ambil dari blog ust syaari, rijal82..
saya dan sahabat2 dalam Mahallah Representative Council pun dalam proses untuk merencanakan forum yang lebih kurang macam forum di atas. menjemput ahli politik untuk berbincang mengenai tanggungjawab mahasiswa dalam menyediakan diri ke arah mewujdkan landskap politik berteraskan Islam dalam teraju kepimpimpinan hadapan. terubat jugak rasa rugi kerana tak dapat hadir ke Gombak kerana midterm exam yang masih berbaki. Besok pun akan ada paper for Islam, Knowledge & Civilization.
mungkin ramai yg menganggap program-program seperti ini berada di luar matlamat perjuangan mahasiswa di universiti...Allahu Akbar, moga-moga saya juga bukan dari golongan sedemikian yg cuba mengasingkan aspek politik dalam kehidupan beragama. sebenarnya, menanam kesedaran berpolitik di kalangan mahsiswa amat-amatlah penting. hal ini disebabkan oleh jauhnya mahasiswa dari ideologi politicism yg sebenarnya. pemikiran yg salah ataupun bahasa mudahnya, apabila mahasiswa menerima didikan dan doktrin yg silap semasa di universiti, maka apabila mereka menjadi pemimpin masyarakat kelak, perjuangan mereka akan dipengaruhi oleh mind-setting yg salah tersebut. akhirnya, jadilah seperti apa yg kita lihat sekarang. menteri-menteri yg merosakkan masyarakat dengan 'aqidah' mereka yg 'ntah apa-apa'..hiburan yg melampau..jauh dari nila-nilai agama..bahkan merekalah yg membawa undang-undang hutan ke dalam pentadbiran negara..
moga-moga dengan usaha seperti ini, kita mampu menyedarkan mahasiswa-mahasiswa betapa pentingnya mempunyai kesedaran berpolitik yg berasaskan Islam. kita ingin melihat suatu hari nanti negara yg kita cintai ini akan ditadbir oleh mereka yg mempunyai visi yg jelas dan satu, iaitu menegakkan hukum dan indang-undang Allah di muka bumi ini. ia akan lahir sedikit demi sedikit hasil kesedaran ini. Politik itu bukanlah sesuatu yg kotor kerana asasnya segala perkara dalam hidup adalah Islam. cumanya, kekotoran pemikiran dan iman yg dimiliki oleh pemerintah sekarang menyebabkan politik nampak kotor dan jijik di mata masyarakat. jadi tugas membersihkan politik dari karat jahiliyyah diletakkan penuh di atas pundak kita, golongan mahasiswa.
mungkin huraian saya ini tak mampu membuatkan pembaca sedar akan hakikat pentingnya ilmu pendidikan politik ini..jadi, ramai-ramailah kita memenuhi program-program seperti ini.
insyaALLAH..moga usaha yg sedikit ini mampu menjadi agen peng'istiqamah'an kita dalam beramal dengan Islam yg syumul

No comments:
Post a Comment