Thursday, May 21, 2009
Delegasi GAMIS Buat Pertemuan Dengan Presiden Pas
Majlis Tertinggi GAMIS dijadualkan akan membuat pertemuan khas dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti politik dan gerakan Islam yang akan bermuktamar pada awal bulan hadapan. Pertemuan yang telah berjaya diatur sejak sebulan lepas itu adalah untuk GAMIS menyatakan beberapa cadangan dan saranan konstruktif bagi gerakan Islam PAS maju lebih ke hadapan sebagai gerakan politik nasional serta beberapa cadangan gagasan besar yang boleh diberikan penekanan oleh Presiden PAS dalam Muktamar akan datang. "Walaupun sifat perjuangan GAMIS adalah non-partison, namun kita akan bertemu sesiapa sahaja, khususnya NGO dan Parti Politik yang berteraskan perjuangan membela Islam di tanah air ini. Bahkan kita mengharapkan Muktamar PAS nanti adalah muktamar yang bukan sekadar bertaraf world-class fasiliti sebagaimana dinyatakan Pengarah Panitianya baru-baru ini, tetapi juga bertaraf World-Class dari sudut perbahasan dan jiwa besar perwakilan.", demikian ujar ketua perwakilan GAMIS tersebut.
sumber dari gamisdaily.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment