Saturday, October 31, 2009

SERVER DOWN


Dah sebulan lebih aku tak menaip apa2 entry baru untuk blog ni. Kosong bukan bermakna takda apa2 yang berlaku. Terlalu banyak perkara yang berlaku. Cuma tak sempat untuk record everything in here.


Sekarang dah start study week. Exam final aku dah start semalam. 30/10/2009 sampai 18/11/2009.


Em, aku tak pasti apa cerita yang ingin aku mulakan pada entry kali ni. Hati berbalam-balam untuk merungkaikan segala kesusutan yang ada. Saat-saat yang aku lalui sekarang ni sangat sukar rasanya. Namun, aku optimis dan sangat berlapang dada dengan ujian ini. insyaALLAH hikmahnya juga bakal datang semahal ujiannya. insyaALLAH…


DOWN TO EARTH


Ku kira ini istilah yang aku boleh simpulkan tentang keadaan aku di bumi subur ini, bumi Kuantan.. ‘DOWN TO EARTH’ bukannya nak cakap yang aku selalu turun padang kat sini, tapi aku mengalami saat-saat yang sukar di sini. Bumi Kuantan yang kecil ini terasa terlalu menghimpit diriku. Segala-galanya seolah-olah berakhir dengan kegagalan dan kesilapan. Terasa segalanya tak kena. Imanku yang sakit nazak dikalahkan nafsu…dakwah aku yang kian hilang ruhnya..quran aku yang semakin lenyap dari ingatan dan penghayatannya..akademik yang semakin merudum..nilai kemanusiaanku yang semakin berkurang..ya, segalanya semakin hilang serinya..mungkin ini yang sedang diperhatikan oleh sahabat-sahabatku di Kuantan..mungkin ini yang kalian lihat dari aku..


Namun dari aku, aku bahagia dengan tarbiyyah yang aku sedang lalui sekarang. hanya ALLAH saja yang tahu betapa aku cuba bertahan dari setiap ujian ini. Biarpun kerap aku terjatuh dek kerana beratnya beban yang aku tanggung, aku sentiasa cuba untuk bangun kembali..mengatasi setiap kegagalan dengan sejerit usaha yang ada. aku tak mampu nak berkongsi dengan sesiapa jua kerana segalanya akan menjadi lebih keruh bila yang kalian tahu tentang sebuah hakikat. Kalian takkan mampu menerimanya.


TOLONGLAH AKU


Apa yang aku harapkan sekarang adalah sebuah kekuatan yang datang lahir dari diriku sendiri..aku mohon maaf kepada insan-insan yang telah aku lukai hatinya..aku tak nak berlari tapi terkadang lari itu jalan yang terbaik untukku..doakanlah supaya aku kuat mengatasi saat-saat ini..aku harus selesaikan segala-galanya sendiri. Kerana aku takut aku akan jatuh lagi, dan ketika itu, aku dah tak mampu nak bangun lagi…


BUATMU YA RABBI


Ya ALLAH, hanya KAU yang tahu betapa aku ikhlas menerima segala-galanya yang KAU berikan ini. Jadikanlah aku hamba yang tak pernah berputus asa dari rahmatMU..Ya ALLAH, aku berlindung dari godaan nafsuku..Ya ALLAH, janganlah KAU matikan aku tatkala aku mengingkariMU..KAUlah harapanku..satu-satunya harapan yang ada. KAUlah kebahagiaanku..


AKU BAHAGIA YA ALLAH..

2 comments:

iman sayyidah said...

Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya harapan, yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuanNYA, rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, di situ air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka. Indahnya tarbiyah Allah tersirat rahmat & hikmah. Diuji kita sebagai tanda sayangNya.~ all the best in ur exam, gunakan masa yang ada sebaiknya, jgn malas2. xde kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu....barakallahufik

zaiton zakaria said...

salam...tak reti nak bagi kata2 semangat atau apa.

wish you gudlak in this final xm.

ujian hebat buat orang hebat. thats it!

ws