Ungkapan keramat itu terlalu mebuatkan seluruh anggota saya bergetar, menangisi kealpaan diri kerana memandang enteng setiap hikmah puaka dalam ungkapan keramat As-Syahid Ustz Hassan Al-Banna..
Terlalu banyak kerja-kerja yang belum bertemu titik akhirnya. Masih ada 3,4 assignment yang belum bertemu last pagenya..
Bukannya saya suka bertangguh, bahkan itu sifat yg ingin saya lenyapkan terus dari jasad hina ini. Namun, apakan daya, makin berlalu masa, makin bertambah tanggungjawab yang perlu saya lunaskan. Apabila kerja yang dah ada belum selesai, dan kerja baru mendatang, so, jadilah penangguhan demi penangguhan..Tetapi, awas! Saya tidak pernah berasa menyesal atau bersungut dengan tanggungjawab yang saya dapat, tetapi kegagalan untuk melunaskannya itu yang saya kesal dan tangisi..
Saya terima kerana saya yakin ini AMANAH dari ALLAH..
Saya takut, tertekan, kesal kerana saya teramat yakin setiap AMANAH ini akan dipertanggungjawabkan di hadapan ALLAH.
Dalam fasa ini, saya amat takut untuk menghadiri- mana-mana mesyuarat yang melibatkan diri saya di dalamnya. Bukannya takut dimarahi kerana kerja tak siap. Tapi, yang amat menakutkan saya adalah bimbang saya kan mengeluarkan idea2 yang akan menyebabkan saya sendiri yang akan memudaratkan diri dan gerak kerja yang bakal berjalan. Sudah berapa banyak program yang saya ‘GAGALKAN’..Astaghfirullah..
So, sekarang ni saya dalam fasa reconstruct myself.
Nak habiskan segala kerja yang sudah terlalu lama beratur panjang untuk saya habiskannya..
Nak rancang baik-baik kerja yang telah saya janji untuk siapkannya..
Nak susun jadual belajar baik-baik..final pun tinggal sebulan ja lagi..
Nak belajar untuk berkata TIDAK..
So, maybe dalam tempoh ni, banyak hati akan terasa dengan perubahan ni. Tetapi, maaf sangat2, saya terpaksa lakukannya. Demi ALLAH, that’s it..
Orang yang dalam proses nak belajar untuk hidup tak salah jika melakukan kesilapan. Tetapi yang silapnya ketika dia masih gagal belajar dari kegagalannya. Agar tak jatuh ke lubang yang sama. Agar tak tak terhantuk pada tiang yang sama.
Oh God, please help me..
Tiada Harapan Selain ALLAH..
No comments:
Post a Comment