
Tuesday, March 23, 2010
Saturday, March 6, 2010
TAUBAT SEORANG NAQIB
Rasanya belum pernah tangan ini menggarap sesuatu yang berharga buat kalian semua, duhai adik-adik binaanku. Aku sentiasa doakan kalian semua di dalam kesejahteraan fizikal mahupun spiritual. Dan semoga hari-hari yang kalian lalui, mampu kalian shift segala-galanya menjadi sesuatu yg positif..
Teringat saat diri ini mengucapkan lafaz ‘ya’ waktu hati berbolak-balik menerima amanah sebagai NAQIB, murabbi cilik yang bakal mencorak bakal-bakal pemimpin gerakan Islam kala abad ke-30 menjelma. Antara kesediaan dan kesedaran. Antara kemampuan dan kemahuan. Dan akhirnya, diri yang hina dan berdaya ini redha dengan pilihan ini. Berjanji menjadi NAQIB yang terbaik yang bakal kalian ingati sepanjang hidup kalian. Dan moga usrah ini mampu menjadi sadaqatan jariyatan buat diri ini kelak.
Masa berlalu begitu pantas. Banyak perkara yg berlaku disepanjang perjalanan usrah ini. Kala ini, ia sudah menjangkau umur 7 bulan. Namun, diri masih belum mampu menyediakan template yang terbaik untuk perjalanan adik-adik binaanku dalam usrah KITA, TEENAGERS43 atau apa jua nama yang ingin kalian berikan. Silibus yang tak sepenuhnya diikuti, diri yang kurang hadam sepenuhnya tajuk perbincangan di dalam usrah, masa usrah yang tidak menentu. Ya, aku cuba menutup segala kekalutan yang berlaku dari pandangan kalian, namun kalian lebih bijak menekuk air di kolam. Ataupun sebenarnya sudah terlalu besar kelompangan yang sepatutnya aku isi dalam diri kalian sekalian.
Benar, bukan aku yang memberi hidayah. Cumanya seorang NAQIB bisa mampu melihat kesan daripada pentarbiyahannya dari performance adik-adik binaannya dari semasa ke semasa. Persoalan ibadah mereka, semangat dakwah mereka,keseriusan mereka menyeru ummah, kecemerlangan menguruskan kehidupan. Segalanya banyak bertitik tolak dari kejayaan sesebuah pelayaran usrah mereka.
ALLAHU AKBAR...
Maafkan aku adik-adik, aku berjanji akan sentiasa memperbaiki diriku untuk kemashlahatan kalian. KITA sebenarnya. Untuk masa depan akhirat kita. Aku akan cuba merencana perjalanan yang sesempurna mungkin buat kalian sepanjang bergelar pejuang agama ALLAH yang SATU ini. Aku tidak akan berhenti di sini atau menarik diri di pertengahan jalan yang terlalu sibuk ini. Kerana berhenti di tengah jalan mungkin akan menyebabkan perjalanan kita akan makin sukar dan lebih teruk, menyukarkan perjalanan agama itu sendiri. Wallahu ta’ala a’lam
BARAKALLAHU FIIKUM..
Thursday, February 18, 2010
SAYANGKU HELMI...
Entri kali ini lain sikit. Rasanya ini pertama kali aku post mengenai sahabat-sahabatku. Entri kali ni khususan buat sahabat mayaku, AKH HELMI
versi lama
versi hensem
atau aku kenalinya sebelum ni sbg TAJUDDIN..
Bukan berniat bercerita panjang mengenai beliau..sekadar salah satu tanda ingatan aku padanya..
Mula berkenalan di Friendster..itu pun melalui sahabat karibku, PAAN..
Dah mula main mesej2 di Friendster..then, rajin pulak bersms dari mesir-malaysia ni. Masa tu rasanya aku baru masuk Pusat Asasi. Ye ke? Hah..kantoi..tak ingat..
Then, sempat la beberapa kali mamat ni balik Malaysia masa dok kawan dgn dia..dok rancang nak jumpa..tapi tak berkesempatan. Ya lah..dia duk rawang. Aku ntah kat mana. Ada sekali tu memang nyaris-nyaris nak jumpa. Tapi ALLAH Maha Tahu. h/p aku hilang di Pudu. Hah, baru ingat..masa tu aku dah masuk Kuantan. Then, kami rancang nak jumpa balik masa cuti tu jugak..Serius, aku tak ingat tarikh kami jumpa..
Yang aku ingat, aku on the way nak balik ke kedah dari kuantan..singgah KL..ada keja kot..alang2 dah ada kat sana..kami pun pakat nak jumpa..dia pun ada hal nak p Lowyard ..ringkas cita jumpa la kami..kat KL sentral..dah memang masa tu nak balik kedah ngan kereta api..jumpa dalam 1jam before train aku gerak..dia belanja makan nasi goreng ayam black pepper(petik je)..sembang ala kadar..tiba2 ja aku jadi takdak idea nak sembang..pastu habis...
Sori kalau cita ni x menarik..tapi bagi aku, ni kenangan manis la.Cuma tak sempat la nak tulis meleret2.. PERSAHABATAN tu umpama cinta yang tak bersayap. Ha, kan dah berfalsafah..sebab tu entri dia tulis SAYANGKU HELMI..biasa la.sayang sahabat..membawa ke syurga, insyaALLAH
p/s: moral of the story..NAIM, cepat-cepat catat kenangan-kenangan indah hang selama ni.moga menjadi pendorong motivasi di kala kesunyian..WAKAFA BILLAH SYAHIDA
