Monday, November 9, 2009

Pembuat Pintu Emas Kaabah Meninggal


Ahmad menghasilkan pintu Kaaba menggunakan emas tulen seberat 300 kg atas perintah Raja Khaled pada Oktober 1979. -Foto BERNAMA

SHEIKH Ahmad bin Ibrahim Badr, tukang utama yang mereka bentuk pintu emas Kaaba, meninggal dunia pada usia 89 tahun di Makkah Jumaat lepas, demikian harian Arab Saudi berbahasa Inggeris, The Arab News melaporkan pada Ahad.

Ahmad menghasilkan pintu Kaaba menggunakan emas tulen seberat 300 kg atas perintah Raja Khaled pada Oktober 1979.

Kerja-kerja itu dijalankan di sebuah bengkel yang dibina khusus untuk projek berkenaan. Beliau juga memperkemas dan memperindahkan lagi meezab (saluran air di atas Kaaba) dan rangka perak Hajar Aswad.

Beliau mempelajari seni berkenaan daripada bapanya, pereka dan pembina asal pintu berkenaan atas perintah Raja Abdul Aziz pada 1942, lapor akhbar itu.

Ibrahim dan dua saudaranya, Mahmoud dan Ibrahim Badr, mengacu pintu berkenaan dengan emas tulen, mengambil masa setahun menyiapkannya.

Tiang dalam dan meezab, dibuat daripada emas 24karat seberat 25 kg juga disiapkan dalam tempoh berkenaan.

Ayat al-Quran "Ya Hayy Ya Qayyum" (Wahai yang Maha Hidup, Maha Mendengar) dan perkataan "Allah" dan "Muhammad" diukir pada pintu.

Ayat al-Quran "Ya Hayy Ya Qayyum" (Wahai yang Maha Hidup, Maha Mendengar) dan perkataan "Allah" dan "Muhammad" diukir pada pintu. Kerja-kerja mereka termasuk rangka perak Hajar Aswad, lapor akhbar itu.

Ahmad dilahirkan di kampung halaman datuk neneknya di permukiman Qashashiya di Makkah pada 1920. Selepas belajar di sekolah alFalah tempatan beliau menyertai bapanya di bengkel emas dan perak pada usia 15 tahun.

Ahmad telah bekerja di kedai bapanya "Sheikh Ibrahim Badr" di Goldsmiths' Street sepanjang hidupnya.

Beliau lahir dalam keluarga pertukangan seni yang terkenal dengan kehalusan kerjatangan emas yang ekskuisit, kata akhbar itu. BERNAMA

Saturday, October 31, 2009

SERVER DOWN


Dah sebulan lebih aku tak menaip apa2 entry baru untuk blog ni. Kosong bukan bermakna takda apa2 yang berlaku. Terlalu banyak perkara yang berlaku. Cuma tak sempat untuk record everything in here.


Sekarang dah start study week. Exam final aku dah start semalam. 30/10/2009 sampai 18/11/2009.


Em, aku tak pasti apa cerita yang ingin aku mulakan pada entry kali ni. Hati berbalam-balam untuk merungkaikan segala kesusutan yang ada. Saat-saat yang aku lalui sekarang ni sangat sukar rasanya. Namun, aku optimis dan sangat berlapang dada dengan ujian ini. insyaALLAH hikmahnya juga bakal datang semahal ujiannya. insyaALLAH…


DOWN TO EARTH


Ku kira ini istilah yang aku boleh simpulkan tentang keadaan aku di bumi subur ini, bumi Kuantan.. ‘DOWN TO EARTH’ bukannya nak cakap yang aku selalu turun padang kat sini, tapi aku mengalami saat-saat yang sukar di sini. Bumi Kuantan yang kecil ini terasa terlalu menghimpit diriku. Segala-galanya seolah-olah berakhir dengan kegagalan dan kesilapan. Terasa segalanya tak kena. Imanku yang sakit nazak dikalahkan nafsu…dakwah aku yang kian hilang ruhnya..quran aku yang semakin lenyap dari ingatan dan penghayatannya..akademik yang semakin merudum..nilai kemanusiaanku yang semakin berkurang..ya, segalanya semakin hilang serinya..mungkin ini yang sedang diperhatikan oleh sahabat-sahabatku di Kuantan..mungkin ini yang kalian lihat dari aku..


Namun dari aku, aku bahagia dengan tarbiyyah yang aku sedang lalui sekarang. hanya ALLAH saja yang tahu betapa aku cuba bertahan dari setiap ujian ini. Biarpun kerap aku terjatuh dek kerana beratnya beban yang aku tanggung, aku sentiasa cuba untuk bangun kembali..mengatasi setiap kegagalan dengan sejerit usaha yang ada. aku tak mampu nak berkongsi dengan sesiapa jua kerana segalanya akan menjadi lebih keruh bila yang kalian tahu tentang sebuah hakikat. Kalian takkan mampu menerimanya.


TOLONGLAH AKU


Apa yang aku harapkan sekarang adalah sebuah kekuatan yang datang lahir dari diriku sendiri..aku mohon maaf kepada insan-insan yang telah aku lukai hatinya..aku tak nak berlari tapi terkadang lari itu jalan yang terbaik untukku..doakanlah supaya aku kuat mengatasi saat-saat ini..aku harus selesaikan segala-galanya sendiri. Kerana aku takut aku akan jatuh lagi, dan ketika itu, aku dah tak mampu nak bangun lagi…


BUATMU YA RABBI


Ya ALLAH, hanya KAU yang tahu betapa aku ikhlas menerima segala-galanya yang KAU berikan ini. Jadikanlah aku hamba yang tak pernah berputus asa dari rahmatMU..Ya ALLAH, aku berlindung dari godaan nafsuku..Ya ALLAH, janganlah KAU matikan aku tatkala aku mengingkariMU..KAUlah harapanku..satu-satunya harapan yang ada. KAUlah kebahagiaanku..


AKU BAHAGIA YA ALLAH..

Friday, October 9, 2009

merangkak mencari jalan pulang

Terima kasih ya ALLAH kerana KAU sibukkan aku dengan urusan-urusan membangunkan imanku…walau terkadang aku tersungkur di pintu kejayaan, aku tetap masih kuat bangun, merawat luka dikaki dan di hati..dan aku masih kuat memburu cintaMU…

Ya ALLAH, jangan KAU biarkan aku yg menentukan kehidupanku sendiri.

Maafkan AKu Teman

Melihat masa yg telah berlalu dibelakang, bersama tanggungjawab-tanggungjawab yang telah aku khianati membuatkan mataku acap kali, dek perasaan bersalah, takut dan bersyukur tentang banyak perkara..banyak perkara..

Pada saat yang aku tak pasti aku berkesempatan atau tidak, aku memohon maaf yg tidak terhingga buat semua insane yang terbabit dalam babak-babak hidupku. Samada kalian hadir hanya dengan satu ucapan salam atau mungkin hanya berselisih di tepi jalan, maafkan aku. Mungkin aku terlalu lemah untuk menghargai kalian selayaknya. Aku sedar yang terkadang aku terlalu zalim dalam keupayaanku sebagai seorang sahabat melayani dan menghargai kalian.

Terlalu banyak senyuman kalian yg aku balas dengan kerut dahi dan masam mukaku..terlalu banyak mesej2 kalian yg tak sempat aku balas..terlalu banyak kebaikan kalian yg aku terlupa untuk mengucapkan, “terima kasih teman”…terlalu lama masa yg aku ambil untuk membalas satu2 soalan kalian padaku..terlalu banyak aku tutup hatiku bila kalian cuba merapatiku…ya, terlalu banyak untuk aku ukirkan di sini kesalahan-kesalahanku pada kalian..

Aku hanya ada satu jawapan untuk semua ini…

Aku tak pernah terfikir dan tak pernah terlintas di fikiranku untuk melakukan semua kezalimanku ini..

Maafkan aku teman. Aku ingin sekali memberi apa yg aku ada pada kalian..namun, aku tak cukup bekalan untuk aku beri pada kalian, kerana aku juga masih merangkak…mencari jalan pulang

sekadar gambar hiasan