Friday, April 30, 2010

KERANA SYURGA~



Jam sudah menunjukkan 11.42 malam. Rabu, 13 J.Awal 1431H bersamaan 27 april 2010.

Sudah beberapa hari saya bertangguh untuk membaca ENTRI terbaru SAIFUL ISLAM.COM bertajuk “kalau tidak kerana syurga”…malam ini baru berdetik untuk membaca lakaran minda dan luahan hati murabbi yang saya sayangi ini.

Subhanallah, entri yang ringkas namun memberi seribu pengajaran kepada sesiapa yg membacanya. Entri ust kali ini hanya berkisar mengenai aktiviti harian beliau semasa di satu hujung minggu yang ‘sibuk gila’ . Saya pernah membayangkan dan mengalami kehidupan sebegitu sekarang ini.

saya baru tersedar, dalam 2 tahun di bumi subur kampus Kuantan ini, saya tidaklah sibuk sesibuk sahabat-sahabat yang lain kerana di Kuantan saya ‘berjaya’ memberi alasan kepada kesibukan yang bakal melanda diri saya. Ya, benar. Di Kuantan saya telah banyak kali ‘mengecualikan’ diri saya dari amanah-amanah yang ingin diberikan dengan alasan saya perlu beri fokus lebih kepada pelajaran saya yg amat membimbangkan pensyarah-pensyarah dan sahabat sekuliah. Terdetik dalam diri untuk menilai setiap alasan yang diberikan. Adakah ianya benar-benar alasan yg betul atau tidak? Dan akhirnya saya membuat kesimpulan saya masih belum dengan adil dengan diri sendiri..

BENARKAH SEMUA KERANA SYURGA?

Mengambil sedikit masa dalam 24 jam yang ALLAH berikan dalam satu hari untuk BERMUHASABAH bakal menjadikan kita hamba yang benar-benar menghargai sebuah kehidupan. Perlu rasanya kita sentiasa mengingatkan diri kita tentang asas dan asal setiap tindakan kita. Setiap tindakan kita harus ikhlas dan menepati criteria untuk meletakkan ia sebagai IBADATULLAH. Sehingga itu, sekiranya setiap pekerjaan kita hanya menumpu kepada hasil di dunia, kita tidak akan menikmati keseronokan sebenar dalam pengabdian kita kepada ALLAH. Bila mana seseorang benar-benar meletakkan setiap tindakan kerana ALLAH dan mungkin kerana syurga, kita tidak akan pernah menemui jalan putus asa atau kebuntuan dalam hidup. Kerana matlamat itu akan sentiasa member kekuatan dan inspirasi untuk terus hidup. Terus hidup untuk ALLAH. Terus hidup untuk syurgaNYA.

FUTURISTIK AKHIRAT

Adakah setiap tindakan yang kita buat bermatlamatkan syurga atau ianya hanya sekadar terhenti untuk habuan dan kesenangan di dunia?

Ini yang ingin disematkan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ketika belia menukilkan bentuk pemikiran ini. Melihat sesuatu pada sudut pandang yang lebih jauh. “END OF MINDS” yang lebih jauh dan hakiki. Kalau berniaga, bukan sekadar mekihat kepada untung atau berapa banyak cawangan yang bakal dibina, tetapi melihat ganjaran dan hasil yang bakal dituai di akhirat, kampong yang kekal abadi. Adakan ia membuahkan hasil atau ianya bakal menjadi racun yang bias memakan diri di akhirat?

Renung-renungkan buat diri bernama HAMBA…

Khusus untuk peminjam tangan dan jari-jari yang menulis, ABU HANZALLAH MUHIBBUDDEEN..

“ wahai manusia! Bertakwalah kepada TuhanMU dan takutlah pada hari yang ketika itu seorang bapa tidak dapat menolong anaknya, dan seorang anak tidak dapat pula menolong bapanya sendiri barang sedkit pun. Ssesungguhnya, janji ALLAH pasti benar, maka janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kehidupan dunia, dan janganlah sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam mentaati ALLAH swt..” (Luqman : 33)

Wednesday, April 28, 2010

sekadar sekarang...

Bismillahi thummalhamdulillah…



Agak lama x update blog yg sememangnya sudah tidak berisi. Biasan pemiliknya..kerana hati sudah jarang terisi. Salah diri yg tak mahu mengisi. ASTAGHFIRULLAH..



MINGGU YANG TIDAK NORMAL


Sekarang minggu pertama semester pendek di Kuantan. Masih berada dalam zon selesa kerana kelas belum bermula. Masih punya waktu untuk online pada malamnya kerana masih belum mendapat kerja yg sesuai untuk menampung kehidupan di sini. Mungkin kehidupan minggu hadapan akan kembali normal. Ya, kehidupan seorang penggerak akan dikira tidak normal kalau dalam sehari ada masa kosong yang diisi dgn perkara yang biasa-biasa saja. Memang sangat tidak normal kalau sedikit masa yg berbaki dalam sehari tidak disibukkan dengan berfikir tentang ummah..sangat dikira tidak normal bagi seorang da’ie kalau kehidupannya biasa-biasa saja.sama dengan orang lain…insyaALLAH segalanya akan kembali normal..YAKIN!!!



الواجيبات أكثر من الاوقات- الشهيد حسن البنا



TIADA CUTI DALAM DIARI HIDUP


Tidak lama sebelum ni, sahabat saya, NURUDDIN..tulis di status YMnya sama seperti yg saya tulis di atas. Tiada lagi ruang cuti dalam diari hidup. Ya, saya akui kebenarannya. Saya juga telah agak lama tidak memikirkan dimana dan waktu bercuti. Kalau mencari waktu cuti kuliah, itu bermakna saya mencari ruang untuk dipenuhkan dengan aktiviti membina ummah dan bergerak ke tempat2 yg sepatutnya. Kalau paling tidak, akhirnya, masa yang diharapkan sebagai cuti dipenuhkan dengan sedikit masa bersama mak ayah dan keluarga di KEDAH ataupun di rumah abang di INDERA SEMPURNA.



Hati kamu kalau tidak disibukkan dengan ALLAH dan perkara-perkara kebaikan, kelak syaitan akan menyibukkan kamu dengan maksiat dan perkara-perkara bathil.



LANGIT YANG SEMAKIN CERAH



Alhamdulillah..thummalhamdulillah..


Itu sahaja yang boleh menggambarkan keadaan diri saya sekarang. Bukannya tak ditimpa musibah dan bencana saban hari. Tapi benarlah kata bijak pandai. Cara kita melihat sesuatu akan menentukan siapa diri kita. Sentiasa positif dalam hidup. Itu yang ALLAH ingin hamba-hambaNYA tanam dalam hati. Sentiasa positif dengan RAHMAT ALLAH. Setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya. Bukan salah takdir andai kebahagiaan bukan milik kita. Kita yg salah kerana selalu khilaf dalam member erti pada sebuah kebahagiaan. Hidup ini hanya sementara. Sementara Cuma.sayang kalau kita tak berseronok dengan apa yang telah ALLAH takdirkan untuk kita. Hiduplah seperti apa yang ALLAH sudah tentukan untuk kita. Hidup seperti seorang hamba..sekadar itu..



insyaALLAH.. yaqini billahi yaqini..(^_^)

Friday, April 2, 2010

JanGaN beRHenTi PERCAYA


Bila anda sudah berhenti percaya, itulah saat anda akan berhenti berusaha. Tatkala itu kita seharusnya sedar yang kita di ambang bahaya. Berhenti percaya itu akan membuatkan langkah kita terhenti. Bila langkah itu sudah terhenti, adakah kehidupan itu masih bermakna untuk diteruskan?


YOU ARE WHAT YOU BELIEVE!!!



Satu perkongsian yang saya peroleh dari abang saya..kisah seorang pakar matematik dan seorang pelajar. Saya tidak ingat ‘exactly’ cerita abang saya, namun ianya cukup untuk menjadi buah semangat dalam kehidupan. Di suatu tempat dibumi ALLAH, terdapat seorang pelajar yang ambil jurusan matematik. Suatu hari dia datang lambat ke kelas. Setibanya dia di kelas, dia dapati tiada sesiapa di kelas kecuali suatu catatan di papan putih. Andaiannya kelas pada hari tersebut dibatalkan dan pelajar-pelajar diberi tugasan berbentuk soalan matematik seperti yang tercatat di papan putih. Ringkasnya, beliau pun cuba selesaikan tugasan tersebut namun dalam beberapa hari masih belum berjaya. Namun, dia teruskan juga sampailah dia berjaya dapatkan jawapan. Kemudian, pelajar ini pun pergi ke bilik pensyarah beliau dan hantar tugasan tersebut.



“prof, saya minta maaf sebab lambat hantar tugasan ini. Harap prof terima lagi la..”



lebih kurang dialognya. Pensyarah tu diam sahaja dan menerima tugasan itu. Kemudian, pada suatu hari yang lain, pensyarah Matematik tu pun datang ke rumah pelajar tersebut dan menjemput beliau ke suatu tempat...



“Ali(tiba-tiba ada nama), saya nak ajak awak ikut saya ke Seminar Intelektual Matematik peringkat antarabangsa. Sebabnya awak dah berjaya selesaikan soalan matematik yang berbelas-belas tahun tidak berjaya diselesaikan.”



Ali hanya mampu mengangguk dan agak tergamam. Terkejut mungkin..~End of story



MUNGKIN vs MUSTAHIL



Apa pengajaran yang boleh kita dapat dalam cerita ni?



Tatkala ingin melakukan sesuatu dalam hidup, kita sendiri akan berdepan dengan dilema untuk menjadi ‘seperti apa dalam hidup’. Golongan yang pertama adalah golongan yang berpendirian BOLEH BUAT tapi SUSAH.. manakala golongan kedua, bila datang saat ingin melakukan sesuatu, mereka berpegang kepada teori SUSAH tapi BOLEH BUAT..



Saya bukan ingin bermain istilah tapi saya yakin apabila kita membacanya buat kedua kalinya, kita akan dapati jurang perbezaan yang amat ketara antara kedua-dua golongan ini..



Golongan yang pertama percaya bahawa perkara tu boleh dibuat tapi susah. At the first place, mereka dah betul dalam memungkinkan tindakan itu. Namun bila usaha untuk mencapainya dilihat mustahil, maka golongan ini akan menemukan masalah dalam mencapai apa yang ingin dituju dalam hidup. Timbullah limiting belief dalam hidup mereka.



Golongan yang kedua tatkala menilai sesuatu yang datang dalam hidup, mereka telah meletakkan satu anggapan. Ya, perkara sekian-sekian susah dan agak mencabar untuk dicapai. Namun, dengan bijak mereka terus meletakkan satu pemikiran TAPI BOLEH BUAT. Ini memungkinkan mereka melakukan apa saja untuk mencapai apa yang mereka cita-citakan. Mereka tidak berhenti percaya. Mereka percaya yang ia akan dapat dicapai tidak kira susah atau senang.



LIMITING BELIEF



Anda mungkin berfikir kenapa tahap keyakinan dan kemampuan seseorang itu berbeza dari orang lain. Ia banyak bergantung tentang apa yang kita percaya dan setinggi mana tahap keyakinan dan kepercayaan kita. Manusia yang kurang nilai percayanya akan selalu meletakkan limit atau keterbatasan yang rendah dalam sesuatu usaha yang mereka sempurnakan. Tidak salah untuk kita mengukur baju di badan sendiri..bukan juga salah untuk kita membandingkan kail yang panjang sejengkal dengan lautan yang ingin kita duga. Melihat sesuatu dengan mata SEDAR, TAHU, MAHU dan MAMPU. Itu perlu. Tapi, at the first place, zalim sekiranya kita meletakkkan had-had tertentu pada apa yang ingin kita capai dalam hidup. Mudahnya, usaha kita tidak ada erti kata mencukupi kecuali kita MATI. Mati dalam erti kata sebenar atau mati dalam kepercayaan kita.



Jadi, sekiranya anda ditanya apakah indicator yang kita telah sampai tahap yang paling maksimum dalam setiap usaha kita?jawapannya..orang yang normal akan terus berusaha sehinggalah ke titisan hidup yang terakhir...manakala orang yang kurang mencari makna dalam hidup akan berhenti berusaha ketika mereka telah BERHENTI PERCAYA..



DESTINASI YANG TIDAK PASTI



Begitu besar hikmah dan pengajaran yang kita mampu fahami dari tindakan ALLAH swt merahsiakan saat kita akan dimatikan..tentunya sekiranya kita tahu bila kita akan mati, kita akan merancang ke arahnya dan mungkin usaha yang terbaik itu akan datang di hujung-hujung kehidupan. Beginilah yang terjadi sekarang. Biarpun saat kematian itu satu kerahsiaan, manusia tetap main-main, leka dan tidak serius dalam menyiapkan bekal perjalanan ke alam kubur dan alam akhirat kelak. Begitu juga yang berlaku pada saya. ALLAHU AKBAR..



Pastinya jika kita tidak tahu saatnya mati, kita akan sentiasa hidup dalam keadaan yang terbaik kerana kita yakin ALLAH swt sedang tekun, tanpa leka..menilai setiap inchi kehidupan kita...



Dalam perjalanan saya untuk berjumpa abang di Maahad Tahfiz Pahang siang tadi, dalam kesibukan atas jalan raya, saya tersedar suatu perkara. Ketika saya ke maahad tahfiz buat kali pertama dan kedua, saya rasa perjalanannya sangat jauh dan memenatkan kerana tidak tahu dan tidak pasti dimana destinasi sebenar yang saya sedang tuju. Namun, siang tadi saya berasa perjalanan hari ini kejap sangat tempoh ke sana..kenapa boleh jadi begitu?mudah..kerana kita sudah tahu di mana destinasi kita dan kita yakin bila dan bagaiman kita akan sampai ke sana..



Tepatlah firman ALLAH swt dalam Surah At-Taubah,ayat 42:

Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yang ditujui itu terasa sangat jauh bagi mereka....(hingga akhir ayat)



PUT YOUR TRUST IN ALLAH



Akhir pada setiap permulaan dan pengakhiran, kita mungkin boleh berhenti percaya pada diri kita jika kita mahu. Tetapi jangan yang satu ini. Jangan berhenti percaya pada yang SATU ini. Jika tidak, you are in trouble.Jangan berhenti percaya dan yakin kepada ALLAH swt. DIA Maha Berkuasa dan Berkehendak pada semua perkara. Jangan berhenti percaya bahawasanya ALLAH mampu mengadakan segala DIA kehendaki. Bila DIA berkehendakkan sesuatu terjadi, maka jadilah ia. Percayalah yang ini. Bila anda mula yakin dan percaya pada yang SATU ini, insyaALLAH anda akan mula yakin dan percaya pada diri anda.



p/s : Artikel ini ditulis di kala penulis sedang rancak , berhempas pulas, menghunus pena di medan peperangan final exam untuk Tahun Kedua. Moga ada manfaatnya. Saat ini saya terus optimis dengan apa yang telah saya mulakan. Dan apa yang akan saya akhiri. SEBABnya akan saya usahakan..AKIBATnya ALLAH swt jua yang layak menentukan.