Wednesday, April 15, 2009

ssh.....

salam'alaik..

Segala Puji dan Puja hanya layak diungkapkan buat Ilahi Rabbi...
walaupun diri ini sering memungkiri janji, tak pernah kurang kasih sayang dan curahan nikmat yg KAU berikan..
Alhamdulillah....

hari ni tamatlah sudah Final Examination for this semester, not for this year of studies...but have to be remembered, I've short sem to recover my failure in OPTICS last semester...

So, sekarang ni fasa tawakkal la kan...walau sekumit manapun usaha yg aku buat, atau sebesar manapun usaha aku buat, buah tawakkal tu tetap perlu menjadi syarat seorang hamba setelah berusaha...

mungkin usaha yg sedikit itu akan menatijahkan kejayaan kepada kita dan mungkin juga tidak..
mungkin usaha yg banyak itu akan menatijahkan kejayaan kepada kita dan mungkin juga tidak..

bila dah lama tak update ni, memang kaki tangan jadi kebas nak datang com lab update blog...
tapi rugi la kalau tak update..sekurang2nya aku perlu catat sesuatu untuk blog ni...

masa aku dalam fatrah exam, banyak perkara yg melanda negara malaysia yg ku cintai ni..exam2 la kan..hal semasa kena ambik tahu..PILIHAN RAYA.. PERALIHAN KUASA...PERLANTIKAN NAJIB SEBAGAI PM KE-6...PERGOLAKAN KUASA DALAM BN..KES ALTANTUYA..

tu kalau dalam negara..kalau dalam kampus ni, isu yg paling popular adalah isu 2,3 orang sahabat yang ingin melangsungkan perkahwinan semasa cuti panjang 3 bulan ni..ME???
sshhh...(",)

waktu Asar dah masuk..even exam dah habis, masih ada tugas2 berbaki yg perlu diselesaikan..
nantikan entri aku seterusnya...