Saturday, March 6, 2010

TAUBAT SEORANG NAQIB


Rasanya belum pernah tangan ini menggarap sesuatu yang berharga buat kalian semua, duhai adik-adik binaanku. Aku sentiasa doakan kalian semua di dalam kesejahteraan fizikal mahupun spiritual. Dan semoga hari-hari yang kalian lalui, mampu kalian shift segala-galanya menjadi sesuatu yg positif..


Teringat saat diri ini mengucapkan lafaz ‘ya’ waktu hati berbolak-balik menerima amanah sebagai NAQIB, murabbi cilik yang bakal mencorak bakal-bakal pemimpin gerakan Islam kala abad ke-30 menjelma. Antara kesediaan dan kesedaran. Antara kemampuan dan kemahuan. Dan akhirnya, diri yang hina dan berdaya ini redha dengan pilihan ini. Berjanji menjadi NAQIB yang terbaik yang bakal kalian ingati sepanjang hidup kalian. Dan moga usrah ini mampu menjadi sadaqatan jariyatan buat diri ini kelak.

Masa berlalu begitu pantas. Banyak perkara yg berlaku disepanjang perjalanan usrah ini. Kala ini, ia sudah menjangkau umur 7 bulan. Namun, diri masih belum mampu menyediakan template yang terbaik untuk perjalanan adik-adik binaanku dalam usrah KITA, TEENAGERS43 atau apa jua nama yang ingin kalian berikan. Silibus yang tak sepenuhnya diikuti, diri yang kurang hadam sepenuhnya tajuk perbincangan di dalam usrah, masa usrah yang tidak menentu. Ya, aku cuba menutup segala kekalutan yang berlaku dari pandangan kalian, namun kalian lebih bijak menekuk air di kolam. Ataupun sebenarnya sudah terlalu besar kelompangan yang sepatutnya aku isi dalam diri kalian sekalian.

Benar, bukan aku yang memberi hidayah. Cumanya seorang NAQIB bisa mampu melihat kesan daripada pentarbiyahannya dari performance adik-adik binaannya dari semasa ke semasa. Persoalan ibadah mereka, semangat dakwah mereka,keseriusan mereka menyeru ummah, kecemerlangan menguruskan kehidupan. Segalanya banyak bertitik tolak dari kejayaan sesebuah pelayaran usrah mereka.

gambar hiasan

ALLAHU AKBAR...

Maafkan aku adik-adik, aku berjanji akan sentiasa memperbaiki diriku untuk kemashlahatan kalian. KITA sebenarnya. Untuk masa depan akhirat kita. Aku akan cuba merencana perjalanan yang sesempurna mungkin buat kalian sepanjang bergelar pejuang agama ALLAH yang SATU ini. Aku tidak akan berhenti di sini atau menarik diri di pertengahan jalan yang terlalu sibuk ini. Kerana berhenti di tengah jalan mungkin akan menyebabkan perjalanan kita akan makin sukar dan lebih teruk, menyukarkan perjalanan agama itu sendiri. Wallahu ta’ala a’lam

BARAKALLAHU FIIKUM..

No comments: