Monday, December 21, 2009


SALAM TAHUN BARU 1431H
salam tahun baru buat jiwa yg mendambakan cinta dan redha ALLAH..juga buat semua insan yg sudi
menziarahi blog usang ini..

mengambil masa berbaki ini untuk merungkai s
egala perasaan, harapan dan impian yg terlakar dijiwa ini untuk digarapkan dalam satu kefahaman dan matlamat yg BENAR dari sudut prinsip dan waqi'inya(realistik).

Saban tahun yg berlalu terlalu pantas rasanya dan rasanya semua hamba ALLAH bernama manusia
mampu merasainya. Meyakini bahwasanya ini petanda akhir kepada sebuah kewujudan semua yg bernama hamba, aku cuba untuk menghayati dan BENAR-BENAR menghargai setiap detik yg berlalu dalam hidupku dengan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yg telah aku janji pada ALLAH. Agar kepulanganku nanti ke SANA, bakal menjadi kepuasan abadi di akhirat.

muhasabah tentang masa-masa lampau membuatkan sesiapa jua akan bermonolog, "andai masa bisa diundur,
aku akan perbetulkan semua kesalahanku dan akan jadi hamba yg beriman"... dalam Al-quran juga ALLAH ada merakamkan ayat yg menceritakan manusia yg meminta dikembalikan ke dunia untuk dia bertaubat dan beriman serta beramal, suapay ALLAH kembali redha padanya.. tapi, ASTAGHFIRULLAH, aku benar2 tak ingat..aku akan lampirkan kemudian insyALLAH

mungkin apa yg ingin aku tulis di sini, manusia sangat mudah berjanji itu dan ini, dan dihujungnya
diselitkan kalimah insyaALLAH..mereka lupa barangkali atau mungkin terlalu biasa untuk memungkiri janji..lupa yg mereka berjanji kepada ALLAH pada setiap janji yg dibuat. mereka lupa barangkali yg ada malaikat yg mencatat supaya bisa menjadi rujukan untuk manfaat amalan dan untuk menjadi hujjah di Padang Mahsyar nanti..ALLAHU AKBAR..

untuk Tahun Baru Hijri kali ini, aku berhasrat, jika diizinkan ALLAH untuk melakukan segala
yg aku buat dalam kedaan aku cukup MEMAHAMI dan MERASAI kemanisan sesuatu tindakan aku.. ya, pastinya apa yg akan aku lakukan mestilah selari dengan kehendak ALLAH dan Rasulnya.. tolaklah ketepi pandangan natijah DUNIAWI, ia takkan kekal..lihatlah pada natijah akhirnya kelak..become AKHIRATISTIK dalam hal ini. banyak kelemahan-kelemahan yg ingin aku atasinya dengan cara yg penuh hikmah. berubah untuk ALLAH

buat mak dan ayah, naim mohon ampun dan maaf atas tindakan2 yg mungkin membuatkan
mak dan ayah terluka. tak terlintas dalam hati untuk menidakkan mak dan ayah dalam
keutamaan dalam hidup naim. selepas ALLAH dan Rasul, mak dan ayahlah matlamat kehidupan
naim. moga hubungan kita kan lebih bermakna pada hari-hari mendatang. terima kasih kerana
menyokong keputusan besar pertama yg naim nak buat. it's really meaningful for me.

buat semua sahabat2, bantulah aku untuk mengharungi kehidupan ini. iktalah persahabatan
kerana ALLAH. terimalah diriku seadanya. ambillah manfaat daripada diriku untuk
manfaat dunia dan akhirat kalian. aku hanya ada ALLAH dalam hidupku.aku bernafas dan
meneruskan langkah2 hidupku untukNYA. maka, aku sekali2 takkan mengambil jalan
yg akan menggagalkan perjalananku ini..Jalan ini jalan yg pasti..

aku tak mahu menjadi manusia yg terlalu asyik membuang kemuncup yg melekat pada dirinya
sedangkan dia tertinggal di belakang. kerana mungkin lambat itu akan menyesatkan kita..
kemuncup itu halangan dalam perjalanan, namun mengatasinya bukan bereerti membuangnya.
belajar mengatasi rasa gatal dan tak selesa dengan kehadiran kemuncup itu juga satu langkah
penyelesaian yg bisa dilakukan.

wallahua'lam..

Tiada Harapan Selain ALLAH..

Abu Hanzallah
Dunia Jihad Kecilku
UIAM Kuantan
Pahang

buat renungan; ATTAUBAH:111

Tuesday, December 15, 2009

Jalan Pulangku


Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu Tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....

Saturday, December 5, 2009

permulaan yang perlu selalu diperbaharui


Alhamdulillah...setelah 4 hari berada di kampung halaman, malam ni aku akan pulang ke Kuantan, tanda permulaan semester2 for my Year 2.. result pun dah keluar semalam..

ALHAMDULILLAH..ucapan tu mungklin dah cukup menggambarkan segalanya..

rasa SYUKUR dan REDHA yg tak terhingga atas natijah yg ALLAH berikan

rasa INSAF akan limitation kita sebagai HAMBA

rasa SEMANGAT untuk tingkatkan usaha dalam segala tindakan aku

rasa RINDU untuk teruskan hari-hari bermakna di UIAM sebagai pelajar ISLAM di sana


TAPI

ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya mereka sendiri tidak
berusaha mengubahnya...


Aku akan terus hidup untuk meneruskan perjalananku menujuMU Rabbi...


Aku akan terus berdiri, berjalan dan berlari..memperjuangkan agamaMU..



Aku akan terus kuat menggenggam KALAMMU..


Aku akan terus SEMANGAT untuk menimba ilmuMU...



ILAHI...nta maqsudi