Dalam kerendahan amal itu, saya harus melalui satu lagi fasa penilaian hidup dalam menjalani kehiudpan sebagai pelajar di university.. selalu mengingtakan diri sendiri. Peperiksaan merupakan fasa penilaian sejauh mana keterlarutan saya dalam menimba seluruh ilmu di universiti…
Cuma kadang-kadang saya tertipu dengan prinsip yg saya pegang..belajar kerana ALLAH..bukan kerana prinsip itu yg menipu. Cuma pendekatan kea rah memahami prinsip itu yg selalu saya salah anggap..insyaallah..moga datangnya peperiksaan kali ni saya lebih bersedia…
Saya selalu berpesan pada diri…
Apa saja yg datang dalam kehidupan saya adalah berpunca dari usaha saya. ALLAH Cuma member jawapan dan keputusanNYA yang terakhir dalam setiap usaha manusia utk mengubah hidup dan matinya. Dalam konteks peperiksaan, mendapat keputusan yg cemerlang bukanlah bererti usaha kita diredhai, cuma sunnnatullahnya begitu…
ALLAH berpesan dalam kalamNYA..DIA tidak akan mengubah nasib seseorang hamba melainkan hamba itu yg mengubah nasibnya sendiri…
Berjaya atau tidak bukanlah indicator kita dicintai ALLAH..telitilah dari sudut usaha dan jalan menuju kejayaan tersebut..takut ada yg tersasar dari jalanNYA..
Dapat grade tinggi atau rendah, kita mESTI jadi hamba yg taat dan bersyukur…bukannya menjadikan ketaatan dan kesyukuran itu sebagai hadiah dan ganjaran atas kejayaan yg diberikan ALLAH kepada kita…
Jadi, dengan kedatangan final exam kali ni, saya rasa ni entri terakhir sebelum exam…insyaallah..
Moga cuti yang akan datang selepas ni, saya lebih kerap menulis…
Moga semua yg membaca entri kali ini mendoakan kejayaan saya.moga dengan berkat usaha saya dan doa-doa dari kalian semua, saya dikurniakan kejayaan yg selayaknya untuk diri saya..
Amen ya RAbb…
No comments:
Post a Comment