Friday, April 30, 2010

KERANA SYURGA~



Jam sudah menunjukkan 11.42 malam. Rabu, 13 J.Awal 1431H bersamaan 27 april 2010.

Sudah beberapa hari saya bertangguh untuk membaca ENTRI terbaru SAIFUL ISLAM.COM bertajuk “kalau tidak kerana syurga”…malam ini baru berdetik untuk membaca lakaran minda dan luahan hati murabbi yang saya sayangi ini.

Subhanallah, entri yang ringkas namun memberi seribu pengajaran kepada sesiapa yg membacanya. Entri ust kali ini hanya berkisar mengenai aktiviti harian beliau semasa di satu hujung minggu yang ‘sibuk gila’ . Saya pernah membayangkan dan mengalami kehidupan sebegitu sekarang ini.

saya baru tersedar, dalam 2 tahun di bumi subur kampus Kuantan ini, saya tidaklah sibuk sesibuk sahabat-sahabat yang lain kerana di Kuantan saya ‘berjaya’ memberi alasan kepada kesibukan yang bakal melanda diri saya. Ya, benar. Di Kuantan saya telah banyak kali ‘mengecualikan’ diri saya dari amanah-amanah yang ingin diberikan dengan alasan saya perlu beri fokus lebih kepada pelajaran saya yg amat membimbangkan pensyarah-pensyarah dan sahabat sekuliah. Terdetik dalam diri untuk menilai setiap alasan yang diberikan. Adakah ianya benar-benar alasan yg betul atau tidak? Dan akhirnya saya membuat kesimpulan saya masih belum dengan adil dengan diri sendiri..

BENARKAH SEMUA KERANA SYURGA?

Mengambil sedikit masa dalam 24 jam yang ALLAH berikan dalam satu hari untuk BERMUHASABAH bakal menjadikan kita hamba yang benar-benar menghargai sebuah kehidupan. Perlu rasanya kita sentiasa mengingatkan diri kita tentang asas dan asal setiap tindakan kita. Setiap tindakan kita harus ikhlas dan menepati criteria untuk meletakkan ia sebagai IBADATULLAH. Sehingga itu, sekiranya setiap pekerjaan kita hanya menumpu kepada hasil di dunia, kita tidak akan menikmati keseronokan sebenar dalam pengabdian kita kepada ALLAH. Bila mana seseorang benar-benar meletakkan setiap tindakan kerana ALLAH dan mungkin kerana syurga, kita tidak akan pernah menemui jalan putus asa atau kebuntuan dalam hidup. Kerana matlamat itu akan sentiasa member kekuatan dan inspirasi untuk terus hidup. Terus hidup untuk ALLAH. Terus hidup untuk syurgaNYA.

FUTURISTIK AKHIRAT

Adakah setiap tindakan yang kita buat bermatlamatkan syurga atau ianya hanya sekadar terhenti untuk habuan dan kesenangan di dunia?

Ini yang ingin disematkan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ketika belia menukilkan bentuk pemikiran ini. Melihat sesuatu pada sudut pandang yang lebih jauh. “END OF MINDS” yang lebih jauh dan hakiki. Kalau berniaga, bukan sekadar mekihat kepada untung atau berapa banyak cawangan yang bakal dibina, tetapi melihat ganjaran dan hasil yang bakal dituai di akhirat, kampong yang kekal abadi. Adakan ia membuahkan hasil atau ianya bakal menjadi racun yang bias memakan diri di akhirat?

Renung-renungkan buat diri bernama HAMBA…

Khusus untuk peminjam tangan dan jari-jari yang menulis, ABU HANZALLAH MUHIBBUDDEEN..

“ wahai manusia! Bertakwalah kepada TuhanMU dan takutlah pada hari yang ketika itu seorang bapa tidak dapat menolong anaknya, dan seorang anak tidak dapat pula menolong bapanya sendiri barang sedkit pun. Ssesungguhnya, janji ALLAH pasti benar, maka janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kehidupan dunia, dan janganlah sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam mentaati ALLAH swt..” (Luqman : 33)

No comments: