Monday, January 4, 2010

SEUNTAI KATA DAN RASA AWAL 2010 MASIHI


Bukan tak terasa tahun 2010 sudah bertamu dan kenangan 2009 semakin menggamit di belakang, meminta-minta dikenang dan dirakamkan memorinya…ya, masa itulah sempadannya yang menghalang. Bukan menyalahkan masa yang sentiasa patuh pada arahan PENCIPTAnya, namun sedikit kalah dengan perjalanan masa. Aku belum jua mampu menjadi hamba yang tersusun hidupnya. Masa 24jam yang ALLAH kurniakan, belum sempurna ku lunaskan setiap saat dengan peng’abdian tulus buatNYA..

Melawat-lawat blog teman-teman sejalan, menjengah kehidupan mereka dan menilai kehidupan sendiri…terasa sangat jauh aku dengan mereka..tarbiyyah yang ALLAH sediakan kepada aku belum mampu menandingi mereka. Ya, ujian yang aku terima teramatlah sedikit jika ingin dibandingkan dengan mereka. Tak hairanlah kalau mereka hebat dipandanganku..bukan hebat tak hebat yang ditekankan..

namun setiap insan bergelar hamba ALLAH perlu sedar bahawa setiap ujian yang datang dari ALLAH buat hambaNYA sebenarnya akan menjadikan kita hamba yg lebih berkualiti dalam hidup..tak kiralah ujian berbentuk kesenangan atau berbentuk kesusahan..segalanya baik untuk kehidupan kita. Cuma, terkadang kita harus belajar melihat HIKMAH tersebut. ALLAH takkan datangkan seketul pada kita didepan mata. Semuanya memerlukan muhasabah dengan melihat melalui mata hati..

ALLAH..melalut-lalut dah aku ni. Banyak perkara yg berlaku namun belum sempat aku kongsikan di sini. Musafir ke gombak, ekspedisi dakwah tahun baru 2010, kesibukan melampau semester ni, semuanya dalam minda. Cuma belum berkesempatan sungguh untuk didokumentasikan..tengoklah sehari dua lagi..

Apa yg aku harapkan hanyalah moga aku mampu menggunakan blog ni semaksima mungkin untuk aku terjemahkan apa yg terbuku di ruang hati ini. Sekadar berkongsi dengan generasi terkemudian. Moga2 yg baik bisa dibawa bekal pengajaran..yang buruk disusun menjadi sempadan..memaknakan 10 muwasafat tarbiyyah yang kesepuluh…

BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN

3 comments:

Unknown said...

Tuliskan rancangan-rancanganmu dengan pensil kemudian serahkan pemadamnya kepada Allah.

Izinkan Allah memadam bahagian-bahagian yang kurang tepat dan menggantinya dengan rancangan-Nya yang lebih baik. Kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita.

Yang lebih baik untuk kita mungkin bukan seperti yang manusia sangka. Selalu ada hikmah di sebalik rancangan yang Allah siapkan khas untuk kita hamba-Nya.

Anonymous said...

“Sesungguhnya Allah Ta’ala ketika menghendaki kebaikan pada hambaNya, Dia paparkan aib-aib dirinya. Barangsiapa yang memiliki basirah (kebolehan melihat), maka aib-aibnya tidak akan menakutkannya. Dan tatkala tahu aib dirinya, dia terapkan terapi penyembuhannya. Tetapi kebanyakan manusia bodoh terhadap aib dirinya. Seseorang melihat debu di mata saudaranya, tetapi tidak melihat batang kayu di depan matanya sendiri.” (Ibnu Qudamah 1978, Kitab Minhajul Qasidin)

miko si maruku said...

setiap entry kutunggu-tunggu,
kerna pasti ada sesuatu yg dapat direnungi bersama2...jangan dipandang pada org yg menasihati,pandanglah nasihatnya~thumbs up lah,naim!