Wednesday, September 1, 2010

Diari 22 ramadhan 1431 H


Opto Tutorial Room, level 5 KOM…

6.00 pm…

Tiada apa yg dapat dinukilkan dalam blog ni pada permulaan ramadhan yg lepas…kerana ianya hanya seperti ramadhan2 yg lepas..suram tanpa istiqamah dalam beribadah…

Sekarang, fasa ketiga ramadhan telah hampir..hati berbunga riang kerana makin kerana diri makin menampakkan keseronokan dalam mengejar al-qadar yg bisa saja dtg pada mana-mana malam 10 ramadhan terakhir…kalau setiap malam 10 yang terakhir diperuntukkan untuk mencarinya.. insyaALLAH kita tidak akan terlepas darinya..

DUNIA, JANGAN SALAH SANGKA…

Setiap kali bertemu dengan sahabat-sahabat yang kuat mengusik, seringkali saya dipuji kononnya muka saya makin berseri..kata mereka mungkin kerana hari pernikahan yg bakal menjelma tak kurang 10 hari lagi..

Tapi, actually, muka saya tampak berseri2 sebab saya rasa bahagia menempuhi madrasah terakhir ramadhan tahun ini..rasa bahagia kerana dapat menanam jiwa mujahadah mencari redhaNYA dengan wasilah lailatul qadr…

Pernikahan sama saja dengan syariat2 ALLAH yg lain..sebagai hamba yg beriman, pastinya semua jenis ibadah merupakan kecintaan dan kegembiraan kita bukan..janganlah Nampak bernikah saja syariat yg besar..soal dakwah dan perjuangan Islam..ianya jauh lebih besar…

Wallahu a’lam..

Selamat memburu Lailatul Qadr..

~Abu hanzallah Pencinta Agama

No comments: