Nikmat yang ALLAH kurniakan pada manusia tak pernah terbatas walaupun dalam keadaan manusia selalu ingkar dan hidup dalam percanggahan dari nilai yang sepatutnya. Setiap saat diri berasa malu padaNYA kerana saban saat mencurahkan nikmat dan kasih-sayangNYA yang tidak berbelah bagi pada diriku ini.
Saat ini hati saya berasa luluh dan hancur kerana sedih dan malunya pada ALLAH..saat ujian kecil menimpa saya, ALLAH kemudian menggembirakan saya dengan pelbagai nikmat dan kegembiraan hidup. Sudah namanya pun nikmat ALLAH, maka segala sesuatu yang dikatakan menjadi milik kita hakikatnya memang bukan milik kita. Samada nikmat itu akan dikembalikan, mati, hancur, hilang dan apa jua wasilahnya, maka kita selaku hamba ALLAH perlu percaya bahawa segala yang ada disisi kehidupan kita adalah pinjaman ALLAH swt. Sampai saat dan ketika, maka ALLAH akan menariknya kembali.
Maka saya juga tidak terlepas dari kehilangan tersebut. ASWADI, laptop Compaq yang hampir 2 tahun menjadi pendamping terbaik saya, hilang di tempat yang saya sendiri tidak jangka.
DICURI!!!
Mungkin itu istilah yang perlu saya gunakan untuk memahamkan sahabat-sahabat. Siapalah agaknya yang tergamak mencuri barang keperluan orang lain saat orang lain sedang solat, menyembah TUHAN yang menciptakan tangan yang digunakan untuk mencuri. Kasihan pencuri tersebut kerana kejahilannya. Semoga ALLAH memberi dirinya kekuatan untuk menjadi hamba yang terbaik disisiNYA dan semoga ALLAH membuka jalan kesedaran untuk dirinya.
Andai si pencuri membaca entri saya kali ini, tenanglah. Saya telah redha dengan kehilangan laptop ini dengan penuh lapang dada. Kerana ini ujian untuk saya. Ujian kenikmatan dan keimanan. Namun ingatlah bahawa setiap tindakan kita ada nilai disisi ALLAH. Nilai baik atau nilai keburukan. Berupa dosa dan pahala. Maka dosa-dosa kita akan menghambat seluruh kehidupan kita selepas ini. Maka taubat adalah jalan paling selamat untuk menempuhi dunia dan akhirat. Saya mendoakan agar kehidupan si pencuri akan dihinggapi dengan rasa bersalah dan semoga dengan itu, dia akan segera bertaubat dan kembali kepada ALLAH..
Buat semua pembaca dan insan-insan tersayang, di saat ALLAH menarik kembali nikmat yang telah diberikan, dipinjamkan kepada kita, maka bermuhasabahlah. Adakah kita telah menggunakan nikmat-nikmat tersebut sebaiknya untuk menuju redhaNYA? Adakah kita cukup berhak untuk menangisi kehilangannya? Kehilangan nikmat yang kita sendiri tidak hargai.. Janganlah terlalu bersedih atas kehilangan sesuatu yang menjadi milik kita kerana memang hakikatnya ianya bukan milik kita, kerana ianya hanya pinjaman dari ALLAH…apa jua jalan ALLAH untuk menariknya, maka redhalah, redhalah..
Justeru, hayatilah kalam RABB ini..” maka nikmat ALLAH yang manakah yang kamu dustakan?”..ARRAHMAN
1 comment:
Salam`alaik. Abang, segala-galanya adalah berstatus pinjaman. `Alakullihal, berSABAR dengan musibah ini. Singkaplah hikmah-hikmah yang tersirat jauh dari dasar pandangan manusia. Fiqah yakin & percaya, Suami fiqah adalah terbaik tatkala berhadapan dengan ujian-ujian yang Allah titipkan.ALLAHU AKBAR!!! WALLAHU`ALAM.
Post a Comment