Monday, December 21, 2009


SALAM TAHUN BARU 1431H
salam tahun baru buat jiwa yg mendambakan cinta dan redha ALLAH..juga buat semua insan yg sudi
menziarahi blog usang ini..

mengambil masa berbaki ini untuk merungkai s
egala perasaan, harapan dan impian yg terlakar dijiwa ini untuk digarapkan dalam satu kefahaman dan matlamat yg BENAR dari sudut prinsip dan waqi'inya(realistik).

Saban tahun yg berlalu terlalu pantas rasanya dan rasanya semua hamba ALLAH bernama manusia
mampu merasainya. Meyakini bahwasanya ini petanda akhir kepada sebuah kewujudan semua yg bernama hamba, aku cuba untuk menghayati dan BENAR-BENAR menghargai setiap detik yg berlalu dalam hidupku dengan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yg telah aku janji pada ALLAH. Agar kepulanganku nanti ke SANA, bakal menjadi kepuasan abadi di akhirat.

muhasabah tentang masa-masa lampau membuatkan sesiapa jua akan bermonolog, "andai masa bisa diundur,
aku akan perbetulkan semua kesalahanku dan akan jadi hamba yg beriman"... dalam Al-quran juga ALLAH ada merakamkan ayat yg menceritakan manusia yg meminta dikembalikan ke dunia untuk dia bertaubat dan beriman serta beramal, suapay ALLAH kembali redha padanya.. tapi, ASTAGHFIRULLAH, aku benar2 tak ingat..aku akan lampirkan kemudian insyALLAH

mungkin apa yg ingin aku tulis di sini, manusia sangat mudah berjanji itu dan ini, dan dihujungnya
diselitkan kalimah insyaALLAH..mereka lupa barangkali atau mungkin terlalu biasa untuk memungkiri janji..lupa yg mereka berjanji kepada ALLAH pada setiap janji yg dibuat. mereka lupa barangkali yg ada malaikat yg mencatat supaya bisa menjadi rujukan untuk manfaat amalan dan untuk menjadi hujjah di Padang Mahsyar nanti..ALLAHU AKBAR..

untuk Tahun Baru Hijri kali ini, aku berhasrat, jika diizinkan ALLAH untuk melakukan segala
yg aku buat dalam kedaan aku cukup MEMAHAMI dan MERASAI kemanisan sesuatu tindakan aku.. ya, pastinya apa yg akan aku lakukan mestilah selari dengan kehendak ALLAH dan Rasulnya.. tolaklah ketepi pandangan natijah DUNIAWI, ia takkan kekal..lihatlah pada natijah akhirnya kelak..become AKHIRATISTIK dalam hal ini. banyak kelemahan-kelemahan yg ingin aku atasinya dengan cara yg penuh hikmah. berubah untuk ALLAH

buat mak dan ayah, naim mohon ampun dan maaf atas tindakan2 yg mungkin membuatkan
mak dan ayah terluka. tak terlintas dalam hati untuk menidakkan mak dan ayah dalam
keutamaan dalam hidup naim. selepas ALLAH dan Rasul, mak dan ayahlah matlamat kehidupan
naim. moga hubungan kita kan lebih bermakna pada hari-hari mendatang. terima kasih kerana
menyokong keputusan besar pertama yg naim nak buat. it's really meaningful for me.

buat semua sahabat2, bantulah aku untuk mengharungi kehidupan ini. iktalah persahabatan
kerana ALLAH. terimalah diriku seadanya. ambillah manfaat daripada diriku untuk
manfaat dunia dan akhirat kalian. aku hanya ada ALLAH dalam hidupku.aku bernafas dan
meneruskan langkah2 hidupku untukNYA. maka, aku sekali2 takkan mengambil jalan
yg akan menggagalkan perjalananku ini..Jalan ini jalan yg pasti..

aku tak mahu menjadi manusia yg terlalu asyik membuang kemuncup yg melekat pada dirinya
sedangkan dia tertinggal di belakang. kerana mungkin lambat itu akan menyesatkan kita..
kemuncup itu halangan dalam perjalanan, namun mengatasinya bukan bereerti membuangnya.
belajar mengatasi rasa gatal dan tak selesa dengan kehadiran kemuncup itu juga satu langkah
penyelesaian yg bisa dilakukan.

wallahua'lam..

Tiada Harapan Selain ALLAH..

Abu Hanzallah
Dunia Jihad Kecilku
UIAM Kuantan
Pahang

buat renungan; ATTAUBAH:111

No comments: