Wednesday, February 11, 2009

buatmu wahai mahasiswa


“katakanlah wahai Muhammad : Aku hanyalah mengajardan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu hendaklah kamu bersungguh2 berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua(dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematan-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu). Sebenarnya tidak ada pada Muhammad yg menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila(sebagaimana yg dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yg berat (di akhirat). Katakanlah (wahai Muhammad): Apa jua yg aku harap kamu berikan kepadaku sebagai upah maka faedahnya tetap terpulang kepada kamu; sebagai upah maka faedahnya tetap terpulang kepada kamu; balasan yg menjadi upahku yg sebenar hanyalah daripada Allah dan Dia sentiasa Memerhati serta Menyaksikan tiap sesuatu. Kataknlah lagi; sesungguhnya Tuhanku, menurunkan wahyu (kepada nabi2 pilihanNYA) dengan perkara yg benar, Ia sentiasa Mengetahui akan segala perkara yg ghaib. Katakanlah lagi: telah datang kebenran (al-quran yg memberi segala kebaikan), dan perkara yg salah tidak memberi sebarang kebaikan di dunia, usahkan hendak mengulanginya di akhirat. Katakanlah lagi: sekiranya aku sesat maka bahaya kesesatanku akan menimpa diriku sendiri, dan jika aku beroleh hidayah petunjuk maka yg demikian disebabkan apa yg telah diwahyukan oleh Tuhanku kepadaku; sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Dekat”
(Saba’ : 46-50)

Wahai pemuda,

Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah swt, tiada Tuhan melainkan Dia. Saya juga mengucapkan selawat dan salam buat junjungan kita Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam, imam orang2 soleh, pemimpin para mujahid dan juga buat keluarga baginda saw para sahabat serta para tabi’in.
Wahai pemuda,

Sesuatu gagasan akan berjaya jika wujud keyakinan yg kuat dengan gagasan yg didokong, wujudnya keikhlasan dalam mendokongnya, semangat yg sentiasa membara bersamanya serta sedia berkorban dan berusaha untuk merealisasikannya. Keempat-empat asas iaitu KEIMANAN, KEIKHLASAN, SEMANGAT dan USAHA adaah sifat-sifat istimewa para pemuda. Sebabnya, asas keimanan ialah hati yg bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yg suci, asas semangat ialah keinginan yg kuat, asas usaha ialah keazaman yg membara. Semua sifat ini hanya ada pada pemuda. Atas dasar ini dalam mana-mana bangsa para pemuda menjadi tonggak kepada kebangkitan mereka. Setiap kebangkitan ada rahsia kekuatannya yg tersendiri. Setiap gagasan ada pendokong panjinya.

“sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yg beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah mereka dengan hidayah petunjuk (Al-Kahfi:13)

Dengan ini bermakna kewajipan kamu banyak, tanggungjawab kamu berat dan terlalu banyak hak bangsa yg perlu kamu tunaikan. Ini bermaknaamanah yg kamu pikul adalah berat. Kamu perlu berusaha lebih, kamu perlu menentukan pendirian kamu, kamu perlu mara sebagai penyelamat. Kamu perlu tunaikan segala hak ummah dengan segala keistimewaan yg kamu miliki sebagai pemuda.

Ada pemuda yg lahir dalam sebuah bangsa yg hidup aman sejahtera. Bangsa ini memiliki kuasa yg mantap dan kemajuannya melimpah ruah. Pemuda yg lahir dalam suasana ini akan lebih mementingkan diri sendiri lebih daripada mementingkan nasib bangsanya. Dia akan sentiasa berhibur dan berseronok dengan jiwa yg tenang dan selesa.

Ada pemuda yg lahir dalam sebuah bangsa yg sedang berjuang kerana bangsanya sedang dijajah. Musuh menentukan segala nasib bangsanya. Bangsanya sedang berjuang bermati-matian untuk mengembalikan hak mereka yang telah dinafikan, khazanah mereka yg telah dirampas, kebebasan mereka yg telah lenyap termasuklah kegemilangan dan kedudukan mereka. Ketika itu keutamaan pemuda ialah mementingkan nasib bangsanya lebih daripada mementingkan nasib dirinya sendiri. Jika kewajipan ini berjaya dilaksanakan, dia bakal beroleh kejayaan dunia dengan menerima kemenangan di medan perjuangan dan dia akan beroleh kejayaan akhirat dengan menerima ganjaran ALLAH. Barangkali kita bernasib baik kerana kita berada bersama golongan kedua. Kita berpeluang melihat sebuah bangsa yg sedang berjuang dan berkorban untuk memperolehi hak dan kebebasan. Bersedialah wahai para pejuang kerana kemenangan sangat hampir dengan orang2 yg beriman dan kejayaan besar akan diperolehi oleh orang2 yg berusaha tanpa henti.

Wahai pemuda,

Barangkali faktor yg paling kritikal bagi sebuah bangsa yg sedang membangun (ketika ia berada di awal kebangkitannya) ialah wujudnya pelbagai aliran dengan pelbagai dakyah, wujudnya pelbagai pendekatan dengan pelbagai strategi dan cara kerja serta wujudnya perebutan untuk menjadi pemimpin dan ketua. Semua faktor ini hanya memecah belahkan segala tumpuan serta kekuatan dan tidak mungkin membawa kepada matlamat yg diingini. Atas dasar ini, langkah mengkaji dan menilai segala aliran ini merupakan suatu yg perlu dilakukan oleh mereka yg mahukan perubahan.

Atas dasar ini saya merasakan ia menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan kepada saudara sekalian secara ringkas berkenaan da’wah Islam di kurun ke-14 Hijrah ini.


petikan daripada buku 'Himpunan Risalah Hassan Al-Banna'

No comments: