Sunday, February 20, 2011

Berhenti....




Berhenti adalah perkataan yg menandakan akhirnya sesuatu perkara.. and I just think that I would like to make a stop for a while. So that, I can manage my life wiser and arrange to the way it should be..

Berhenti bukan berhenti berharap..jauh daripada sikap putus asa..Cuma terkadar langkah itu harus dihentikan seketika, sekiranya kita terjumpa jalan yg lebih baik utk meneruskan perjalanan menuju destinasi yang sedang dinanti…

Dalam kehidupan selalunya manusia akan selalu mengubah haluan kehidupan mengikut apa yang dia percaya dan yakini. Beranilah untuk berubah andai jalan itu yang terbaik dalam ijtihad kita…

ALLAH…langkah ini semakin lemah..tak berdaya menanggung mehnah yg telah sedia ada..tak berdaya menjadi hamba yg kuat mengatasi ujianMU..ALLAH..tuntuni daku

[mode penulis : sesak dalam rasa bersalah dan berdosa pada amanah kehidupan yang selalu terabai..bersalah pada segunung dosa yang menantikan saat ia diterima TUHAN sebagai TAUBAT kepadaNYA

Friday, January 28, 2011

Buta Mata


Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju
Ke hilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bilamana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi jika buta hati menderita

Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur, tidak diukur dengan mata
Kerana tiada kawan yang membantu
Tiada pengalaman yang memastikannya
Tiada pedoman menunjuk kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

Menderita di negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan 'amal dan bakti

abu hanzallah : terasa teramat bersyukur dgn kurniaan nikmat penglihatan walaupun dengan hanya satu mata..namun, andai ALLAH menarik kembali nikmat penglihatan ini, moga aku beroleh kekuatan dan kegembiraan kerana hikmah yg telah ALLAH ganjarkan kpd hambanya yg buta jauh lebih besar berbanding hambanya yg celik penglihatan..apapun, biar buta mata atau celik , moga hati kita tidak pernah akan buta..

Thursday, January 20, 2011

dalam mihrab cinta







alhamdulillah, sekadar berkongsi...setelah KETIKA CINTA BERTASBIH...Kang Abik telah melangkah satu tapak lagi ke hadapan dalam dunia seni penuh duri ini dengan filem terbarunya, Dalam Mihrab Cinta..

kisah kisah seorang pemuda, syamsul hadi dalam menyusuri kehidupan dalam hidupnya..betapa hidup telah menguji dirinya utk melakukan kesilapan dalam memilih jalan hidup..alhamdulillah, beroleh fikiran postif dalam membuat keputusan, akhirnya syamsul hadi beransur-ansur berubah menjadi mukmin yang sepatutnya..saya telah membaca novel dalam mihrab cinta..jadi, insyaallah, moga filem ini mampu menampakkan lagi manfaat dan nilai hidup yang ingin digarap dalam filem dan novel DMC ini...

harap filem ini dapat masuk ke malaysia dgn cepat...ameen
tak sabar nak tgk filemnya...

p/s: mengambil semangat dan anjuran dati Tuan Guru Nik Abdul Aziz...filem mesti dilawan dengan filem..moga penulis skrip, pengarah filem, dan pelakon-pelakon akan bertambah kelahirannya dari perut-perut madrasah dan pondok-pondok di Malaysia..