cukup bersalah pada semua teman-teman seperjuanganku kerana kesan dari kegagalanku menghadapi UJIAN itu, ia sangat memberi kesan yang buruk pada kerja-kerjaku. segalanya tampak muram dan bertampung kelemahan sana dan sini. kerja yang tidak diberkati. mungkin kerana dosa-dosa yang membelengu diri memberi impak yang sangat buruk pada hasil kerjaku..Aku terpaksa untuk mempertimbangkan semuanya. Kerana aku bimbang apa yang aku katakannya sebagai MEMBERI akan bertukar menjadi MENGAKIS atau MENCURI atau segala istilah yang menunjukkan kesan yang negatif.

BAGAIMANA INGIN SENYUM dan MENGANGKAT MUKA

Aku benar-benar tidak pasti dengan reaksi org lain jika mereka juga mnerima ujian sepertiku ini. Namun aapa yang pasti, aku tidak mahu menjadi sebahagian dari mereka yang gagal dalam berhadapan dengan ujian ini. berapa ramai insan di sekelilingku yang juga sepertiku, gagal dalam menghadapi ujian ini, lari jauh dari jalan kebenaran. Wal'iyazubillah...Aku berlindung darinya dari semua itu. Biar berapa jua harga yang perlu aku bayar untuk UJIAN ini, aku akan berikan segala-galanya bagi memastikan REDHANYA tercapai..

Entahlah..memang aku sudah tak mampu nak senyum..juga malu nak mengangkat muka kepada umum dengan apa yang sedang terjadi. beratnya hanya ALLAH yang tahu. Aku ingin bertanya kepada kalian.. Andai kalian ditimpa ujian yang bakal menjadikan kalian tergelinciri dari senarai hamba-hamba yang dicintai ALLAH, andai kalian diuji dengan sesuatu yang bakal membawa kalian kepada kebinasaan dunia dan akhirat, adakah kalian masih punya rasa untuk senyum dan hidup gembira?

DOAKAN AKU!

p/s : maaf kepada semua. tulisanku agak tidak tersusun. ini yang terbaik yang mampu aku tulis.

2 comments:

iman sayyidah said...

ketika wajah ini penat memikirkan dunia, maka berwuduklah..ketika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka bertakbirlah. ketika bahu tak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah..ikhlaskan segalanya dan dekatkanlah pada Allah..agar tunduk di saat yg lain angkuh, agar teguh di saat yg lain runtuh, agar tegar di saat yg lain terdampar..slm juang dan trus tabah bt shbt..

Ummu Iffah said...

iffah: pcik naem, kalu tensen2 sgt, meh la datang jumpa abah iffah..main2 ngan iffah...nenek iffah ckp, anak2 ini penyejuk mata..