Friday, November 5, 2010

diari refleksi[final exam sem1 year3]

Alhamdulillah thummal hamdulillah….

Ketika agama tidak dijadikan sandaran dalam kehidupan..maka akan terlihatlah kemusnahan. Setiap manusia, hamba yg mendambakan kepada sebuah kehidupan berTUHAN pastinya akan meratap hiba dan kecewa dengan suasana yg menimpa dunia, di setiap pelusuk bumi yg meninggalkan islam sebagai satu cara hidup. Lagi sayu dan pecah hati, kecewa, marah dan bernanah ketika kita berada di dalam lingkungan masyarakat islam yang tidak beragama. Ketika MUSLIM menjatuhkan ISLAM..maka apalagi yg nak dikatakan….

Justeru perasaan kecewa dan marah itu hanya akan tinggal sia-sia bahkan mungkin kembali menjadi satu penghinaan buat kita, jika kita tidak melakukan apa-apa usaha untuk mengembalikan Islam ditempatnya. Ini yg kebanyakan terjadi sekarang. Makin bertambah bilangan mereka yg menolak Islam, maka sepertinya makin bertambah juga mereka yg hanya mendiamkan diri, bersembunyi di dalam rumah dengan kealiman dan kewarakan mereka…

**************

Sengaja memulakan entri kali ini sedemikian. Sekadar meluahkan apa yg terbungkam di hati selain membuktikan bahawa saya bukan muslim yg hanya sibuk memperbaiki tanpa memikirkan ‘barah ummah’ yg semakin membimbangkan. Saya bukan manusia yg mementingkan diri. ISLAM is for ALL!!!

Termasuk semalam, Alhamdulillah saya dah berjaya melepasi 3 peperiksaan untuk final exam kali ini. Semalam yg terindah, melalui setiap detik dan saat dalam sesi praktikal Clinical Optometry III sangat mengembirakan. Walaupun natijahnya tidak seperti yang impikan, namun hikmahnya cukup banyak sehingga saya berjaya mengurus perasaan saya dengan baik sepanjang berjalannya sesi praktikal tersebut.

Sesi praktikal semalam kiranya seperti peperiksaan yang menguji kefahaman dan aplikasi saya sebagai seorang pelajar optometri sepanjang 3tahun kurang satu semester belajar di UIAM Kuantan. Ianya menguji tahap kefahaman ttg teori dan kebolehan mengendalikan alat-alatan di klinik optometri sekaligus menguji sejauh mana interpersonal skill kami dalam mengendalikan seseorang pesakit.

Hasilnya, saya mengerti dan memahami sememangnya saya belum cukup ‘skillful’ dalam hal ini. I am in learning process. So, it doesn’t matter if I failed or not, it just that I have to enhance my skill so that in future I can become a good practitioner in optometry field. Dengan kebolehan tersebut, makanya pastinya saya lebih banyak boleh memberi untuk kemaslahatan Islam kelak…

**************

Semoga masa depan saya kelak untuk Islam sepenuhnya..ameen…

Tuesday, October 26, 2010

penilaian atas sebuah kesyukuran



Dalam kerendahan amal itu, saya harus melalui satu lagi fasa penilaian hidup dalam menjalani kehiudpan sebagai pelajar di university.. selalu mengingtakan diri sendiri. Peperiksaan merupakan fasa penilaian sejauh mana keterlarutan saya dalam menimba seluruh ilmu di universiti…

Cuma kadang-kadang saya tertipu dengan prinsip yg saya pegang..belajar kerana ALLAH..bukan kerana prinsip itu yg menipu. Cuma pendekatan kea rah memahami prinsip itu yg selalu saya salah anggap..insyaallah..moga datangnya peperiksaan kali ni saya lebih bersedia…

Saya selalu berpesan pada diri…

Apa saja yg datang dalam kehidupan saya adalah berpunca dari usaha saya. ALLAH Cuma member jawapan dan keputusanNYA yang terakhir dalam setiap usaha manusia utk mengubah hidup dan matinya. Dalam konteks peperiksaan, mendapat keputusan yg cemerlang bukanlah bererti usaha kita diredhai, cuma sunnnatullahnya begitu…

ALLAH berpesan dalam kalamNYA..DIA tidak akan mengubah nasib seseorang hamba melainkan hamba itu yg mengubah nasibnya sendiri…

Berjaya atau tidak bukanlah indicator kita dicintai ALLAH..telitilah dari sudut usaha dan jalan menuju kejayaan tersebut..takut ada yg tersasar dari jalanNYA..

Dapat grade tinggi atau rendah, kita mESTI jadi hamba yg taat dan bersyukur…bukannya menjadikan ketaatan dan kesyukuran itu sebagai hadiah dan ganjaran atas kejayaan yg diberikan ALLAH kepada kita…

Jadi, dengan kedatangan final exam kali ni, saya rasa ni entri terakhir sebelum exam…insyaallah..

Moga cuti yang akan datang selepas ni, saya lebih kerap menulis…

Moga semua yg membaca entri kali ini mendoakan kejayaan saya.moga dengan berkat usaha saya dan doa-doa dari kalian semua, saya dikurniakan kejayaan yg selayaknya untuk diri saya..

Amen ya RAbb…

Sunday, October 24, 2010

KeMbaLi MeNgerti...


ALHAMDULILLAH..THUMMALHAMDULILLAH..THUMMALHAMDULILLAH

Cukup sekadar desahan syukur ini atas peluang yg ALLAH berikan untuk meneruskan kehidupan ini. Rasa malu bertambah-tambah di hati..nikmat yg tidak terhitung belum sempurna disyukuri..datang pula anugerah dari ALLAH..memberi ruang pada hambaNYA menguatkan syukur dan redha padaNYA…

Maafkan saya..semenjak sebelum bermulanya ramadhan, saya sudah tidak kuat lagi rasanya nak istiqamah dalam menulis blog ini. Atas banyak sebab. Dan kesibukan menjadi asbab utama..walaupun sebenarnya terlalu banyak yg perlu saya nukilkan..kerana setiap detik yg berlalu sangat manis utk saya kenangkan…

Setelah puas mencari jalan keluar atas “kemalasan” ini..tadi berkesempatan bersembang sebentar dengan seorang sahabat, abang yg ditemukan ALLAH dalam kembara mencari ilmu di KLBF2010 tidak lama dahulu..Abg Danial Alrashid… ‘ala kulli hal, saya sedikit termotivasi dgn apa yg kami bincangkan sebentar tadi…terima kasih abg Danial..it's was a great time with you just now..maybe thats make a booster for me..

KEMBALI MENGERTI

Sebenarnya apa yg perlu saya lakukan adalah lebih hadam dan menyelami setiap tujuan saya berblog..erti hidup pada member..rasanya Tema hidup Ustaz Hasrizal aka Saiful islam ini mampu menyimpulkan hasrat dan matlamat saya dalam berblog..ALHAMDULILLAH..

Insyaallah..moga ini titik yg terbaik utk saya teruskan berblog…

Cukup sekadar itu untuk kali ini…

Sekadar menambah rasa pada motivasi MAHA PEMBERI dalam surah AsSoff ayat 10-13


10. Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?

11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

12. (dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke Dalam taman-taman Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal Yang baik Dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan Yang besar.

13. dan ada lagi limpah kurnia Yang kamu sukai, Iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan Yang cepat (Masa berlakunya). dan sampaikanlah berita Yang mengembirakan itu kepada orang-orang Yang beriman.