Tuesday, September 14, 2010

Iklan Hari Raya Kontrovesi-a point of view



Iklan Hari Raya TV3

Iklan Hari Raya Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 sering mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas.
Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Hari Raya Aidilfitri 2010 yang disiarkan oleh TV3 pada tahun ini tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? Lihat sendiri videonya bawah ini :
http://www.youtube.com/watch?v=YKN5jW8WJ9Y

Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.

sangkar
Scene 1 – Budak lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
1. Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu (ISLAM)
2. Buku – Bible
3. Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
4. Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
5. Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

jawi+terbalikbintg+north+star,+pkok+krismas,+beca+merah

Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1. Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2. Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
3. Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4. North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5. Pokok Krismas – Simbol Paganism
songkok+putih
Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
1. Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan dan sebagainya
2. Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
3. Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 – Budak lelaki Melayu dengan seorang budak perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu.
1. Budak lelaki dan budak perempuan Melayu – Bangsa Melayu.
Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
1. Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2. Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) – Ada Illuminati Lodge di sini. Rotary club pun bersepah.
3. Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati capital.
Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki dan perempuan melayu dalam beca.
1. Pasangan Melayu extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Scene 7 – Beca berhenti di depan unit kondo. Satu lagi pasangan budak Melayu lagi diambil. Budak Melayu kampung gembira sehingga bercahaya-cahaya mukanya.
1. Kondo – Bandar (Middle Class). Budak kampung diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban dan moden .
tiang+salib
Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang ‘menyalib’ setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?

pelita+tulip
Mengapa perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran :
Tidak akan pernah redha orang-orang Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka – Surah al-Baqarah : Ayat 120. 

Sunday, September 5, 2010

menikam kalbu


Entri 4 september 2010

Bermula dengan lafaz hamdallah…memulakan post kali ini di atas bas ekspres..bas yang akan membawa saya pulang ke negeri kelahiran..tempat mengenal dunia..bumi yang banyak berbudi..dan yang paling penting ianya ruang bumi yang mempertemukan saya dengan TUHAN..

Tiket yang sepatutnya 4hb terpaksa saya awalkan. Saya kira ini bonus dari ALLAH untuk mempercepatkan kepulangan saya ke kampong halaman..mempercepatkan urusan-urusan pernikahan yang sudah sampai di tahap ‘final touch’
Jam di task bar laptop menunjukkan jam 1.40 pagi..masih berbaki beberapa jam sebelum sampai ke destinasi. Tambahan pemandu bas kali ini sangat gemar berhenti-henti de perhentian rehat. Mungkin mahu ‘recharged’ energy. Insyaallah, biar lambat asalkan selamat..mungkin tema ini yang menjadi pegangan mereka..takpalah abang, jangan tak sampai sudahlah…^^
-post ini di’pause’ sebentar..saya smabung semula bila sudah selamat sampai di kedah…khususnya di KUALA KETIL tercinta….

Kemaskini :
Alhamdulillah, saya telah selamat sampai di rumah setelah 12jam 30 minit bermusafir dari bumi juang Kuantan. Safir yg agak meletihkan..Cuma safir kali ini safir yang bermakna..safir terakhir bergelar muslim bujang^^. Dan keseronokan yang mengiringi sepanjang berada dalam bas, bertemankan sms2 dari sahabat baru yang dikenali dalam madrasah ramadhan kali ini..
subhanallah..haza min fadhli rabbi..

SAHABAT RAMADHAN

Tidak terlalu lambat untuk saya mengucapkan selamat datang dan salam persahabatan buat sahabat baru yang telah ALLAH pertemukan di masjid semasa di kuantan. Sungguh, saya amat berharap semoga perkenalan ini akan menatijahkan ukhwah islamiyah hakiki antara kami. Moga persahabatan ini bermanfaat untuk kami umumnya dan untuk Islam khususnya…insyaALLAH
[mafhum hadis]Antara golongan yang bakal mendapat naungan ALLAH di hari tiada naungan, iaitu hari akhirat..dua lelaki yang saling mencintai kerana ALLAH..mereke bertemu dan berpisah hanya mengharapkan redha ALLAH..mereka berkasih sayang kerana ALLAH..

HARAPAN NAFAS BARU

Tiada apa yg diharapkan dalam beribadah selain merasai lazatnya beribadah dan kita istiqamah dengannya. Dalam apa jua bentuk ibadah…maka setiap kali ramadhan mampir saban tahun, impian dan harapan ramadhan yg sama saya tekadkan dalam diri. Moga ramadhan menjadi titik tolak dan anjakan paradigm untuk saya istiqamah dalam setiap amalan saya. Biarlah amalan itu sedikit dan bersifat biasa asalkan ianya istiqamah. Hal tersebut lebih dicintai ALLAH…

FUTURE OPTOMETRIST..AMEEN

Jujurnya, selama saya berada dalam bidang sains kesihatan ini, saya tidak pernah mengimpikan atau memasang cita-cita untuk menjadi optometrist walaupun memang itu bidang pengkhususan saya..atas banyak sebab dan hujah yg relevan atas perkara tersebut.
Namun, Alhamdulillah..kebelakangan ini, saya banyak termotivasi dengan keadaan di sekeliling saya. Bertemu dengan insan-insan yang mengalami masalah penglihatan, ia menarik seluruh minat saya untuk mendalami secara serius bidang yg sedang saya ceburi ini. Banyak hal yg memerlukan saya untuk jadi ‘pakar’ dalam bidang mata dan penglihatan. Agar dengan kepakaran tersebut, saya bisa terus ‘memberi’ pada sahabat-sahabat yang memerlukan.
Ya ALLAH, berilah aku kekuatan untuk aku jadi ‘faqih’ dalam bidang yg sedang aku ceburi. Moga dengan ‘kefaqihan’ tersebut, aku lebih kuat dalam beribadah kepadaMU dan menjalankan tanggungjawab dakwahku untuk umat yang sedang parah ini..Ameen Ya Rabb…

Wallahu subhanahu wa ta’ala a’lam…

Selamat menempuh saat-saat akhir ramadhan..moga kita terlepas dari api neraka ALLAH swt…

Wednesday, September 1, 2010

Diari 22 ramadhan 1431 H


Opto Tutorial Room, level 5 KOM…

6.00 pm…

Tiada apa yg dapat dinukilkan dalam blog ni pada permulaan ramadhan yg lepas…kerana ianya hanya seperti ramadhan2 yg lepas..suram tanpa istiqamah dalam beribadah…

Sekarang, fasa ketiga ramadhan telah hampir..hati berbunga riang kerana makin kerana diri makin menampakkan keseronokan dalam mengejar al-qadar yg bisa saja dtg pada mana-mana malam 10 ramadhan terakhir…kalau setiap malam 10 yang terakhir diperuntukkan untuk mencarinya.. insyaALLAH kita tidak akan terlepas darinya..

DUNIA, JANGAN SALAH SANGKA…

Setiap kali bertemu dengan sahabat-sahabat yang kuat mengusik, seringkali saya dipuji kononnya muka saya makin berseri..kata mereka mungkin kerana hari pernikahan yg bakal menjelma tak kurang 10 hari lagi..

Tapi, actually, muka saya tampak berseri2 sebab saya rasa bahagia menempuhi madrasah terakhir ramadhan tahun ini..rasa bahagia kerana dapat menanam jiwa mujahadah mencari redhaNYA dengan wasilah lailatul qadr…

Pernikahan sama saja dengan syariat2 ALLAH yg lain..sebagai hamba yg beriman, pastinya semua jenis ibadah merupakan kecintaan dan kegembiraan kita bukan..janganlah Nampak bernikah saja syariat yg besar..soal dakwah dan perjuangan Islam..ianya jauh lebih besar…

Wallahu a’lam..

Selamat memburu Lailatul Qadr..

~Abu hanzallah Pencinta Agama