Thursday, December 27, 2012

happy 4th anniversary Damai Optometry Centre

Assamualaikum wbt..

Alhamdulillah, puja dan puji dipanjatkan buat TUHAN sekelian alam...
Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhammad sallallahu 'alaihi wassalam..

2 hari lepas, 25 Disember 2012, syarikat tempat bekerja DAMAI OPTOMETRY CENTRE menyambut ulangtahun pembukaan syarikat kali ke-4..

bulan ni bulan ke-4 jugak aku kerja di syarikat ini...semoga Allah beri keberkatan dan kemurahan rezeki buat syarikat ini dan aku dapat menyumbang semaksima untuk kemajuan syarikat...insyaallah :)

GO DAMAI GO....


waiting for 17, 18, 19 Januari 2013 ni..hehe..












Sunday, November 18, 2012

Ketika Taqdir Berbisik..


ketika ditimpa ujian berkali-kali hingga manusia gagal mencari hikmah disebalik ujian, maka kenangkanlah hadis ini...sesungguhnya Allah itu mahu menguji...ujian itu tanda kasih sayang dan prihatin Allah pada hambaNYA...

jangan tersasul ket
ika ujian keimanan menyinggah dicelah-celah kehidupan kita sehinggah kita makin jauh dari Rabb yang sebenarnya ingin kita mendekatiNYA...dekat denganNYA...

peringatan untuk diri sendiri yang selalu terlupa...


Wednesday, November 14, 2012

salam maal hijrah 1434H

selamat tahun baru Hijrah :)


Alhamdulillah...tahun baru sudah bermula seusai azan maghrib mula berkumandang...
syukur Allah masih memberi ruang dan kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini..

memperbaiki segala kesilapan
melengkapkan segala yang kurang..


melunaskan tanggungjawab yang belum terlaksana...

sebelum dipanggil pulang bertemuNYA...

Ya Alllah, berilah kami kekuatan dan ketabahan serta hati yang lapang untuk menempuhi setahun akan datang... Tetapkanlah hati kami atas jalanMU...masukkan kami ke dalam golongan yang mencintaiMU... Ameen...

Tuesday, November 13, 2012

Rezeki dalam kehidupan


Ujian, membuktikan bahawa disebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi 'sesuatu yang tidak baik' dengan hati yang baik

quoted from genta-rasa.com..a website developed by Dr Mohd Pahrol... a motivator from Malaysia...He always gives good and deep advice and motivations to the readers..cant agree more on his words...

Monday, October 29, 2012

Salam Pengorbanan

Salam Aidil Adha 1433H...
buat semua pembaca blog yang budiman
sorry for the late wish :)

RAYA HAJI DULU-DULU

     semakin kita dewasa, semakin kita akan mengerti bahawa hari raya aidil adha bukanlah hari-hari raya yang biasa2... orang2 yg tidak benar2 memahami konsep aidiladha pasti akan berasa hambar dalam menyambutnya... aku dulu juga begitu... Aidiladha rasa tak best sangat nak sambut...sebab tak meriah... tak ramai sedara mara yang balik bila raya haji datang.. tak perlu ada baju raya baru-baru... haha... akal kanak-kanak begitulah...hanya kemeriahan dan keseronakan yang didambakan...

BILA DAH BESAR NIE....

....barulah tahu kenapa orang-orang tua selalu cakap sepatutnya raya haji ni lah yang meriah dan besar manfaatnya.. kalau raya puasa, takbirmya satu hari ja, tapi kalau hari raya haji, kita digalakkan untuk bertakbir sebanyak 3 hari.. kan meriah tu...(^^,)..

Aidil Adha adalah lambang sebuah pengorbanan suci seorang hamba dalam membuktikan kecintaan dan ketaatan kepada Allah swt, Nabi Allah Ibrahim dan Ismail serta isteri baginda. Ia bukti lambang cinta TUHAN is the most ultimate rank dalam kehidupan manusia.. bukti betapa besarnya ganjaran bila seorang hamba redha dan taat atas segala syariat dan peraturan ALLAH swt.


PENGORBANAN adalah melakukan sesuatu diluar kuasa dan kemampuan tabii seorang manusia.. kita tidak dikira berkorban jika hanya melakukan perkara2 yg kita memang mampu lakukan pada pandangan manusia biasa... memang tak semua orang yang benar2 mampu berkorban..yang ramai cakap je korban kat mulut...makan daging korban je pandai..Lol..haha...

aku sendiri belum mampu berkorban jiwa dan ragaku demi agamaNYA...

Cerita Kita

Seluruh hati ini
Ku serah buatmu segala
Setiap lafazku benarku rasa
Bukannya cerita di dalam lagu

Benar aku pernah
Menyakitimu walau ku terluka
Sedangkan kau tetap selalu berada
Di sisi menemani oh diriku

Maafkanlah semua keterlanjuranku kepadamu
Tak bisa ku membuang semua yang kau cipta
Untuk diriku yang selalu mendustai
Perasaan yang sedang ku rasa

Sungguh aku kesali
Biarkan dirimu separuh mati
Sedangkan ku tahu semua sendiri
Kau teruskan jua walau disakiti

Maafkanlah semua keterlanjuranku kepadamu
Tak bisa ku membuang semua yang kau cipta
Untuk diriku yang selalu mendustai
Perasaan yang sedang ku rasa

Setiap kali aku cuba menjauh
Lebih dekat kau hadir
Biarku undur kau terus setia
Setulus kasih yang kau berikan

Maafkanlah semua keterlanjuranku kepadamu
Tak bisa ku membuang semua yang kau cipta
Untuk diriku yang selalu mendustai
Perasaan yang sedang ku rasa


lagu cerita kita [Shahir AF]

Monday, October 15, 2012

Sebulan di Tempat Baru

Sedar dan tidak, sudah sebulan berada ditempat baru. di sudut kecil bumi ALLAH..

TANJUNG MALIM


Sunday, October 7, 2012

bANYAKNYa yANg tERLEPAs

salam'alaik
Alhamdulillah..masih diberi peluang bernafas dan hidup atas bumiNYA sbg seorg muslim...
Alhamdulillah masih diberi kesedaran untuk update blog abuhanzallah ni.. :)

Aigo... dah lebih 3 bulan blog ni sunyi... banyak sangat perkara terlepas..

[1] End of days and last moments in IIUM Kuantan...


[2] Ramadhan AlMubarak 1433H...

[3] Syawal 1433H

[4] Hari pertama bekerja sebagai OPTOMETRIST :)

[5] Hari Ulangtahun Kelahiranku yg comel >< 21/09/12


[6] Hari2 ptama bekerja dgn jemaah ditempat baru...


...buat pengetahuan kalian, alhamdulillah sekarang saya dengan rasminya menetap di Tanjung Malim, Perak kerana telah dapat tawaran  kerja disini...setakat ini dulu..jumpa dilain waktu...





Hidup untuk Rabbi

Thursday, June 14, 2012

istirehat yang abadi

innalillahi wainna ilaihi raji'un..

kepada ALLAH lah segala2nya kembali...
dan beruntunglah siapa yg mencintaiNYA kerana ALLAH menanti kepulangan kita padaNYA dengan gembira...

petang tadi dapat sms dari sahabat, murabbi gerakan Islam di Malaysia, Ustaz Yahya Othman telah kembali bertemu Kekasihnya...

tiada apa yang mampu dikatakan lagi..semoga segala perjuangannya akan digantikan dengan sejuta mukmin yang larut dalam tarbiyyah beliau...semoga kita semua masih sebati dalam nasihat dan panduan beliau...

semoga akan lahir beribu-ribu Ustaz Yahya Othman yang baru...
yang bakal membaja bumi dengan tarbiyyah Islam...


ALLAHU AKBAR

kerana Hanzallah

kehidupan ini hanyalah
.... tempat mengumpul bekal
....tempat persinggahan
....transit dan alam yg bersifat tidak kekal

seluruh kehidupan ini adalah ujian, ujian, dan ujian...
... tempat mencari dan menapis hamba2 yg benar2 seorg hamba
... tempat mencari penderhaka disebalik topeng seorang hamba
... tempat mencari dan menebus diri

kalau hati, akal dan iman bertanyakan kepada aku...
apa yang membuatkan aku terus ingin mengumpul kekuatan meneruskan hidup...?
maka jawapanku adalah kerana HANZALLAH...
kerana HANZALLAH....aku bangun setelah jatuh dan dijatuhkan...
kerana HANZALLAH... aku terus mencuba dari setiap percubaan hidup yg menemui kegagalan
kerana HANZALLAH...

bersambung

Tuesday, June 12, 2012

thesis...cabaran satu jam setengah

salam'alaik..

sekarang exam semua dah habis...

tengah menyiapkan thesis dengan susah dan payahnya..huhu

so, malam ni cabar diri sendiri tuk siapkan discussion & conclusion dalam masa sejam setengah...

kalau aku dapat siap keja malam ni, aku akan bagi hadiah tuk diri sendiri...

penghargaan la kononnya..


nak tau apa?..hehe..jeng3

chocolate cheese cake^^

doa2 bagi habis no..huhu

Thursday, May 24, 2012

selamat tinggal RIA...

////salam'alaik////

salam menuju akhir semester buat semua...

maaf sebab lama tak update blog ni..biasalah..
disiplin kurang

just nak update tentang cerita baru...

disebabkan dah nak habis semester ni..
banyak mende nak kena bawak balik ke kedah..
buku2..baju2..motor...semua la

jadi nak pos semua tu pakai duit...
beratus gak tu..tambah duit yg nak guna sementara kat sini...

erm..fikir punya fikir...
rasa macam nak jual je HP saya nie...
kalau dapat dalam rm600 pun jadi lah...warranty pun ada setengah tahun lagi...

kalau tak, boleh mati kering aku mcm ni..
nak buat mcm shakira dalam cerita ..SAKURA tu rasanya tak tergamak lagi...huhu

nak mintak kat mak ayah rasa tak patut kot..
diorang pun nak guna duit untuk keperluan seharian..

aku ingat kalau jual hp ni boleh la terus balik kedah...
tapi fikir punya fikir, nanti aku kena datang UIA untuk short semester...
rasanya jual HP pun kena, kena part time kat sini pun kena..=(

cuma kali ni aku nak cari part time siang je sbb Ramadhan ni boleh tumpu perbaiki diri dan tingkatkan amalan...

sekian...
doakan aku semua..
Ya Rabbi, semoga perancanganku sentiasa dibawah restuMU...


p/s: perasan tak entry kali ni formatnya macam gurindam...?hehe


Friday, March 30, 2012

Misi membuang masa?APAKAH

Salam'alaik..


Alhamdulillah thummalhamdulillah....


Dah hari jumaat...tinggal 2 hari lagi cuti kot...

Dalam cuti dah nak habis ni boleh pulak aku melepak Kat kedai makan 'gerai billah' ni untuk sesi cabutan bertuah...


Hahahaha...(tak tahu sapa yang gelak)


Kelakar pun ada sebab ni first time kot aku join benda2 nie...ye la..budak miskin macam aku ni memang tunggu la benda2 macam ni...dapat hadiah...

Masa tengah tunggu nie, tiba2 hati aku tertanya-tanya pula hukum cabutan bertuah nie..takut termasuk dalam Judi dan haram..


So, aku pun tanya uncle google...then jumpa laman web ust zaharuddin...alhamdulillah sumber yang boleh aku percaya...


Cabutan Bertuah & Peraduan, Pertandingan Moden


Baca ...Baca & Baca...


Alhamdulillah aku rasa cabutan bertuah Kat kedai ni tak termasuk dalam kategori Judi..kalau nak tahu kenapa, anda boleh Baca pada link yg aku attach Kat atas...


Sejam aku tunggu, takde reZeki rupanya...dah habis pun cabutan bertuah...huhu...


So, apa nak buat...layan French fries la...

Pastu balik...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 28, 2012

cikgu blog

salam'alaik...

Alhamdulillah, hari ni Allah beri kesempatan untuk mengajar BLOGGING kepada pelajar2 abg zaki di Kg Raja, Besut..

Pengalaman baru walaupun sebelum ni dah banyak kali dah ajar cara blogging ni..new students, new background... new language^^

sila ambil perhatian, posting entry kali ni ditulis secara lives bersama pelajar2..haha..koya disitu...

entry ni just bertujuan untuk ajar my student on how to start a post..

there are my students

AINI
AISYAH
AZLIN
SALSABILA

Tuesday, March 27, 2012

www.mohdnaimrahim.blogspot.com

salam'alaik..

blog saya ni banyak update ttgn TEMPLATE baru dan DESIGN header baru je...
^^...

kali ni advance sikit..baru2 ni saya ada mengikuti sebua program motivasi anjuran Bhagian Hal Ehwal Pelajar UIAM, "upgrade yourself training"...

just nak quote one thing from that program, salah satu cara nak bina kekuatan dan keyakinan diri adalah dengan adanya blog yg mempunyai alamat 'nama penuh' kita... dia kata tu bukti kita yakin dengan diri kita..adalah hujahnya cuma saya tidak pandai nak jelaskan panjang2 kat sini..yang penting kesan dari hujahnya tu, saya terpanggil tuk ubah alamat blog saya..

sebelum ni www.kipasterbang.blogspot.com...

so, selepas ini www.mohdnaimrahim.blogspot.com

so, sementara nak bagi ruang2 sahabat2 pembaca blog saya notice this new link, saya akan bagi masa sebulan untuk tukar ke alamat baru...

wallahua'lam..

p/s:lupa...with new header^^

Wednesday, March 21, 2012

Cerita ANGKA

Bismillah...


There are 7 weeks before Final of Final exam for B.Hons Optometry


There are 6 weeks before Thesis Presentation,submission and Viva


There are 5 weeks before submission of all Clinic Reports(look at the word SSS) =)


There are few weeks left for everything to be done succesfully...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 19, 2012

Lagi 4 bulan

Published with Blogger-droid v2.0.4

Ponteng kelas

Salamalaik..


Hari ini saya bangun lambat...kelas start 9.30pg tapi bangun kul 10pg..bangun2 dah rasa malas Sgt nak ke kelas sbb 30minit lambat...


Izzul & faiz pun lambat...tp diorang pegi jugak walaupun lambat. I thought they wouldnt go..tadi shahril sms, rupanya rini untuk 4 topik..Allah, bodoh Dan ruginya aku..I will regret it for the rest of my life...


......


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, March 18, 2012

Group 1 and 2...no its just one!

ALLAH, tq so much for send them in my life...


Guys, tq so much for ur kindness and honesty to cheer up my life in IIUM...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Bukan berundur..bukan berhenti..

Salamalaik..

Bismillahi thummal hamdulillah...


Syukur kpd Allah yg mengurniakan seinfiniti nikmat yg tidak terduga buat diri yang selalu kurang dalam membuktikan rasa syukur itu kepadaNYA...


Untuk saat ini sehingga beberapa bulan mendatang, saya terpaksa mengurangkan keterlibatan saya dalam beberapa perkara & tanggungjawab saya dalam hidup ini. Saya sedar ramai teman2 dan sahabat2 yg mempertikaikan 'kelembapan' saya kebelakangan ini. Namun maaf, saya bukan orang yang suka menjelaskan setiap sesuatu yg terjadi kpd khalayak ramai. Tak semua perkara anda perlu tahu dan saya cukup faham pada setiap andaian yg anda bakal berikan pada perkara yg anda tidak tahu hujung pangkalnya..


that's not normal bro to think bad for about other people but then I understand it' called life! =)


Saya terpaksa menguruskan pelajaran & kesakitan yg menimpa saya dengan sekuat yg mungkin..


Bro, sis, please pray for my strength..

O Allah, please show me...


Abid taubah

Kuantan Airport


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 29, 2012

Rindu baitullah

Salamalaik..


Semoga kita semUa masih bernafas dalam iman Dan Islam...insyaallah...


Dalam kesibukan menguruskan dunia yang tiada henti ujiannya, hati sarat menanggung rindu untuk berkunjung ke rumahNYA..baitullahilharam...


Ni impian pertamaku sebenarnya...mahu menjejakkan kaki menunaikan umrah setelah aku bekerja...


Semoga Allah beri peluang kpd aku untuk menjejakkan kaki ke sana..ameen Ya Rabb...


P/S:INSYAALLAH,aku Dan abg angkatku merancang untuk menunaikan umrah bersama2 pada tahun depan insyaallah..doakan kami


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 21, 2012

duit da masuk

Salam’alaik

Alhamdulillah, thummalhamdulillah…

[Arrahman]Maka nikmat Allah yang mana yang Kau dustakan..

Lama dah tak update blog, tiba-tiba update …

‘DUIT PTPTN DAH MASUK’

Syukur sesangat..memang duit betul2 habis hari ni..

Ya ALLAH, Kaulah tempat kami meminta dan tempat kami meminta pertolongan

Saturday, February 11, 2012

Test..testt

Salamalaik


Just try to post blog using android...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 1, 2012

lagi 6 bulan...insyaallah..Success


tup tup tup...

cepatnya masa berlalu..haish..

lagi 6 bulan, insyaallah saya akan tamatkan pengajian ijazah di UIAM Kuantan..

urm, tak sabar nak habis belajar sebab banyak lagi tanggungjawab yang menanti dihadapan untuk dilunaskan...

semoga ALLAH memberi kekuatan untuk berikan yang terbaik dalam 6 bulan yang berbaki..

doakan saya ok!

p/s: sem ni kalau boleh tak nak main2 macam yang lepas..tapi susahnya nak mujahadah..huhu...insyaallah...boleh2..