Diari 1431H telah genap seminggu berlalu..
bermakna hari ini telah datang 7 Muharram dalam tahun baru 1432H…
setahun yang berlalu, sungguh manis dan bermanfaat untuk dikenangkan…
terkadang terasa masa begitu cepat berlalu..terkadang pula merasa begitu perit menunggu setiap saat itu berlalu…Ah, sudah begitu namanya kehidupan. Masa adalah makhluk Allah yg sifatnya relatif..masa itu dinilai melalui kualiti kehidupan…ya, rasanya memahami teori keabadian masa yang diketengahkan oleh Harun Yahya bisa memahamkan lagi kita tentang misteri masa dalam kehidupan manusia..Subhanallah..hebatnya ALLAH..Maha Hebat…
justeru sebagai hamba, saya bisa mengambil setiap yang manis itu untuk dikenang, dilipat kemas-kemas dan disimpan sebagai bekal semangat dan panduan dalam mendepani kehidupan mendatang yang entah bagaiamana rupa dan lagaknya…saya hanya manusia biasa..tak mampu melenyapkan sepenuhnya setiap detik sukar dan saat ‘hitam’ bergelar HAMBA..namun, mengenangkannya bukan sebagai sumber kekufuran, hanya menyelitkan ia diruang-ruang kosong kembara hidup ini, agar ianya bisa menjadi peringatan dan ‘alat kelui’ yang baik dalam berhadapan dengan penguji hidup bernama cabaran…
INGIN BERHIJRAH
Dalam satu forum yang dibuat di masjid berhampiran kawasan kejiranan saya, ahli panel mendefinasikan hijrah sebagai mengelakkan diri dari sesuatu yang dilarang..dalam ayat yang lebih jelas, mengelakkan diri dari melakukan sesuatu yang dtegah ALLAH swt..
Dalam hadis Nabi saw, Baginda juga pernah memberitahu para sahabat bahawa tidak ada hijrah melainkan taubat dan taubat itu tidak akan tertutup sehinggalah matahari terbit dari Barat..
Dari pemahaman hirah yang saya peroleh hasil kembara ‘abid selama 23 tahun ini, Islam sentiasa menganjurkan hambanya agar berhijrah pada setiap saat dan kondisi..sentiasa memperbaiki diri menjadi HAMBA yang lebih baik dari semalam, sebulan yang lepas, setahun yang lepas dan berusaha menjadi yang lebih baik sebelum roh dijemput pulang…
Ya ALLAH, saya sentiasa berusaha untuk menjadi HAMBA yang paling dicintai saban hari,,,saban waktu…berusaha menjadikan agama yang suci ini tertegak dalam diri dan jua tertegak di atas muka bumi Allah swt ini..hanya ALLAH swt menjadi saksi atas janji dan usaha yang telah saya ukirkan pada sebuah kehidupan sementara ini…
Namun, terkadang diri melatah dengan ujian yang datang tidak bertepi…saat ujian datang menyinggah, kadang-kadang kita sendiri keliru bagaimana harus kita memberi respon pada ujian tersebut..ya, saya akui terkadang berfikiran positif juga seringkali membawa kita kepada jalan-jalan yang kita sendiri tidak pasti sejauh mana kebenarannya…
HIDUP ADALAH IJTIHAD
Hanya ALLAH yang mengetahui apa yg terbaik untuk diri kita..ungkapan yang acapkali saya tanam dalam diri setiap kali datang keputusan-keputusan hidup yang diluar jangkaan dan kefahaman saya untuk memahamiNYA. Cuma kali ini saya rasa susah sangat nak sematkan dalam jiwa ini.. entahlah..mungkin saja hati ini dah semakin keras dan karat dengan maksiat dan kelalaian..mungkin kerana hati itu yang buatkan saya susah nak terima apa yg terjadi sekarang…
Hidup ini kita yang tentukan…ALLAH akan putuskan jawapan yg terbaik untuk setiap langkah kita..
TERUSKAN HIDUP
Alhamdulillah, kebuntuan ini tidak lama menjelma…
Just go and continue my life..Whatever HE decide on me, I’ll accept it with whole heart..insyaallah
…selepas ikhtiar dan kesungguhan dalam hidup, maka tawakkal adalah penyempurna kepada sebuah keikhlasan…Ya ALLAH, saksikanlah..aku redha dengan apa jua yang Engkau putuskan untuk diriku…
1 comment:
SALAM`ALAIK suamiku habibi qalbi..~Musykilah > Sabar > Redha~
apa-apa jua yang telah berlaku sebelum ini, ia tetap akan berlalu.Semoga dgn penghijrahan ini menatijahkan yang terbaik buat abg. Yakinlah, abg tidak akan keseorangan lagi. Bangkit semula berpaksikan semangat yang membara,semoga nusrah Allah bersama abg.InsyaAllah.
Post a Comment