Friday, May 29, 2009

bErLaRi aTaU BerHenTi






Ujian berupa kesenangan dan kesusahan adalah intipati yang sudah sebati dengan kehidupan manusia. Tambahan, sebagai orang islam, kita Al-Quran mendidik kita agar mengerti dan memahami bahawa ujian adalah suatu didikan dan tapisan dari ALLAH untuk manusia menilai sejauhnya kekuatan seseorang hamba.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?...

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta…

Al-Ankabut: ayat 2 dan 3

Tatkala datang ujian berbentuk masalah..manusia kan berdepan dengan dua jalan penyelesaian..


Lari dari masalah



Atau




Berhadapan dengan masalah


Terkadang diri yang lemah selalu silap dalam menilai antara berhadapan ataupun lari dari masalah..tatkala mengimbau kehidupan lalu yang menginsafkan dan bererti, saya tersedar yang selama ni saya terlalu banyak mengambil langkah menjauhkan diri dan berlari dari masalah yang datang menghalang perjalanan hidup saya.

APA YANG BERLAKU BILA ANDA BERLARI

Lari dari masalah yang sedia ada tentunya menguntungkan diri anda dari masalah tersebut. anda sudah tidak perlu memikirkannya lagi. Namun dari sudut yang lain, sedarkah anda, bial anda lari dari satu masalah dan meninggalkan ia ditepi jalan tanpa terlebih dahulu mengatasinya, akan menyebabkan masalah baru akan timbul. Anda sendiri tidak pasti, apa pula masalah baru yang akan muncul dengan keputusan untuk lari dari masalah tersebut. ibarat berlari dan berjumpa duri di tengah jalan. Sebaiknya anda berusaha terlebih dahulu untuk membuang duri tersebut. janganlah terus bertindak menggunakan jalan lain yang anda sendiri tidak pasti keadaannya. Entah-entah jalan salah yang anda pilih dan lebih banyak duri dan makin jauh jaraknya.

BERHADAPAN DAHULU

Andai datang masalah dalam hidup anda, jangan terlalu cepat melatah. Jika tidak lain pulak jadinya nanti. Jangan terlalu cepat untuk terus berjalan. Tatkala maslah sudah berada di depan mata, berhadapanlah dengannya.

Ambil masa untuk tenangkan diri anda dan ambil tindakan sepatutnya untuk mengatasi masalah tersebut. sekiranya ada insan di sekeliling anda yang pernah melaluinya, mintalah perkongsian dari mereka agar anda lebih terbuka dan matang dalam bertindak..kalau laptop anda rosak, anda hendak baikinya atau anda rasa perlu beli yang baru?

KITA YANG TENTUKAN

Acapkali dalam kata-kata saya, selalu saya selitkan dengan bait kata-kata ini…

HIDUP INI KITA YANG TENTUKAN, ALLAH YANG AKAN PUTUSKAN

Bukan menolak iradah ALLAH, tetapi sebagai pengakuan sunnatullah kehidupan. ALLAH memberi akal kepada manusia untuk berfikir dan membuat keputusan. Sebaiknya dan memang sepatutnya, iringilah usaha kita dengan doa dan tawakkal kepadaNYA kerana kita tahu DIA yang Maha Menentukan setiap sesuatu.

SEMUA SAMA

Mungkin tatkala anda memutuskan sesuatu, anda akan dapati tidak ada perbezaan antara lari dari masalah dan berhadapan dengan masalah. Atau mungkin anda merasakan seolah-olah anda lari dari masalah sedangkan anda tidak..atau sebaliknya.

Diri yang dikasihi, anda sendiri yang tahu dan benar-benar tahu adakah anda lari dari masalah atau berhadapan dengan masalah yang datang dalam hidup kita.

Tidak terlalu penting untuk anda membuatkan orang disekeliling anda memahami setiap tindakan anda jika memahamkan orang lain akan menimbulkan masalah yang lain. ALLAH sentiasa mengetahui apa jua tindakan anda.

Wallahu a’lam

Thursday, May 28, 2009

bEgiNi daN bEgItU


MUHASABAH

Kewajipan memang terlalu banyak dari masa..
Semua orang telah mengakuinya…
Namun, lain orang lain halnya..

Ada yang mampu mengurus masa dengan baik.

Ada yang terkadang mampu, kadang-kadang rebah juga dengan masa yang berlari terlalu laju..

Ada yang lali, membiarkan masa berlalu begitu sahaja sehingga tidak menyedari masa yang terbuang berpuluh-puluh tahun.sia-sia…

Saya berada ditengah-tengah. Kadang-kadang menilau tak tentu hala. Entah apa yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Kadang-kadang termenung macam buaya kenyang atas katil, walaupun kerja bertimbun-timbun. Itulah saya. Berdasarkan pengalaman, tempoh di matrik adalah waktu terbaik saya. Every single time is very precious to me. Masa di matrik UIA memang hidup terlalu organized..(dalam banyak-banyak tahun )mungkin kerana taklifan yang memagari diri dari membuang masa begitu sahaja.

Oh no! that’s past already bro…

Now, I’m trying to be a better person…

DUNIA YANG MEMANGGIL

Macam-macam dah berlaku kat dunia sekarang ini. Andai terlepas, memang anda adalah insan yang amat rugi.

Isu pilihanraya kecil DUN Penanti dan Manek Urai

Isu Muktamar Pas ke-55

Isu selsema A H1N1..

Isu pergolakan politik di Malaysia..

Isu pejuang agama di seluruh inchi dunia diserang dan ditentang..

Isu sahabat-sahabat seperjuangan yang berderet-deret beratur tarikh untuk membina mahligai baitul muslim masing-masing

Isu EPL dan sukan..

Isu itu dan ini..


Saya mengetahui perkembangan tetapi mengambil langkah untuk mengikut sahaja. Hendak memberi ulasan saya tidak pandai. Sekadar membaca bacaan politik dari blogger-blogger terkenal. Berbagai-bagai parameter bacaan yang diberikan. Semuanya boleh diterima.

MERENCANA DIRI

Melihat kepada tuntutan semasa, saya bertegas kepada diri sendiri, you have to change your life if you wan to be a good warrior to your deen. Keadaan memaksa saya untuk berubah. Menjadi orang yang boleh ‘memberi’..bukan hanya ‘menerima’..anda dan saya perlu jadi muslim yang hebat IMANnya, hebat JIWAnya, hebat KEPIMPINANnya, hebat SEGALANYA yang mungkin.
Ya, saya sedang menyediakan diri saya ke arah tersebut. Saya yakin anda juga! Tiada siapa pun manusia yang mengatakan dia taidak mampu menjadi manusia yang bermanfaat kepada agama.
Sekarang ini kita ada ramai orang yang MAMPU memberi, tetapi mereka tidak MAHU..
Sekarang ini kita ada ramai orang yang MAHU, tetapi mereka tidak MAMPU
Sekarang ini, kita ada sedikit dari mereka yang MAMPU dan MAHU..maka penuhilah golongan yang sedikit ini.

MEMBERI DENGAN APA YANG TELAH DIBERI

Saya tidak mahu melihat kemampuan orang lain kerana saya tahu jiwa yang kecil ini akan menjadi lebih kecil. Saya hanya ingin melihat kemahuan orang yang mampu. Kerana semangat dan kekuatan mereka kan membuatkan jiwa yang kecil ini menjadi besar..
Cukuplah ALLAH sebagai motivasi terbaik dalam hidupku.

Wallahua’lam

Saturday, May 23, 2009

Cintaku Subur Kembali



Salamullahi’alaik..

Mungkin tajuk yang saya letakkan tidak sama dengan apa yang bakal saya coretkan. Apapun, entri kali ini digarap khas buat insan tersayang…

SYED MUHAMMAD BIN SYED ABDULLAH AL-HABSYI

Setelah sekian lama terputus hubungan atas sebab-sebab tertentu, akhirnya ALLAH beri peluang lagi pada saya untuk mengikat kembali ikatan yang mungkin semakin longgar dek kerana jauhnya jarak yang memisahkan sebuah ikatan persahabatan ini.

Sejak kebelakangan ini, hati selalu tertarik untuk mengingati kembali tiap detik yang berlalu di Bumi Darul Quran tercinta. Mungkin kerana sedikit perasaan bersalah yang membelenggu diri atas amanah al-quran yang kian dilepaskan dari bahu yang memikul. Alhamdulillah, dengan taufiq dan hidayah dari ALLAH, saya semakin diberi kekuatan untuk menguatkan stamina untuk memikul amanah ini hingga tiba Hari Perhitungan. Moga-moga amanah al-quran ini tetap teguh dibahuku, insyaALLAH.

Berbalik kepada kisah syed Muhammad ni..beliau ni adalah ‘adik-beradik’ saya semasa saya belajar di Darul Quran dulu. Bermula kenal semasa syed dating ke DQ untuk sesi temuduga untuk kemasukan pelajar persijilan DQ-UIAM untuk sesi 2006-2007(tak pasti). Seingat saya, kami bertegur sapa ketika di masjid , selepas menunaikan solat sunat ba’diah zohor. Syed dari KISAS. Ta’aruf ringkas ketika itu diakhiri dengan masing-masing bertukar nombor telefon. Alasannya mungkin saya boleh membantu sekiranya syed berjaya masuk ke DQ.

Dalam tempoh tersebut, kami ada berhubung beberapa kali, ke sekali je(tak pasti.boleh Tanya syed)..yang saya ingat, dia ada call saya semasa cuti Hari Raya Aidilfitri tahun tersebut, semasa saya di kampong. Banyak perkara yang kami kongsi. Alhamdulillah, syed dapat masuk DQ. Hati berbaur syukur dan gembira kerana bertambah lagi sahabat yang diikat dengan nama Al-Quran. Semasa Minggu Haluan Siswa batch diorang, saya terlibat sebagai ajk. Tapi saya tak pasti kenapa saya tak ingat apa-apa pasal syed. Sama ada dia masuk lambat atau apa ya?..Allahu Akbar, memang saya tak ingat.

Ringkasnya, memang dia masuk DQ la.Malu nak cakap, tapi syed ni kira adik usrah saya semasa di sana. Saya pembantu naqib sahaja ketika itu. Membantu akh imran menyelia usrah ketika tersebut. jadi, ikatan ukhwah tu makin bertambah erat, tambahan ia dibentuk dan dikuatkan dalam wasilah usrah. Sepanjang berkesempatan satu sem bersama syed di DQ, banyak perkara menarik yang sempat kami nukilkan buat kenangan. Setiap saat bersama syed adalah saat yang menggembirakan bagi saya. Inilah ruh ukhwah yang saya tidak pernah temui sebelum ini. Siapa saja yang bertemu di sini pasti akan mengikat tali ukhwah yang utuh jika hanya bertemu dan berpisah keran ingin menegakkan kalimah ALLAH..itu hanyalah ganjaran picisan yang ALLAH kurniakan buat mereka-mereka yang bersatu atas nama CINTA. Mungkin syed masih ingat dua malam istimewa kita. Malam air mata dengan malam main nyorok-nyorok dalam bilik..syed, ingat tak????..Allahu Akbar, kelakar pulak…

Ringkaskan lagi, sepatutnya pelajar persijilan DQ akan menyambungkan pelajaran ke matrikulasi UIAM atau sekarang Pusat Asasi UIAM. Tapi, ALLAH lebih mengetahui dan Maha Mengetahui. Syed buat keputusan setelah dipilih ALLAH untuk menyambungkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Walaupun agak keberatan, saya sentiasa menyokong keputusan beliau tersebut. Alhamdulillah hingga ke saat ni, syed masih di Mesir. Meneruskan saki-baki pengajiannya sebelum dapat berkhidmat sebagai seorang doktor.

Agak lama tidak berhubung, last Thursday teringat nak contact balik. Nasib baik masih berguna nombor dan email yang sahabat-sahabat syed bagi (jazakallah Kori). Syed reply mesej dan kami pun membuat rencana untuk ym pada sebelah petangnya. {]=)

Moga syed Muhammad syed Abdullah berjaya dalam setiap langkah dalam hidup beliau, insyaALLAH..dan yang paling penting, moga terus thabat dalam Jalan Mujahadah dalam meburu redha dan cinta ALLAH.

Wallahu a’lam..

p/s: syed, abang dah post dalam blog kipasterbang ni. Bila nak update blog?hehe. tumpu exam dulu ye. Ma’an najah. Apa2 yang menyakitkan hati syed semasa kita ym tempoh hari tu, gurau je. Jangan ambil hati. Nanti abang gi jemput kat KLIA waktu syed balik. Kalau Nampak papan tanda ‘HAMSTERBANG’ tu kira abang la tu..haha.


gambar syed yang paling hensem=)


Thursday, May 21, 2009

Delegasi GAMIS Buat Pertemuan Dengan Presiden Pas




Majlis Tertinggi GAMIS dijadualkan akan membuat pertemuan khas dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti politik dan gerakan Islam yang akan bermuktamar pada awal bulan hadapan. Pertemuan yang telah berjaya diatur sejak sebulan lepas itu adalah untuk GAMIS menyatakan beberapa cadangan dan saranan konstruktif bagi gerakan Islam PAS maju lebih ke hadapan sebagai gerakan politik nasional serta beberapa cadangan gagasan besar yang boleh diberikan penekanan oleh Presiden PAS dalam Muktamar akan datang. "Walaupun sifat perjuangan GAMIS adalah non-partison, namun kita akan bertemu sesiapa sahaja, khususnya NGO dan Parti Politik yang berteraskan perjuangan membela Islam di tanah air ini. Bahkan kita mengharapkan Muktamar PAS nanti adalah muktamar yang bukan sekadar bertaraf world-class fasiliti sebagaimana dinyatakan Pengarah Panitianya baru-baru ini, tetapi juga bertaraf World-Class dari sudut perbahasan dan jiwa besar perwakilan.", demikian ujar ketua perwakilan GAMIS tersebut.

sumber dari gamisdaily.com

Monday, May 18, 2009

kelas terakhir for sem three


hari sabtu lepas merupakan hari terakhir kelas untuk subject yang aku repeat for my degree...

....OPTICS..

ni la kelas yang paling pendek pernah aku ikut..seminggu je belajar..tiap-tiap hari lectures dan kuiz..orang belajar satu sem, kitorang belajar seminggu je..Alhamdulillah..rezeki buat aku dan sorang lagi student yang repeat(nama dirahsiakan)

saja nak tulis kat blog ni. maybe bersempena dengan hari tu adalah hari guru dan hari last kelas kami yang amat memenatkan, special sikit la event pada hari tersebut.

disebabkan kelas sampai petang dan hari last tu belajar bab yang agak boring bagi aku...(sikap tak baik bagi seorang penuntut ilmu..sila JANGAN ikut), sir firdaus (my lecturer) menghidangkan kami dengan air teh dan biskut nenas...


ihsan kamera handphone classmate


baik gila sir (gila adalah istilah bahasa pasar dalam kata penguat)..siap tolong tuangkan air lagi. malu jugak. dah lecturer tolong tuangkan air, takkan tak nak minum lagi kan..

macam ni la kebanyakan kelas dalam short sem ni. memang exclusive..mungkin sebagai ubat penenang supaya kami dapat belajar dengan baik dan tak gagal lagi dalam subjek ni(^_^)...

kalau hari-hari yang lain, ada hari sir bawa coklat dan buat air nescafee..tapi disebabkan kami tak minum nescafee (BOIKOT nestle) ..jadi sir buat air teh semasa hari terakhir ni.

masa lunch pulak, sir nak bawa kami berdua lunch sekali..tapi classmate aku sorang ni tak nak pergi.malu mungkin..jadi kami 'tapau'kan (bungkus) je untuk dia. ingat nak makan kat bilik ja, jadi tak bawa duit la hari tersebut. so? sir la yang belanja..he3x..thank you very much sir..you are such wonderful and sporting lecturer in the world..

exam 22 mei ni...wish me luck..insyaALLAH

kalau diamati balik, memang berbeza seorang pendidik semasa di sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti...

but then..

walau macam manapun mereka, wajib ke atas seorang anak didik menghormati pendidiknya. apa yang terlalu amat penting dalam adab menuntut ilmu adalah keberkatan seorang pendidik kepada anak didiknya. soal yang menentukan ketenangan dan kebahagiaan kehidupan mendatang kita di dunia dan yang lebih penting di akhirat. kalau ilmu yang kita peroleh tak berkat, ia akan menggangu seluruh kehidupan kita selepas ini. dan Ustaz Md Hussin (guru di SMKAS) pernah berpesan, soal keberkatan ilmu ni akan menentukan halal haram rezeki yang kita cari semasa di alam pekerjaan..

wallahu a'lam..






Sunday, May 17, 2009

teringat kat faiz...


Dalam dua tiga hari ni, selalu teringat kat seorang sahabat ni..Abdul faiz Razali namanya…sahabat baik semasa sama-sama belajar di Darul Qur’an dulu [2004-2005].

Sebenarnya kami tak la rapat sangat (kalau nak ikut maksud sebenar sahabat baik)..tapi, maybe apa yang aku boleh kata..bumi Daqul Qur’an ni bumi berkat. Jadi, banyak perkara baik yang terjadi kat sana..dalam bab persahabatan, ukhwah yang diperoleh di sana sangat ajaib rasanya. Dapat rasa rohnya..(untuk aku la)…

Atau mungkin juga… Darul Qur’an…

tempat pertama sewaktu hari-hari aku melangkah ke alam kematangan dan kedewasaan..

tempat pertama aku keluar dari kepompong kejahilan iman dan pemikiran…

tempat pertama yang mengumpulkan sahabat2 yang datang dari latar belakang yang amat berbeza…

tempat pertama aku mengukir iman dan fikrah islami walaupun [hati dan akal aku masih penuh dengan karat dunia, dosa dan jahiliyyah semasa aku grad dari sana]

tempat pertama aku mengenal perjuangan menegakkan iman dan kebenaran…

tempat yang takkan sama dari tempat lain setakat ni…

kemanisan ukhwah, kemanisan iman dan kemanisan ujian yang sampai kini boleh terasa kehadirannya dalam lubuk hati [walaupun saat ini, diriku jauh darinya..aku sedang menuju ke arahnya]

dan dalam kerendahan diri bersama2 sahabat seperjuangan yang mendapatkan redha ALLAH melalui perjuangan MENGHAFAL, MENGINGAT, BERAMAL dan MEMPERTAHANKANNYA, aku temui Faiz dalam kembaraku…seorang sahabat yang telah berjaya menguatkan niat dan perjuangan aku di sana..

aku pendiam dan dia pun sama…tapi kami sebenarnya suka buat lawak bila dah berjumpa..mungkin sikap tu yang membuatkan kami senang ‘masuk’ antara satu sama lain..Cuma cara kami melawak ni pelik sikit..kami suka kutuk mengutuk antara satu sama lain yang akhirnya menambahkan humor dan keakraban kami..kalau aku takda ‘modal’ [istilah bagi menggambarkan hafalan baru alquran], faiz akan kata aku malas dan sebagai ‘membalas dendam’ kutukannya, aku cepat-cepat habiskan hafalan pada hari tersebut dan jumpa semula untuk mengkhabarkan ‘kejayaan’ku..ha3x..kelakar bila ingat balik..

tapi, ALLAH pertemukan kami sekejap je…

tatkala kehidupan di DQ makin rancak dengan kehadiran insan bernama sahabat, ALLAH telah mentaqdirkan sesuatu untuk aku dan faiz..semasa cuti semester 1[3 minggu], faiz sms beritahu dia dapat tawaran sambung perubatan di Jordan..masa tu aku dalam kereta nak balik ke kampong untuk berjumpa dengan atuk dan nenek..besoknya baru aku nak balik ke DQ[balik awal seminggu untuk cari modal hafalan dan ‘iadah]..

..tak sempat berjumpa...

Tapi ALHAMDULILLAH, ALLAH segera menghiburkan hati ini..Faiz ‘terpaksa’ datang balik ke DQ untuk ambil barang-barang yang tertinggal..sempat jugak kami kutuk-mengutuk antara satu sama lain…he2..di akhir pertemuan singkat itu, aku hadiahkan faiz cincin tunggal kesayanganku sebagai tanda kenangan..takde nangis2 pun..ketawa yang banyak..[walaupun sebenarnya aku nangis jugak lepas dia balik..=) ]
Serba ringkas tentang Abdul Faiz Razali dan persahabatan suci di DQ…

Tadi, saja view Fs dia..dapat few gambar terbaru dia..tak hensem pun budaknya[faiz, harap nta baca,he2]..






Walaupun aku tak nafikan, ukhwah yang aku peroleh sekarang tak terbanding nilainya kerana aqidah yang menjadi tali ikatannya…namun, kenangan bersahabat di DQ memang sentiasa manis bila dikenang…
Buat sahabat-sahabat Darul Quran, masih ingatkah kalian akan Janji yang kiat lafazkan di akhir Minggu Haluan Siswa DQ????
DEMI ALLAH TERCINTA, ALQURAN 30 JUZUK TERSEMAT DI DADA…
Wallahua’lam..

Monday, May 11, 2009

IBUKU, IBUKU, IBUKU




Tatkala diri sibuk ‘view’ blog sahabat2, masing-masing dalam syukur dan luhur menulis sesuatu berkenaan ibu mereka. Aku juga terpanggil untuk menulis sesuatu tentang ibuku. Bukan atas factor ikutan, tetapi sebagai penyanjungan tertinggi setelah ALLAH, Rasul dan agama Islam, seorang ibu layak disanjung mulia.

Maka begitu juga ibuku, ibuku, dan ibuku..

Dari Surah Al-Luqman : 14

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)

Dalam keterbatasan waktu ini, aku cuba menyuarakan apa yang ingin ku kongsikan sempena ingatan pada seorang insane bergelar ibu(harapnya ingatan ini bukanlah hanya semasa Hari Ibu)

Tatkala terkenangkan mak(panggilan ibu dalam keluargaku), mata ini jarang sekali kering. Pastinya mata ini selalu saja basah apabila terkenangkan mak(juga ayah).

PERSEPSI KETIKA KANAK-KANAK

[sekadar gambar hiasan]

Kalau waktu kecil dulu, kalau berenggang dengan mak, memang aku akan menangis. Kalau pun ayah ‘berjaya’ memisahkan aku dengan mak, kalau ada yang tersasul ‘tersebut’ nama mak, maka secara automatik aku pasti akan menangis. Akulah yang paling rapat dengan mak berbanding adik-beradik yang lain walaupun hakikatnya semuanya rapat dengan mak. Alhamdulillah, kerjaya mak sebagai ‘suri rumah’ melengkapkan keperluan kami sebagai anak.

DI MANA MAK KETIKA DI ASRAMA

Masih ingat lagi ketika hari pertama memasuki sekolah menengah, tiba saat untuk keluarga pelajar meninggalkan kawasan sekolah, aku buat ‘derk’ je masa mak dan ayah nak balik. Salam dan cium tangan mak ayah macam biasa. Tak macam kawan-kawan yang lain. Panjang lebar mak diorang wasiatkan itu dan ini. Masa nak balik pulak, punyalah susah nak berpisah. Nangis-nangis lagi. Dalam hati aku kata, “aku ni takdak la manja sangat pun”..

indahnya suasana di sekolah [sekadar hiasan]

Tapi, sekejap je aku tiba2 jadi tercepat matang tu..datang selepas sebulan ada kat sekolah, mula la penyakit ‘home sickness’ ni berjangkit kat aku. Tapi aku rilek je depan kawan-kawan, dalam bilik air je aku mengeluarkan air mata selari dengan air pancutan dalam bilik mandi asrama tu. Lama jugak la aku asyik teringat kat rumah ja.

Alhamdulillah, pengisian yang pihak sekolah sediakan menyebabkan aku tak da masa nak manja-manja teringat kat rumah ni. Tapi, penyakit baru pulak dating. Aku dah jadi malas nak balik rumah time cuti hujung minggu. Walaupun jarak antara rumah dengan sekolah hanyalah satu jam setengah, tapi aku sanggup stay je kat asrama time budak-budak lain cuti. Tahu kenapa?

Sebab mak aku la…

Eh, tak la..bukan sebab aku merajuk ke, marah ke dengan mak aku..

Tapi aku rasa it is the best thing that I should do..

Aku kalau balik rumah bukannya bawak faedah pun pada mak dan ayah. Menyusahkan lagi ada la. Balik rumah study pun tak, tak tolong mak ayah pun..ibadah pun jadi lepat liat..pastu balik rumah tu bukan free, makan duit jugak..balik asrama, for sure mak ayah nak hantar dengan kereta. Tu pun duit jugak. Jadi, fikir-fikir(dalam keadaan kematangan ketika itu), tak balik lagi baik..mungkin tu cara terbaik aku nak berbakti pada mak dan ayah. Pemikiran masa tu la..

IBU DALAM GERAK HATI KEDEWASAANKU

Ketika usia makin meningkat ni, Alhamdulillah aku bersyukur kerana ALLAH juga telah memberi aku akal yang turut sama bertambah matang dalam menimbal-balik sesuatu perkara (walaupun kadang-kadang tidak betul)..

Dalam kedewasaan ini, seringkali aku tak mampu mengawal emosi aku sebagai seorang hamba dan anak, hakikat yang aku perlu sedari dan insafi. Aku sebenarnya anak yang tidak berjasa pada ibuku, ibuku, ibuku dan bapaku.

Terlalu banyak nasihat mereka yang aku ketepikan..

Ketika mak menyuruh aku berbuat sesuatu, banyak jawapan TIDAK daripada YA..

Bila mak menyuarakan pandangan, banyak yang tak masuk dari yang masuk ke minda…

Saat aku senang, berapa kali wajah mak yang terlayar di ingatan..tapi bila susah, mak la orang pertama yang aku cari..

Berapa banyak tahajjud dan solat hajatku, aku tujukan khas untuk memohon kesejahteraannya dunia dan akhirat…

Dalam sujud terakhirku, berapa kali aku terlupa untuk mendoakan ibuku..

Dalam doa sebelum makan, berapa kali aku terlupa mendoakan agar ALLAH mengampunkan dosa ibu,ibu,ibu dan bapaku…

“….Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)..”

(Al-Isra’:23)

AKU WUJUD ATAS IHSAN IBU

Sedarilah wahai diri yang hina, kau lahir atas ihsan seorang wanita mulia yang kini bergelar ibumu..atas ihsan dan simpatinya juga ketaatan pada TUHANnya yang melebihi segala-galanya, dia membenarkan dirimu untuk menumpang lebih kurang sembilan bulan dalam rahimnya.. dia tekun menjaga dirinya dengan rahim dan rahmah supaya dirimu juga terjaga..

Dia taat dalam melunaskan amanahnya memeliharamu atas dasar SYARI’ATULLAH dan SUNNATULLAH sehingga hari ini dirimu bisa berdiri atas muka bumi ini walau siapa pun kamu sekarang.

Dialah asbab kehadiranku….

HADIAH BUAT IBU

Semasa aku menuntut di Darul Qur’an, ustaz tasmi’ku pernah mengingatkan kami tentang tanggungjawab sebagai hamalatul quran(penjaga amanah al-quran) dan kelebihannya. Antara pengisian yang aku masih ingat adalah ustaz menyarankan kami agar bermula saat itu, kami menyedeqahkan semua pahala bacaan Al-Quran kami (sekiranya diterima ALLAH) kepada ibu dan bapa kami. Sesungguhnya pahala kita tidak akan berkurang, malah bertambah disisi ALLAH sekiranya kita ikhlas. Mungkin itulah cara yang terbaik sebagai membalas segala jasa dan kebaikan ibu dan bapa kepadaku..

Tatkala itu aku nekad, sekiranya ada amalanku yang diterima oleh ALLAH, maka aku sedeqahkan semuanya untuk ibu dan bapaku. Kerana aku ingin redha mereka sebagai jalan singkat untuk menggapai redha ALLAH…itulah yang termampu aku buat selain mentaati segala perintah mereka yang selari dengan perintahNYA walapun aku tahu, kebaikan aku pada mereka tak mampu untuk menandingi pengorbanan mereka padaku..

Maka begitulah hendaknya seorang anak yang ingin berbakti kepada ibu, ibu, ibu dan bapanya. Seorang anak yang baik, bukan sahaja mengembirakan ibu dan bapanya di dunia tetapi juga di akhirat..tidak guna kita menjadi keluarga yang saling berkasihan di dunia tetapi di akhirat kelak kita semua menjadi musuh yang saling membunuh..wal’iyazubillah

“…Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah…”

(Al-Luqman:33)

BUAT IBUKU..IBUKU..IBUKU…PUAN HASNAH BINTI ALI

selamat Hari Ibu