Saat saya menulis kali ini, hati sedang berdebar menanti keputusan peperiksaan Sem 1 Tahun3. Kalau ikut tarikh, result dah pun keluar bermula jam 4petang hari ini..Cuma, disebabkan hujan, saya belum berkesempatan untuk tengok keputusan di website. Mungkin dalam 30 minit lagi saya akan ke cyber café untuk check result.
Erm…sejujurnya saya tidak terlalu obsess dengan setiap result exam yg datang silih berganti…bukan tidak menghargai, Cuma sekadar mengajar diri tidak terlalu berlebihan dalam berhadapan dengan peperiksaan..ia cuma penanda aras kepada sejauh mana kita memahami dan larut dengan ilmu yang kita pelajari…apa yg perlu kita buat hanyalah usaha semampu yg kita boleh..apa jua natijah atau hasil dari usaha kita itu, kita seharusnya bersyukur dan redha dengan apa yg kita dapat..kalau keputusannya baik, maka kekalkan prestasi kita dan tingkatkannya…namun, andai keputusan peperiksaaan kita diluar jangkaan kita, maksudnya rendah atau teruk, maka ia penanda kita perlu lebih berusaha, mencari strategi lain dalam kaedah pembelajaran kita. ALLAH mahukan kita lebih berusaha dan lebih banyak berdoa kepadaNYA….
SEIMBANGKAN DUNIA dan AKHIRAT
Prinsip utama saya, dalam kita belajar, kita mesti seimbangkan antara hak dunia dan akhirat..tidak guna andai kita hanya tumpukan usaha kita untuk belajar di universiti, sedangkan hak-hak ALLAH yg lain tidak kita tunaikan. Kalaupun kita berjaya, tak ada gunanya kalau kita makin jauh dari ALLAH..
******
Bila memikirkan kembali hadis Nabi saw tentang kewajipan menuntut ilmu, Islam cuma menekankan tentang kewajipan menuntut ilmu, bukannya menuntut ilmu itu disempitkan hanya kepada menuntut ilmu di university atau sekolah. Ianya terlalu umum..jadi, moga-moga kita tidak terperangkap dengan mainan dunia…belajarlah di mana sahaja kita ingin belajar, tetapi ingatlah kepada ibadah-ibadah khusus yang lain yg juga merupakan hak ALLAH yang wajib kita tunaikan..semoga kita tergolong dalam golongan yang hidup untuk mati dan mati untuk hidup…
Wallahu subhanahu wa ta’ala a’lam…
No comments:
Post a Comment