Saat ini, saya sudah tak percaya pada gerak hati sendiri. Kerana hati ini sudah tidak layak untuk menjadi tempat terbit ijtihad nafsi. Kerna hati ini telah dikotori dengan maksiat dan segala macam penyakit yang sedikit demi sedikit memakan fizikal dan roh sebuah hati..
Hati ini sepatutnya dibaja dengan alunan kalamullah, zikrullah yang mendidik..hati yang terjaga dengan berkatnya makanan dan sumbernya…hati ini sepatutnya dilayan dengan kesusahan dan kelaparan…hati yang sepatutnya dilatih dengan lazatnya akhlak mahmudah…
Kerana pabila hati menjadi kotor, segala ijtihad yang datang daripadanya berbaur dosa dan pincang. Berbaur mazmumah…renunglah sejenak kepada keputusan yang datang dari hati yang kotor itu..berbaur suu zhon dan hasad..penuh rasa gundah dan keresahan..xpernah pasti apa yang ada..
Duhai jiwa penjaga hati yang satu ini, kembalikanlah hak sebuah hati sebelum ia mati…
Luahan tak bernyawa,
Abid Taubah
Penjejak NASUHA,
Pemburu REDHA..
No comments:
Post a Comment