Friday, January 28, 2011

Buta Mata


Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju
Ke hilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bilamana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi jika buta hati menderita

Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur, tidak diukur dengan mata
Kerana tiada kawan yang membantu
Tiada pengalaman yang memastikannya
Tiada pedoman menunjuk kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

Menderita di negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan 'amal dan bakti

abu hanzallah : terasa teramat bersyukur dgn kurniaan nikmat penglihatan walaupun dengan hanya satu mata..namun, andai ALLAH menarik kembali nikmat penglihatan ini, moga aku beroleh kekuatan dan kegembiraan kerana hikmah yg telah ALLAH ganjarkan kpd hambanya yg buta jauh lebih besar berbanding hambanya yg celik penglihatan..apapun, biar buta mata atau celik , moga hati kita tidak pernah akan buta..

No comments: