Dalam dua tiga hari ni, selalu teringat kat seorang sahabat ni..Abdul faiz Razali namanya…sahabat baik semasa sama-sama belajar di Darul Qur’an dulu [2004-2005].
Sebenarnya kami tak la rapat sangat (kalau nak ikut maksud sebenar sahabat baik)..tapi, maybe apa yang aku boleh kata..bumi Daqul Qur’an ni bumi berkat. Jadi, banyak perkara baik yang terjadi kat sana..dalam bab persahabatan, ukhwah yang diperoleh di sana sangat ajaib rasanya. Dapat rasa rohnya..(untuk aku la)…
Atau mungkin juga… Darul Qur’an…
tempat pertama sewaktu hari-hari aku melangkah ke alam kematangan dan kedewasaan..
tempat pertama aku keluar dari kepompong kejahilan iman dan pemikiran…
tempat pertama yang mengumpulkan sahabat2 yang datang dari latar belakang yang amat berbeza…
tempat pertama aku mengukir iman dan fikrah islami walaupun [hati dan akal aku masih penuh dengan karat dunia, dosa dan jahiliyyah semasa aku grad dari sana]
tempat pertama aku mengenal perjuangan menegakkan iman dan kebenaran…
tempat yang takkan sama dari tempat lain setakat ni…
kemanisan ukhwah, kemanisan iman dan kemanisan ujian yang sampai kini boleh terasa kehadirannya dalam lubuk hati [walaupun saat ini, diriku jauh darinya..aku sedang menuju ke arahnya]
dan dalam kerendahan diri bersama2 sahabat seperjuangan yang mendapatkan redha ALLAH melalui perjuangan MENGHAFAL, MENGINGAT, BERAMAL dan MEMPERTAHANKANNYA, aku temui Faiz dalam kembaraku…seorang sahabat yang telah berjaya menguatkan niat dan perjuangan aku di sana..
aku pendiam dan dia pun sama…tapi kami sebenarnya suka buat lawak bila dah berjumpa..mungkin sikap tu yang membuatkan kami senang ‘masuk’ antara satu sama lain..Cuma cara kami melawak ni pelik sikit..kami suka kutuk mengutuk antara satu sama lain yang akhirnya menambahkan humor dan keakraban kami..kalau aku takda ‘modal’ [istilah bagi menggambarkan hafalan baru alquran], faiz akan kata aku malas dan sebagai ‘membalas dendam’ kutukannya, aku cepat-cepat habiskan hafalan pada hari tersebut dan jumpa semula untuk mengkhabarkan ‘kejayaan’ku..ha3x..kelakar bila ingat balik..
tapi, ALLAH pertemukan kami sekejap je…
tatkala kehidupan di DQ makin rancak dengan kehadiran insan bernama sahabat, ALLAH telah mentaqdirkan sesuatu untuk aku dan faiz..semasa cuti semester 1[3 minggu], faiz sms beritahu dia dapat tawaran sambung perubatan di Jordan..masa tu aku dalam kereta nak balik ke kampong untuk berjumpa dengan atuk dan nenek..besoknya baru aku nak balik ke DQ[balik awal seminggu untuk cari modal hafalan dan ‘iadah]..
..tak sempat berjumpa...
Tapi ALHAMDULILLAH, ALLAH segera menghiburkan hati ini..Faiz ‘terpaksa’ datang balik ke DQ untuk ambil barang-barang yang tertinggal..sempat jugak kami kutuk-mengutuk antara satu sama lain…he2..di akhir pertemuan singkat itu, aku hadiahkan faiz cincin tunggal kesayanganku sebagai tanda kenangan..takde nangis2 pun..ketawa yang banyak..[walaupun sebenarnya aku nangis jugak lepas dia balik..=) ]
Serba ringkas tentang Abdul Faiz Razali dan persahabatan suci di DQ…
Tadi, saja view Fs dia..dapat few gambar terbaru dia..tak hensem pun budaknya[faiz, harap nta baca,he2]..
Walaupun aku tak nafikan, ukhwah yang aku peroleh sekarang tak terbanding nilainya kerana aqidah yang menjadi tali ikatannya…namun, kenangan bersahabat di DQ memang sentiasa manis bila dikenang…
Buat sahabat-sahabat Darul Quran, masih ingatkah kalian akan Janji yang kiat lafazkan di akhir Minggu Haluan Siswa DQ????
DEMI ALLAH TERCINTA, ALQURAN 30 JUZUK TERSEMAT DI DADA…
Wallahua’lam..
2 comments:
bagus naim.. :)
erm..nilah namenye ukhwah..
Post a Comment