Monday, December 21, 2009


SALAM TAHUN BARU 1431H
salam tahun baru buat jiwa yg mendambakan cinta dan redha ALLAH..juga buat semua insan yg sudi
menziarahi blog usang ini..

mengambil masa berbaki ini untuk merungkai s
egala perasaan, harapan dan impian yg terlakar dijiwa ini untuk digarapkan dalam satu kefahaman dan matlamat yg BENAR dari sudut prinsip dan waqi'inya(realistik).

Saban tahun yg berlalu terlalu pantas rasanya dan rasanya semua hamba ALLAH bernama manusia
mampu merasainya. Meyakini bahwasanya ini petanda akhir kepada sebuah kewujudan semua yg bernama hamba, aku cuba untuk menghayati dan BENAR-BENAR menghargai setiap detik yg berlalu dalam hidupku dengan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yg telah aku janji pada ALLAH. Agar kepulanganku nanti ke SANA, bakal menjadi kepuasan abadi di akhirat.

muhasabah tentang masa-masa lampau membuatkan sesiapa jua akan bermonolog, "andai masa bisa diundur,
aku akan perbetulkan semua kesalahanku dan akan jadi hamba yg beriman"... dalam Al-quran juga ALLAH ada merakamkan ayat yg menceritakan manusia yg meminta dikembalikan ke dunia untuk dia bertaubat dan beriman serta beramal, suapay ALLAH kembali redha padanya.. tapi, ASTAGHFIRULLAH, aku benar2 tak ingat..aku akan lampirkan kemudian insyALLAH

mungkin apa yg ingin aku tulis di sini, manusia sangat mudah berjanji itu dan ini, dan dihujungnya
diselitkan kalimah insyaALLAH..mereka lupa barangkali atau mungkin terlalu biasa untuk memungkiri janji..lupa yg mereka berjanji kepada ALLAH pada setiap janji yg dibuat. mereka lupa barangkali yg ada malaikat yg mencatat supaya bisa menjadi rujukan untuk manfaat amalan dan untuk menjadi hujjah di Padang Mahsyar nanti..ALLAHU AKBAR..

untuk Tahun Baru Hijri kali ini, aku berhasrat, jika diizinkan ALLAH untuk melakukan segala
yg aku buat dalam kedaan aku cukup MEMAHAMI dan MERASAI kemanisan sesuatu tindakan aku.. ya, pastinya apa yg akan aku lakukan mestilah selari dengan kehendak ALLAH dan Rasulnya.. tolaklah ketepi pandangan natijah DUNIAWI, ia takkan kekal..lihatlah pada natijah akhirnya kelak..become AKHIRATISTIK dalam hal ini. banyak kelemahan-kelemahan yg ingin aku atasinya dengan cara yg penuh hikmah. berubah untuk ALLAH

buat mak dan ayah, naim mohon ampun dan maaf atas tindakan2 yg mungkin membuatkan
mak dan ayah terluka. tak terlintas dalam hati untuk menidakkan mak dan ayah dalam
keutamaan dalam hidup naim. selepas ALLAH dan Rasul, mak dan ayahlah matlamat kehidupan
naim. moga hubungan kita kan lebih bermakna pada hari-hari mendatang. terima kasih kerana
menyokong keputusan besar pertama yg naim nak buat. it's really meaningful for me.

buat semua sahabat2, bantulah aku untuk mengharungi kehidupan ini. iktalah persahabatan
kerana ALLAH. terimalah diriku seadanya. ambillah manfaat daripada diriku untuk
manfaat dunia dan akhirat kalian. aku hanya ada ALLAH dalam hidupku.aku bernafas dan
meneruskan langkah2 hidupku untukNYA. maka, aku sekali2 takkan mengambil jalan
yg akan menggagalkan perjalananku ini..Jalan ini jalan yg pasti..

aku tak mahu menjadi manusia yg terlalu asyik membuang kemuncup yg melekat pada dirinya
sedangkan dia tertinggal di belakang. kerana mungkin lambat itu akan menyesatkan kita..
kemuncup itu halangan dalam perjalanan, namun mengatasinya bukan bereerti membuangnya.
belajar mengatasi rasa gatal dan tak selesa dengan kehadiran kemuncup itu juga satu langkah
penyelesaian yg bisa dilakukan.

wallahua'lam..

Tiada Harapan Selain ALLAH..

Abu Hanzallah
Dunia Jihad Kecilku
UIAM Kuantan
Pahang

buat renungan; ATTAUBAH:111

Tuesday, December 15, 2009

Jalan Pulangku


Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu Tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....

Saturday, December 5, 2009

permulaan yang perlu selalu diperbaharui


Alhamdulillah...setelah 4 hari berada di kampung halaman, malam ni aku akan pulang ke Kuantan, tanda permulaan semester2 for my Year 2.. result pun dah keluar semalam..

ALHAMDULILLAH..ucapan tu mungklin dah cukup menggambarkan segalanya..

rasa SYUKUR dan REDHA yg tak terhingga atas natijah yg ALLAH berikan

rasa INSAF akan limitation kita sebagai HAMBA

rasa SEMANGAT untuk tingkatkan usaha dalam segala tindakan aku

rasa RINDU untuk teruskan hari-hari bermakna di UIAM sebagai pelajar ISLAM di sana


TAPI

ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya mereka sendiri tidak
berusaha mengubahnya...


Aku akan terus hidup untuk meneruskan perjalananku menujuMU Rabbi...


Aku akan terus berdiri, berjalan dan berlari..memperjuangkan agamaMU..



Aku akan terus kuat menggenggam KALAMMU..


Aku akan terus SEMANGAT untuk menimba ilmuMU...



ILAHI...nta maqsudi


Monday, November 9, 2009

Pembuat Pintu Emas Kaabah Meninggal


Ahmad menghasilkan pintu Kaaba menggunakan emas tulen seberat 300 kg atas perintah Raja Khaled pada Oktober 1979. -Foto BERNAMA

SHEIKH Ahmad bin Ibrahim Badr, tukang utama yang mereka bentuk pintu emas Kaaba, meninggal dunia pada usia 89 tahun di Makkah Jumaat lepas, demikian harian Arab Saudi berbahasa Inggeris, The Arab News melaporkan pada Ahad.

Ahmad menghasilkan pintu Kaaba menggunakan emas tulen seberat 300 kg atas perintah Raja Khaled pada Oktober 1979.

Kerja-kerja itu dijalankan di sebuah bengkel yang dibina khusus untuk projek berkenaan. Beliau juga memperkemas dan memperindahkan lagi meezab (saluran air di atas Kaaba) dan rangka perak Hajar Aswad.

Beliau mempelajari seni berkenaan daripada bapanya, pereka dan pembina asal pintu berkenaan atas perintah Raja Abdul Aziz pada 1942, lapor akhbar itu.

Ibrahim dan dua saudaranya, Mahmoud dan Ibrahim Badr, mengacu pintu berkenaan dengan emas tulen, mengambil masa setahun menyiapkannya.

Tiang dalam dan meezab, dibuat daripada emas 24karat seberat 25 kg juga disiapkan dalam tempoh berkenaan.

Ayat al-Quran "Ya Hayy Ya Qayyum" (Wahai yang Maha Hidup, Maha Mendengar) dan perkataan "Allah" dan "Muhammad" diukir pada pintu.

Ayat al-Quran "Ya Hayy Ya Qayyum" (Wahai yang Maha Hidup, Maha Mendengar) dan perkataan "Allah" dan "Muhammad" diukir pada pintu. Kerja-kerja mereka termasuk rangka perak Hajar Aswad, lapor akhbar itu.

Ahmad dilahirkan di kampung halaman datuk neneknya di permukiman Qashashiya di Makkah pada 1920. Selepas belajar di sekolah alFalah tempatan beliau menyertai bapanya di bengkel emas dan perak pada usia 15 tahun.

Ahmad telah bekerja di kedai bapanya "Sheikh Ibrahim Badr" di Goldsmiths' Street sepanjang hidupnya.

Beliau lahir dalam keluarga pertukangan seni yang terkenal dengan kehalusan kerjatangan emas yang ekskuisit, kata akhbar itu. BERNAMA

Saturday, October 31, 2009

SERVER DOWN


Dah sebulan lebih aku tak menaip apa2 entry baru untuk blog ni. Kosong bukan bermakna takda apa2 yang berlaku. Terlalu banyak perkara yang berlaku. Cuma tak sempat untuk record everything in here.


Sekarang dah start study week. Exam final aku dah start semalam. 30/10/2009 sampai 18/11/2009.


Em, aku tak pasti apa cerita yang ingin aku mulakan pada entry kali ni. Hati berbalam-balam untuk merungkaikan segala kesusutan yang ada. Saat-saat yang aku lalui sekarang ni sangat sukar rasanya. Namun, aku optimis dan sangat berlapang dada dengan ujian ini. insyaALLAH hikmahnya juga bakal datang semahal ujiannya. insyaALLAH…


DOWN TO EARTH


Ku kira ini istilah yang aku boleh simpulkan tentang keadaan aku di bumi subur ini, bumi Kuantan.. ‘DOWN TO EARTH’ bukannya nak cakap yang aku selalu turun padang kat sini, tapi aku mengalami saat-saat yang sukar di sini. Bumi Kuantan yang kecil ini terasa terlalu menghimpit diriku. Segala-galanya seolah-olah berakhir dengan kegagalan dan kesilapan. Terasa segalanya tak kena. Imanku yang sakit nazak dikalahkan nafsu…dakwah aku yang kian hilang ruhnya..quran aku yang semakin lenyap dari ingatan dan penghayatannya..akademik yang semakin merudum..nilai kemanusiaanku yang semakin berkurang..ya, segalanya semakin hilang serinya..mungkin ini yang sedang diperhatikan oleh sahabat-sahabatku di Kuantan..mungkin ini yang kalian lihat dari aku..


Namun dari aku, aku bahagia dengan tarbiyyah yang aku sedang lalui sekarang. hanya ALLAH saja yang tahu betapa aku cuba bertahan dari setiap ujian ini. Biarpun kerap aku terjatuh dek kerana beratnya beban yang aku tanggung, aku sentiasa cuba untuk bangun kembali..mengatasi setiap kegagalan dengan sejerit usaha yang ada. aku tak mampu nak berkongsi dengan sesiapa jua kerana segalanya akan menjadi lebih keruh bila yang kalian tahu tentang sebuah hakikat. Kalian takkan mampu menerimanya.


TOLONGLAH AKU


Apa yang aku harapkan sekarang adalah sebuah kekuatan yang datang lahir dari diriku sendiri..aku mohon maaf kepada insan-insan yang telah aku lukai hatinya..aku tak nak berlari tapi terkadang lari itu jalan yang terbaik untukku..doakanlah supaya aku kuat mengatasi saat-saat ini..aku harus selesaikan segala-galanya sendiri. Kerana aku takut aku akan jatuh lagi, dan ketika itu, aku dah tak mampu nak bangun lagi…


BUATMU YA RABBI


Ya ALLAH, hanya KAU yang tahu betapa aku ikhlas menerima segala-galanya yang KAU berikan ini. Jadikanlah aku hamba yang tak pernah berputus asa dari rahmatMU..Ya ALLAH, aku berlindung dari godaan nafsuku..Ya ALLAH, janganlah KAU matikan aku tatkala aku mengingkariMU..KAUlah harapanku..satu-satunya harapan yang ada. KAUlah kebahagiaanku..


AKU BAHAGIA YA ALLAH..

Friday, October 9, 2009

merangkak mencari jalan pulang

Terima kasih ya ALLAH kerana KAU sibukkan aku dengan urusan-urusan membangunkan imanku…walau terkadang aku tersungkur di pintu kejayaan, aku tetap masih kuat bangun, merawat luka dikaki dan di hati..dan aku masih kuat memburu cintaMU…

Ya ALLAH, jangan KAU biarkan aku yg menentukan kehidupanku sendiri.

Maafkan AKu Teman

Melihat masa yg telah berlalu dibelakang, bersama tanggungjawab-tanggungjawab yang telah aku khianati membuatkan mataku acap kali, dek perasaan bersalah, takut dan bersyukur tentang banyak perkara..banyak perkara..

Pada saat yang aku tak pasti aku berkesempatan atau tidak, aku memohon maaf yg tidak terhingga buat semua insane yang terbabit dalam babak-babak hidupku. Samada kalian hadir hanya dengan satu ucapan salam atau mungkin hanya berselisih di tepi jalan, maafkan aku. Mungkin aku terlalu lemah untuk menghargai kalian selayaknya. Aku sedar yang terkadang aku terlalu zalim dalam keupayaanku sebagai seorang sahabat melayani dan menghargai kalian.

Terlalu banyak senyuman kalian yg aku balas dengan kerut dahi dan masam mukaku..terlalu banyak mesej2 kalian yg tak sempat aku balas..terlalu banyak kebaikan kalian yg aku terlupa untuk mengucapkan, “terima kasih teman”…terlalu lama masa yg aku ambil untuk membalas satu2 soalan kalian padaku..terlalu banyak aku tutup hatiku bila kalian cuba merapatiku…ya, terlalu banyak untuk aku ukirkan di sini kesalahan-kesalahanku pada kalian..

Aku hanya ada satu jawapan untuk semua ini…

Aku tak pernah terfikir dan tak pernah terlintas di fikiranku untuk melakukan semua kezalimanku ini..

Maafkan aku teman. Aku ingin sekali memberi apa yg aku ada pada kalian..namun, aku tak cukup bekalan untuk aku beri pada kalian, kerana aku juga masih merangkak…mencari jalan pulang

sekadar gambar hiasan

Monday, October 5, 2009

takut

“..Kewajipan itu lebih banyak dari masa yang ada…”

Ungkapan keramat itu terlalu mebuatkan seluruh anggota saya bergetar, menangisi kealpaan diri kerana memandang enteng setiap hikmah puaka dalam ungkapan keramat As-Syahid Ustz Hassan Al-Banna..

Terlalu banyak kerja-kerja yang belum bertemu titik akhirnya. Masih ada 3,4 assignment yang belum bertemu last pagenya..

Bukannya saya suka bertangguh, bahkan itu sifat yg ingin saya lenyapkan terus dari jasad hina ini. Namun, apakan daya, makin berlalu masa, makin bertambah tanggungjawab yang perlu saya lunaskan. Apabila kerja yang dah ada belum selesai, dan kerja baru mendatang, so, jadilah penangguhan demi penangguhan..Tetapi, awas! Saya tidak pernah berasa menyesal atau bersungut dengan tanggungjawab yang saya dapat, tetapi kegagalan untuk melunaskannya itu yang saya kesal dan tangisi..

Saya terima kerana saya yakin ini AMANAH dari ALLAH..

Saya takut, tertekan, kesal kerana saya teramat yakin setiap AMANAH ini akan dipertanggungjawabkan di hadapan ALLAH.

Dalam fasa ini, saya amat takut untuk menghadiri- mana-mana mesyuarat yang melibatkan diri saya di dalamnya. Bukannya takut dimarahi kerana kerja tak siap. Tapi, yang amat menakutkan saya adalah bimbang saya kan mengeluarkan idea2 yang akan menyebabkan saya sendiri yang akan memudaratkan diri dan gerak kerja yang bakal berjalan. Sudah berapa banyak program yang saya ‘GAGALKAN’..Astaghfirullah..

So, sekarang ni saya dalam fasa reconstruct myself.

Nak habiskan segala kerja yang sudah terlalu lama beratur panjang untuk saya habiskannya..

Nak rancang baik-baik kerja yang telah saya janji untuk siapkannya..

Nak susun jadual belajar baik-baik..final pun tinggal sebulan ja lagi..

Nak belajar untuk berkata TIDAK..

So, maybe dalam tempoh ni, banyak hati akan terasa dengan perubahan ni. Tetapi, maaf sangat2, saya terpaksa lakukannya. Demi ALLAH, that’s it..

Orang yang dalam proses nak belajar untuk hidup tak salah jika melakukan kesilapan. Tetapi yang silapnya ketika dia masih gagal belajar dari kegagalannya. Agar tak jatuh ke lubang yang sama. Agar tak tak terhantuk pada tiang yang sama.

Oh God, please help me..

Tiada Harapan Selain ALLAH..

Friday, October 2, 2009

Untuk perhatian division concert I-Quest

salam'alaik..

disebabkan yahoo mail lembab sangat nak attach file, so terpaksa upload draft poster kat sini untuk perhatian PM concert dan Pub Pro Central.. huhu...terbongkar sudah blog saya kat diorang..

tapi wat cane, terpaksa...nak cepat...petang nak peruntukkan masa untuk cari modal hafalan baru untuk kelas 'iadah malam ni..

P/s: For PM concert, saudara Hakim dan Pub Pro Central, saud
ara Airul, ni draft poster untuk concert..anything yg sepatutnya diletakkan dalam poster dan apa2 maklumat yg nak ditambah, please let me know as soon as possible, k.tq

Wednesday, September 23, 2009

..............

salam aidilfitri buat diri tercinta...
moga tarbiyyah ramadhan 1430H
meninggalkan sesuatu yg amat bergarga dalam dirimu
untuk kau genggam erat
menyelusuri 11 bulan mendatang
dengan penuh keimanan dan ketaqwaan

agar hidupmu diberkati Rabbi...

taqaballahu minna wa minka solihal a'mal
insyaALLAH

Sunday, September 6, 2009

DiArI RamaDHAn kE-2



Hari ini dah masuk hari ke 17 umat Islam berpuasa. Hari ni dah masuk hari terakhir minggu ke-8 semester pertama Tahun ke-2 saya di kampus..Allahu Akbar..cepat sangat rasanya masa berlalu. Tak terasa hari-hari itu berlalu. Banyak sangat perkara yg berlaku..membuatkan memori otak ni tak sempat untuk save semua data yg sepatutnya disimpan baik-baik di ingatan. Tapi, insyaALLAH yg terlebih baik, apa jua yg berlaku, ianya sepatutnya menatijahkan kehidupan kita supaya menjadi lebih baik..hari demi hari..

Buat saya, saya sentiasa berusaha untuk menjadi yg lebih baik..walaupun dalam keadaan diri saya yg semakin terhuyung-hayang menepis hayunan ujian dunia yg semakin mencabar. Allah menciptakan kehidupan sebagai landasan terbaik untuk menilai tahap seseorang hambaNYA…menepis bukan bermakna melarikan diri atau menidakkan setiap ujian yg datang, tetapi menghadapinya dengan segala kekuatan yg ada..biiznillah..

Ya, dunia tidak akan pernah berhenti memberi kita kesusahan, kekecewaan, kemiskinan, kesedihan, tekanan..tapi, berbanggalah sekiranya kehidupan anda terisi dengan semua perkara tersebut. Ianya menjadikan kita semua orang-orang yg benar-benar berpijak di bumi yg nyata. Ujian ini tandanya kita sedang dinilai oleh Allah, Zat Yang Satu..Dia yang menetapkan demikian rupa..dan ingatlah, ujian itu adalah didikan langsung dari ALLAH…

RAMADHAN YANG TERAKHIR..

Semangat ini yang cuba saya semaikan dalam jiwa dan iman supaya ramadhan yg kunjung tiba saban tahun bakal menjadikan ianya ramadhan terbaik saya dalam kehidupan. Namun, saya selalu senang hanyut dengan ‘rasa syukur’ yg bersifat sementara ini. Selalunya, benar, kita selalu mengharapkan Allah memberi kita peluang untuk sampai kepada Ramadhan..banyak janji, impian dan harapan yg telah kita bina di hadapan ALLAH. Namun, pabila ramadhan tiba, usaha kita, semangat kita semakin berkurang dengan semakin berlalunya ramadhan sehari demi sehari..itukah kita?benarkah kita mahukan Ramadhan itu datang kepada kita untuk tahun ini?...

Allah..ini mungkin apa yg sedang saya alami..bertarung dengan diri sendiri..rupanya, nafsu telah banyak terdidik dengan pujuk rayu syaitan selama 11 bulan yg lepas. Biarpun telah dibelengu, ‘roh’ syaitan masih mampu menguasai diri..tapi, jangan asyik menyalahkan syaitan. Tapi salahkan jiwa anda yg selalu kalah pada tuntutan hawa’ anda..IMAN, kawallah diri anda..

SEDOZAN YANG BERBAKI

Masih ada 12 hari lagi ramadhan untuk tahun ini. 2 hari lagi untuk kita sampai ke 10 ramadhan terakhir. Perjuangan untuk mencari rahmat seribu malam. Mencari satu malam yg dijanjikan berbagai macam nikmat dan ganjaran. Tapi, cukuplah,. Ada cintaNYA di sana.. Ada keampunanNYa di sana...Ada rahmatNYA di sana.. ada redhaNYA di sana..

Moga diberi kekuatan untuk 10 yg terakhir ini. Tambahan 10 yang terakhir ini, seminggu berpuasa di rumah. Satu cabaran besar dalam hidup saya. Bukannya rumah menjadi halangan dalam berpuasa, Cuma selalunya, diri tak terkawal ketika berada di rumah. Moga kali ini, tak begitu. Moga ramadhan kali ini memberi seribu kekuatan untuk diri ini terus kuat berjuang untukNYA..moga apa jua harapan dan impian ramadhan kali ini termakbul ALLAH buat diriku.

SYAUKANI..SYAUKANI..

Sahur tadi, saya dan adik usrah syababullah saya,Naazir(^_^) bergegas ke airport Kuantan kerana menghantar sahabat kami, syaukani, yang ingin melanjutkan pelajaran ke Jordan. Syariah bidang yg ingin diperdalam di sana. Moga ALLAH beri kekuatan pada dia untuk terus memperjuangkan ilmuNYA di bumi Jordan. insyaALLAH, intansurullah, yansurukum…

PERBUALAN DALAM KERETA

Perbualan bersama Naazir semasa berada di airport dan bersambung dalam kereta, saya kira amat bermakna. Banyak perkara yg kami bincang. Tentang da’wah..tentang tarbiyyah..tentang istiqamah..tentang hati..satu resolusi buat diri saya, USRAH TUNJANG TARBIYYAH..moga ruh usrah akan sebati dalam diri saya dan SYABABULLAH. Mungkin saya memang tak layak untuk menjadi seorang naqi yang baik. Namun, saya tak sanggup melihat jiwa-jiwa yang berpotensi menjadi ‘mata-mata rantai perjuangan NABI SAW’ kering tanpa dibina iman dan fikrah mereka..agar hanya ILAH mengalir dalam setiap rongga jasad mereka.insyaALLAH..

P/S: banyaknya yg merapu..moga aku kuat untuk amalkannya..kani, seeru ‘ala barakatillah..uhibukka fillah..huhu

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Kareem…Allahu Akram..

Subhanallah…Alhamdulillah…Allahu Akbar…
Tak tertahan rasa sebak dan malu kepada ALLAH kerana DIA member kesempatan untuk menjadi salah seorang peserta dalam madrasah ramadhan kali ini. Amat bersyukur walaupun baru 2 hari program bermula..

Diari ramadhan 1430H kali ini terpaksa bermula pada 2 Ramadhan. Keletihan menguruskan jadual sehari-hari memaksa saya untuk ambil ‘annual leave’ daripada berblogging. Tidak mengapa, lagipun pengisian dalam blog ni bukanlah sesuatu yang bersifat berkala yang mana mungkin akan membunuh minat sahabat-sahabat pengunjung yang sudi membelek entry-entry lemau saya.

“..moga ramadhan kali ini adalah yang terbaik..”-begitu ngomel hati setiap kali madrasah ramadhan dating bertamu.

Bermacam untaian janji dibuat, berbagai janji diberikan oleh sang hati buat diri..
Yakinlah, aku sedar ketika semua janji dan harapan itu dibuat…

Menghayati ramadhan dalam hari-hari kedewasaan saya mungkin agak berbeza dengan orang lain..segala perancangan terpaksa dibuat mengikut kemampuan sendiri, kemampuan diri yang memikul hari-hari kini. Jadual perancangan masih belum di’final touch dan dibind’ kan dek kerana tak pandai mencuri masa..semuanya dalam bayangan otak..

JADUAL SOLAT DAN AL-QURAN

Buat masa sekarang, saya percaya pada satu teori dalam pengurusan masa. Buat jadual anda mengikut jadual solat dan al-quran anda(terutama untuk mereka yang menghafaz al-quran)..inysaALLAH, ALLAH akan susun kehidupan anda. Kerana saya tidak terlalu teliti dalam menjaga keutamaan kedua-dua ini, that’s why I’m always been fooled with time..
Sekarang ini, tahap kesedaran sudah meningkat kepada 70%..lagi 30% still in progress..

BERTANGGUH

Ingat lagi sewaktu menghadiri satu kem kepimpinan, waktu tu sesi pondok trekking(sebab buat dalam pondok je kot)..kami dipecahkan mengikut kumpulan-kumpulan kecil.kebetulan, atau memang dirancang, saya berada dalam satu kumpulan dengan timbalan saya. Kemudian, kami diminta memberitahu kecenderungan masing-masing..ringkasnya, saya pun cakap..”saya tak suka kerja bertangguh..”..timbalan saya cakap pulak “kelemahan dia suka bertangguh bila buat kerja..”..nak cakapnya waktu tu saya pun nak bagitau perkara yang sama tetapi tak habis cakap lagi dah ada committee menyampuk.

MEMANG SAYA BENCI SANGAT TANGGUH KERJA NI TAPI I’M THE ONE WHO’S ALWAYS DO THAT

Sekarang dah berjaya atasi masalah ni sikit-sikit tapi bila satu hari tu tak dapat habiskan kerja yang dah diplan, terpaksa dibawa ke hari esok..tapi dalam masa yg sama esok tu pun dah berderet kerja yang kena buat. Agak kelakar bunyinya tapi yakinlah, ini semua latihan dari ALLAH supaya I’ll become a better person.

Apa yang penting, kita yakin dengan ALLAH..
segala usaha yang telah kita buat ada nilai disisi ALLAH..
Tiada Harapan Selain ALLAH swt