Friday, June 6, 2008

MINYAK OH MINYAK

RUNTUH RUNTUH.. HARGA MINYAK

RAKYAT KITA…SUDAH MENDERITA…

TURUN TURUN… HARGA MINYAK…

TURUN TURUN….TURUN PAK LAH..

Itulah serba sedikit antara laungan-laungan yg dilontarkan dalam PERHIMPUNAN AMAN bagi menyuarakan pendirian rakyat mengenai isu kenaikan minyak di negara Malaysia ini.Perhimpunan ini diketuai oleh Ust Musodak sendiri, selaku Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah. Perhimpunan aman ini diakhiri secara aman denagn bacaan doa. Tiada kecederaan atau keganasan yg berlaku sepanjang ianya berlangsung.

Kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen (dari RM1.92 kepada RM2.70) memang mengejutkan rakyat. Apapun dalam kancah dunia politik, perkara ini memang sesuatu yg telah diramal berlaku. Ini adalah salah satu lagi HADIAH dari kerajaan yg didokongi BN untuk rakyat2 yg telah mengundi mereka. Tahniah kepada semua pengundi2 BN. Secara umumnya, kenaikan harga minyak ini adalah tindakan kurang bijak BN walaupun mereka cuba mengaburi mata rakyat dengan subsidi kenderaan yg akan diberi kepada pemilik kenderaan bermula 1 Julai 2008. Walaupun saya tidak mampu untuk menjelaskan dengan terperinci alasan2 yg menyokong pernyataan saya tadi, namun berdasarkan sedikit diskusi bersama sahabat2 yg agak arif dalam hal ini, sememangnya tindakan menaikkan harga minyak hanya akan menzalimi rakyat Malaysia terutamanya bagi mereka yg berpendapatan rendah.

‘Ala Kulli Hal, ini mungkin permulaan untuk kejutan2 lain selepas ini. Selagi Pak Lah tidak diturunkan, selagi itu rakyat akan ditipu hidup2 oleh pemerintahan kerajaan BN. InsyaALLAH moga2 fenomena minyak ini akan membuka hati rakyat yg sudah pun sedar tentang kezaliman dan pembohongan kerajaan. Insya ALLAH kerajaan BN akan tumbang akibat permainan mereka sendiri dan ketika itu Pakatan Rakyat akan bangun untuk menerajui kerajaan yg baru. Kalau tidak pada tempoh sesingkat itu, yakinlah kerajaan BN akan tumbang pada pililhanraya yg akan datang.

KALAU PAK LAH TAKMAU TURUN, KITA YG AKAN TURUNKANNYA!!

TAKBIR! ALLAHU AKBAR!!!

Wednesday, June 4, 2008

SEUNTAI KATA UNTUK DIRASA_

KHAS BUAT INSAN BERGELAR MUSLIMAH,

PENERUS PERJUANGAN ZAINAB AL-GHAZALI

2 Jun lepas, saya buka friendster dan dapat satu message daripada senior saya dari Mesir. Jazakallah Kak Athirah =) Selalunya saya jarang baca inbox dlm frendster ni sebab tiada masa dan selalunya kandungannya hanya berupa iklan dan mesej berantai. Tetapi mesej kali ini agak menarik perhatian saya. Jadi saya rasa elok saya post dalam blog supaya pengunjung dapat mengambil pengajaran dari luahan hati penulis tersebut. Selamat membaca dan moga2 pembaca dapat memahami apa yg ingin disampaikan…insyaALLAH

Artikel/Cerpen dan Peringatan.. FaisaL 12:35 pm

dipetik dari blog wewr iaitu ~Khabar Dari Urdun~ dalam entri bertajuk Muslimah & Gambar -

MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,

Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur

“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,

Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati. Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Wallahu A’lam..


BERSAMA MENGISI KEMENANGAN

Pada 23 dan 24 Mei lalu, saya dan beberapa sahabat diberi kesempatan untuk berjumpa dengan Ir Haji Fakhrurazi(maaf, saya kurang pasti bin nya apa), Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah atau bolehlah dikira sebagai Timbalan Menteri Besar Kedah. Dalam kesempatan itu, kami diberi peluang untuk memberi cadangan, komen dan pandangan berkaitan dengan kerajaan yg baru dibentuk hasil kemenangan Pakatan Rakyat di Kedah. Dalam tempoh yg ada, memang banyak suara2 yg mengajukan soalan dan pandangan bagi membantu kerajaan negeri. Ada yg bertanya itu dan ini..Secara keseluruhannya masing2 ingin mengetahui apa yg telah dilakukan oleh kerajaan negeri setelah tidak sampai 100 hari memerintah di negeri jelapang padi ini.

Kemudian, tiba masa untuk Ir Haji Fakhrurazi memberi respon dan menjawab soalan2 yg telah diajukan oleh audience. Hasil penjelasan yg panjang lebar itu, banyaklah yg dapat saya ambil untuk tindakan susulan selepas ini. Dalam tempoh pemerintahan PR dalam Kedah, tidak banyak perkara yg mampu dilaksanakan lagi. Kalau saya boleh bagi tamsilan, macam la kita baru beli lot kedai dari tuan kedai lama. Jadi sebelum dapat buka kedai baru ni, banyak benda yg perlu dibuat..nak bersihkan everything yg telah ditingggalkan oleh tuan kedai yg lama tu..tambahan kita nak renovate kedai dan macam2 lagi la. So, lagi ambil masa kalau dalam masa yg sama kita nak kena bukak jugak kedai tu. Tentulah ambil masa kan? Mungkin(memang ya) itulah yg dialami oleh kerajaan negeri yg baru di bawah pimpinan YB Ust Azizan Abd Razak sekarang ini. Mungkin ramai yg tertanya2 mengapa Kedah masih belum menampakkan perubahan yg ketara di bawah pemerintahan PAS, PKR dan DAP. Pastinya Kedah masih belum mampu menjadi seperti Kelantan dalam tempoh yg singkat ini kerana situasi yg agak berbeza dari sudut penerimaan Islam dalam kedua-dua negeri ini.

Kemenangan di Kedah bukanlah atas sebab masyarakat di negeri ini telah menerima Islam sepenuhnya, tetapi kemenangan yg diperoleh di Kedah adalah hasil daripada perubahan sikap rakyat negeri ini yg ingin merasakan perubahan angin dan momentum baru di bawah pemerintahan parti pembangkang umumnya dan Parti Islam khususnya. Lantaran itu, banyak perkara berkaitan dengan undang2 Islam masih belum boleh dilaksanakan.

Dalam pertemuan singkat itu juga, beliau menegaskan bahawasanya kerajaan negeri memerlukan kerjasama mahasiswa dalam membantu mengisi kemenangan Islam di negeri Kedah ini. Mahasiswa Kedah khususnya tidak perlu lagi berasa bimbang dan gelisah dalam mambantu PAS kerana sekarang Kedah sudahpun dimenangi oleh PR. Sekiranya mahasiswa Kedah masih lagi dgn sikap endah tidak endah dengan apa yg berlaku di negeri kita, kita bimbang pada pilihan raya akan datang kita tidak dapat bertahan kerana rakyat mungkin akan hilang thiqah(kepercayaan) pada pemerintahan PR di Kedah. Bukan bersikap pasif atau takut, tapi sekadar mengingatkan. ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika mereka sendiri tidak mengubahnya

Kepada semua mahasiswa Kedah, pulanglah ke Kedah jika anda ada masa lapang. Banyak perkara yg boleh anda buat untuk membantu kerajaan negeri. Cuma janganlah terlalu memilih kerja dan letakkanlah diri anda di tempat yg sepatutnya.

Seperti kata Almarhum Ust Fadzil Nor ketika diajukan dengan pelbagai cadangan sewaktu memegang tampuk pimpinan PAS dahulu, “..sapa yg nak buat..?”

Bangkit wahai mahasiswa..sekarang bukan lagi masa untuk untuk beretorik di pentas2 perbahasan. Fastaqim kama umirta..

aKu daN mAsa DePaN

Pagi Jumaat 2minggu yg lepas saya berkesempatan mengikuti Kuliah Subuh yg disampaikan oleh salah seorang ustaz yg terkenal dalam arena dakwah dan perjuangan menegakkan kalimah Tauhid di Kedah. Beliau memulakan kuliah pada pagi itu dgn merafa’kan setinggi2 kesyukuran kerana dalam usia seawal 40-an, belau diberi izin oleh ALLAH swt untuk melihat kemenangan Islam di negeri Jelapang Padi ini. Walaupun di Kedah, Parti Islam Semalaysia hanya memenangi 16 kerusi drpd 36 kerusi yg dipertandingkan, namun ini adalah signal awal dari ALLAH swt untuk menunjukkan gelombang penerimaan Islam di Kedah. Kuliah pada pagi itu sedikit merentap emosi dan sensitivity kami apabila penceramah mengimbas kembali jerih-perit perjuangan Almarhum Al-Fadhil Ust Fadzil Nor. Tambah beliau lagi, kemenangan ini tentunya akan lebih2 bermakna buat almarhum. Nasib baik saya tak tidur masa kuliah tu, kalau tak alangkah ruginya..

Menyingkap tirai hidup sendiri, tertanya2 apa pula pengakhiran hidupku nanti?? Adakah aku akan terus istiqamah dalam jalan agama?? adakah aku akan terus bersama dalam saf perjuangan?? Apalah kuasa kita untuk menolak takdir ini kalau ianya benar2 terjadi..Na’uzubillah..Moga ALLAH swt letakkan aku bersama2 hamba yg dicintaiNYA. Moga hidup aku berakhir dalam redha ALLAH. Seperti golongan2 terdahulu. Mereka yg hatinya hanya ada ALLAH swt. Mereka yg meletakkan dunia di tangan dan sanggup melepaskannya apabila ia tak diperlukan lagi untuk akhirat mereka

“…Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui..”

Surah Al-Maidah : 54