Wednesday, December 31, 2008


[[[[[[[ 12.20 pm ]]]]]]]

Allahu Akbar…Susahnya nak istiqamah dengan amalan yaumiyah..tengok orang lain senang je nampak..
Solat jemaah pun tak setel lagi..apatah lagi nak buat benda2 lain..

Allahu Akbar…Susahnya subjek hari ni..
tu kena hafal, ni kena hafal…
study rasanya lebih dari orang lain..
pointer dapat rendah jugak..siap kena repeat lagi...
Orang lain selalu je makan2 kat luar, aku tak pun…
Orang lain selalu je sembang-sembang, aku ada la jugak tapi takde la macam diorang..
Orang lain relaks je nampak, aku bersengkang mata malam-malam…
Orang lain…
Orang lain…

Allahu Akbar…Susahnya nak pikul amanah
Dapat jawatan satu je pun, tu pu tak mampu nak buat..
Orang lain pegang empat lima jawatan, ok ke nampak..
Aku ni..susah sangat..
Nak letak jawatan, malas nak nyusahkan orang lain..
Alah, pegang je la..buat keja sikit-sikit sudah..
Huhu..

Allahu Akbar…Susahnya nak atasi kesusahan..

….Luahan nafsu yang sememangnya tak pernah berhenti memberi alasan…

Tapi bila akal berfikir balik…

Iman pun memberi jawapan..
Ntah ape-ape la aku ni
Fikir bukan-bukan..
Macam orang takde iman..
Astaghfirullahal ‘azim
Na’im..na’im..

Kesusahan itu adalah manis bagi orang beriman
Rempah kehidupan..
Tanpanya, kehidupan manusia ini akan menjadi terlalu kosong, useless..
Kerana kesusahan itulah matlamat kehidupan..
Kerana kesusahan itu adalah satu ujian
Kerana kesusahan itu akan menjadi tapisan
Kerana kesusahan itu akan menjadi kemanisan
Kerana kesusahan itu datang dari Tuhan..

Wahai insan yang berTUHAN,
bersabarlah dan berbahagialah hati menghadapi setiap kesulitan,
biar seperit manapun ia…
yakinlah dengan janji Tuhan..
Setiap kejayaan mengatasi kesusahan itu akan diganti dengan kebahagiaan..
Di alam yang kekal abadi…alam yang menjadi titik akhir sebuah kehidupan
Sesungguhnya kesusahan di dunia ini tak seberapa untuk dibandingkan dengan kesenangan di akhirat..

Kemudian, otak memproses signal yang sampai dan menjadikan satu maklumat:

Na’im, jadikanlah al-quran sebagai kekuatan!!!

Otak pun menghantar maklumat yang telah siap diproses ke motor receptor untuk tindakan tubuh badan..

Senyumlah, kerana setiap apa yang berlaku itu adalah datang dari ALLAH swt..

Otot-otot di muka bertindak balas dan terhasilah senyuman…

Hehe..

Sekadar monolog dalaman..


p/s : susah jugak nak istiqamah update blog ni.huhu

[[[[[[[ 12.50pm ]]]]]]

Thursday, December 25, 2008

ijtihad hati


Salamullahi’alaik..

Buat kesekian kali dalam hidup saya, satu lagi pengajaran terbaik yang saya peroleh hasil koreksi diri yang mampu saya hasilkan…

:: bErCaKaP biLa pErLu ::

Selama ini saya merasakan mungkin saya terlalu banyak bercakap pada hal yang tidak sepatutnya..pada waktu yang tidak kena..pada tempat yang tidak selayaknya…

…mungkin kerana kekhilafan ini, saya telah banyak berlaku khianat kepada orang lain…

Apabila kita terlalu banyak bercakap dalam keadaan kita sebenarnya tidak ada apa yang hendak diberi, maka orang akan melihat kita tinggi, sedangkan kita tidak punyai apa-apa pada diri yang boleh dimanfaatkan kepada kumpulan sasar

Sekadar ijtihad hati yang terlalu dha’if

Tuesday, December 23, 2008

ALLAH…Sumber Motivasi Hakiki


Hari ini adalah hari pertama bermulanya kuliah untuk semester 2, Bachelor of Optometry & Visual Science. Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi peluang untuk meneruskan pengajian dalam bidang ini. Namun entah kenapa, hati berasa begitu berbelah bahagi untuk meneruskan pengajian dalam bidang ini… namun setelah ku penuhi masa dengan koreksi diri, ku dapati mungkin faktor-faktor ini yang membuatkan langkah terasa lambat dan hati berasa amat gundah untuk meneruskan amanah dan tanggungjawab agama ini.

>> result semester 1 yang terasa begitu menguji..2.74 dengan memerlukan repeat OPTICS next semester

>> tersedar dari lamunan dan lena yang panjang..betapa jauhnya diri dari matlamat dan prinsip perjuangan muthlak yang sebelum ini menjadi benteng kekuatan diri
>> kesihatan mata yang semakin meruncing..gerak hati yang sememangnya tidak pasti

Namun, dengan kemampuan diri yang begitu terbatas, mengharapkan dokongan dan iringan restu Ilahi melalui solat istikharah yang terlaksana sesempurna mungkin, Alhamdulillah sekarang hati berasa lebih tenang dalam mengharungi hari-hari mendatang…

Aku cuba mencari kembali kekuatan maha hebat yang pernah aku bina sewaktu berada di bumi barakah Kuala Kubu Bharu suatu ketika dahulu…

Aku cuba mengekstrak kembali blok-blok benteng kesabaran yang pernah berdiri begitu utuh sewaktu berjuang di Pusat Asasi dulu..

Aku cuba mendirikan kembali tiang-tiang keyakinan dan kepastian pada Ilahi bernama
tawakkal..yang pernah menjadi tongkat terstabil selama berada dalam alam keremajaan suatu ketika dulu
Aku cuba mengumpul dan menyimpan bekalan-bekalan berupa nasihat dan kata-kata semangat dari sahabat-sahabat dan insan istimewa dalam hidupku..
Dan akhirnya, aku berjaya mencari satu resolusi yang aku rasa terbaik untukku dan agamaku…
MUHAMMAD NA’IM BIN ‘ABDUL RAHIM perlu meneruskan perjuangan di bumi Allah Kuantan ini dengan semangat yang kental dan berjiwa besar untuk menempuhi segala macam lumrah dunia yang sememangnya menjadi syarat asas sebuah kehidupan seorang muslim…apalah ada pada kehidupan manusia bernama muslim tanpa sebarang kesusahan dan kepayahan..yakin dan redhalah dengan segala ketentuanNYA..berusahalah semaksima yang mungkin..biarlah DIA yang memberi final decision dala hidup kita dan berusahalah bersyukur atas segala pemberiannya..Jadilah manusia yang paling redha dan yakin dengan janji serta ketentuan Allah subhanahu wa ta’ala.

“..apakah kamu mengira kami membiarkan kamu untuk mengatakan sesungguhnya kami telah beriman sedangkan kamu belum diuji..”
(Al-Ankabut:2)
“...Dialah yang menjadikan kematian dan kehidupan itu untuk menguji di antara kamu siapakah yang terbaik amalannya…”
(Al-Mulk:2)
Dan akhirnya hanyasanya Allahlah yang layak menjadi sumber kekuatan dan sumber motivasi hakiki dalam hidup seorang muslim..Sesungguhnya Dialah matlamat awal dan akhir kehidupan kita..Dan segalanya yang kita lakukan dalam setiap ruang dalam kehidupan ini tidak lain hanyalah untuk menagih secebis redha dan maghfirahNYA buat kebahagiaan di kampung akhirat yang kekal abadi..
Moga Allahlah yang menjadi tujuan hidup kita..manusia tidak memberi bekas melainkan dengan izin ALLAH subhanahu wa ta’ala.
Allah..Allah..Allah..cinta hakiki

Thursday, December 18, 2008

Safir Menggapai redha Ilahi - bahagian 2 [Hadiah istimewa dari Nilai]


penat tangkap gambar, akhirnya gambar ni yang lekat
15 Disember 2008

Pada petang ahad, saya bertolak ke Pusat Asasi UIAM Nilai. Memang sudah saya selitkan dalam perancangan perjalanan saya untuk melawat adik-adik di CFS PJ dan Nilai. Cuma saya terpaksa batalkan rancanagn ke PJ atas sebab-sebab yang tak dapat saya elakkan (maaf sahabat-sahabat di PJ=). Alhamdulillah, sepanjang keberadaan saya di sana (tak lama pun, sehari semalam je), layanan yang saya terima cukup istimewa. Terasa amat kemanisan ukhwah. Alhamdulillah.. Di sana, saya sempat berkenalan dengan beberapa sahabat baru. Antaranya, syahir, aqif, alhafiz, aizat dan nursalam..Semua mereka ni adalah pelajar Tahun 1 di sana. Moga ukhwah yang terjalin akan berkekalan dan moga ukhwah ini berguna untuk kemashlahatan agama di mana saja kami berada. InsyaALLAH..

Malamnya, saya menghabiskan waktu berbual dengan anak usrah semasa saya di PJ dulu. Walaupun berjauhan dan jarang-jarang berhubung, saya tidak pernah rasa keakraban kami makin berkurang, bahkan makin bertaut. Sayang sangat saya kepadanya. Banyak perkara yang kami diskusikan. Masing-masing berasa sedih dan begitu tersentuh dengan parahnya penyakit ummat pada akhir zaman ini. Masing-masing berasakan begitu teruja dan kepingin untuk bersama-sama mengembeling tenaga kurniaan Ilahi ini untuk sama-sama mengembalikan agama pada tempatnya. Masing-masing berasa insaf dan sedar akan kewajipan menegakkan kalimah ALLAH ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…Tidak sia-sia persahabatan yang telah kami jalinkan. Moga ALLAH sentiasa meletakkan kami dalam golongan pilihanNYA. Apalah yang lebih bahagia dalam sebuah persahabatan apabila sahabatnya itu mampu membantunya lebioh dekat dengan ALLAH. Moga persahabatan ini berkekalan sehingga kami sama-sama layak menjadi penghuni Al-Jannah, sebaik-baik dan semulia-mulia tempat di Kampung Akhirat..kesempatan bertemu dengan izzat kali ini adalah hadiah paling istimewa dari ALLAH sempena kedatangan ke Nilai kali ini.

Subhanallah…Alhamdulillah…Allahu Akbar…

15 Disember 2008

Kembara terakhir bagi tahun 1429 H dan 2008 ini berakhir dengan meninggalkan saat-saat paling gembira dalam hidup saya. Alhamdulillah, sebelum saya pulang ke Kedah, akhirnya saya berkesempatan juga untuk bertemu dengan seorang kenalan Friendster yang sudah lama berkenalan melalui alam maya. Helmi, pelajar perubatan di Univercity of Cairo, Mesir. Dah banyka kali kami cuba merancang untuk bertemu namun gagal belaka. Walaupun berjumpa tidak sampai sejam, Alhamdulillah kami berasa cukup puas hati. Sekurang-kurangnya dapat juga berjumpa untuk pertama kali. Dia akan pulang semula ke Mesir 23 Disember akan datang. Moga segala yang terbaik untuknya, insyaALLAH….

Lepas tu, dalam pukul 8malam, saya pun bertolak pulang ke Kedah dengan menaiki kereta api. Alhamdulillah, segalanya baik..

Safir menggapai redha ILAHI - bahagian 1 [hikmah kembara]



12-14 Disember 2008

Alhamdulillah, keputusan untuk datang ke Kuala Lumpur merupakan antara keputusan terbaik dalam hidup saya. Sekurang-kurangnya cuti yang berbaki beberapa hari lagi dapat diisi dengan perkara yang bermanfaat. Sebenarnya, saya ke KL untuk menghadiri satu kem ibadah yang dianjurkan oleh sebuah syarikat consultant. Sasarannya ialah pelajar-pelajar yang baru selesai peperiksaan SPM. Alhamdulillah, walaupun datang sebagai AJK program, namun pelbagai ilmu baru yang saya peroleh dan yang lebih bersyukur adalah safir kali ini menambahkan lagi semangat dan cinta saya kepada agama dan menjadikan saya insan yang termotivasi untuk hidup sebagai manusia yang berTUHAN.

Pengalaman berprogram dengan sahabat-sahabat yang lebih muda membuatkan saya berasa begitu kerdil dihadapan mereka. Walaupun saya sudah berusia 21 tahun, namun kualiti diri yang ada belum mencukupi untuk saya menjadi promoter terbaik kepada masyarakat di sekeliling saya yang Islam adalah agama terbaik untuk dianuti. Bagaimana seorang jurujual ingin memromosi produk yang dijualnya sekiranya dia sendiri belum merasai sendiri keberkesanan produk tersebut. Mungkin inilah yang menjadi antara punca kegagalan golongan pendakwah. Bukan untuk memperlekehkan atau melemahkan semangat dakwah mereka, tetapi sekadar ingin menyemarakkan dan menyedarkan golongan DA’IE bahawa dakwah akan berkesan sekiranya mereka sendiri mengamalkan Islam secara menyeluruh dalam diri mereka dalam usaha menyampaikan mesej agama..Mungkin mesej agama itu akan disampaikan dengan baik, namun belum tentu kesan dakwah itu akan mengtuk ke pintu hati sasaran mad’u kita dek kerana da’ie itu sendiri belum mengotakan apa yang dia katakan.

“Islah nafsaka, wad’u ghairaka”

Namun, bukanlah bermakna da’ie itu perlu mengundur diri apabila menyedari kekurangan ini. Kita semua adalah manusia yang sememangnya tidak lari dari kelemahan dan kekurangan. Dalam hadis di atas, sepatutnya menjadi pegangan dan sumber motivasi kepada golongan da’ie. Dalam masa kita memperbetul diri sendiri, kita juga wajib memperbetul masyarakat di sekeliling kita. Tanggungjawab dakwah memang sudah terletak dibahu kita sebagai muslim sejak kali pertama kita melafazkan kalam yang paling Agung selepas kalam ALLAH iaitu kalam syahadah, La Ilaha illallah Muhammad Rasulullah..Dan selepas setiap dari kita mencapai akil baligh, segala kewajipan seorang muslim itu harus ditaati selagi tidak ada ma’zurah yang menghilangkan tingkatan wajib itu. Terdapat beberapa ayat di dalam al-quran, kalam teragung bagi umat Islam, yang menyatakan kewajipan berdakwah. Antaranya ialah:

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung.
(Ali Imran:104)

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
(Ali Imran: 110)

Jadi, apakah jalan terbaik untuk kita menjadi pendakwah yang terbaik untuk umat kini yang sememangnya tertunggu-tunggu para da’ie memimpin tangan mereka ke jalan yang diredhaiNYA, jalan yang diikuti golongan terdahulu untuk sampai kepada ALLAH swt..???

Bagi saya, 2 perkara yang perlu ada pada seorang da’ie iaitu:

ILMU
(fikr + ‘amal = tarbiyyah)

AKHLAK

2 perkara inilah yang menghiasi perjalanan dakwah Rasullullah sallahu ‘alaihi wasallam. Ilmu, ya’ni wahyu berupa syariat dari Ilahi yang disampaikan melalui guru baginda yang sememangnya mursyid, malaikat Jibrail ‘alaihi salam. Dan yang kedua, akhlak..dalam coretan sirah, sememangnya telah termaktub bahawasanya ramai manusia yang hidup pada zaman baginda tertarik dengan Islam kerana cantiknya kelakuan (husnul khuluk) baginda…

jadi, wahai para mujahid muda, da’ie yang ingin meneruskan perjuangan Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam, persiapkanlah diri kalian supaya golongan pendakwah tidak dituduh sebagai pembawa fitnah kepada agama itu sendiri. Jangan takut dan malu dengan kepincangan yang dimiliki, sebaliknya berusahalah menutupi kepincangan tersebut dengan kelebihan-kelebihan lain yang ada pada diri. ALLAH itu Maha Adil pada setiap sesuatu. Wallahu a’lam…

p/s :saya teringat kata-kata yang didendangkan dalam klip video filem Sang Murabbi..

selayaknya bagi jiwa-jiwa yang mengazamkan dirinya di jalan ini
menjadikan dakwah sebagai laku utama
dialah visi, dialah misi, dialah obsesi
dialah yang menggelayuti di setiap nafas
dialah yang akan mengantarkan jiwa-jiwa ini
Kepada redha dan maghfirah Tuhannya kelak

Bersambung…

Tuesday, December 16, 2008

-Taubat Seorang Hamba-




Hati hiba mengenangkan

dosa-dosa yang aku lakukan

Oh Tuhan Maha Kuasa

Terima taubat hamba berdosa


Ku akui kelemahan diri

Ku insafi kekurangan ini

Ke kesali kejahilan ini

Terima terimalah taubatku ini


Telah aku merasakan

Derita jiwa dan perasaan

Kerna hilang dari jalan

Menuju redhaMU Ya Tuhan


Ku akui kelemahan diri

Ku insafi kekurangan ini

Ke kesali kejahilan ini

Terima terimalah taubatku ini


Di hamparan ini ku meminta

Moga taubatku diterima


Ku akui kelemahan diri

Ku insafi kekurangan ini

Ke kesali kejahilan ini

Terima terimalah taubatku ini


Oleh : Irsyadee ft. Hafiz Hamidun