Sunday, August 9, 2009

tanggungjawab itu..




“…nta nak join lagi kelas tasmi’ semester ni…?”

“…Tak sepatutnya Hafiz Al-Quran yang tamat pengajian dari Darul Qura’an ada masalah tajwid, perkara asas dalam al-quran…”

“…Ana tahu ntum sibuk. Tapi ntum ada tanggungjwab dengan al-quran yang telah ntum hafaz…”

“…berkorbanlah sedikit masa untuk al-quran…”

“…Al-quran ni bukannya susah sangat nak mengulang..ntum cuma perlu DISIPLIN…”

Setiap patah kalam dari Ust Nasaruddin setiap kali kelas tasmi’ berlangsung tak pernah saya kesampingkan, cuma kudrat jiwa yang tidak kuat menyebabkan tempias nasihat-nasihat hanya bermain di fikiran, tak terserap dalam hati..apatah lagi nak ambil langkah untuk berubah…

Betullah kata sahabtku, al-quran yang akan susun kehidupan kita. Kalau sehari tak dapat mengulang alquran seperti yang dirancang, memang rasa tak semangat, hambar hari tu. Tapi, memang sangat susah bila displin tak menjadi pakaian diri...setiap kali habis kelas tasmi’, memang semangat untuk berubah dan selalunya memang ada perancangan baru untuk alquran, supaya dirinya saya hargai selayaknya..sama juga seperti tadi, keluar dari kelas dengan semangat yang sedikit bertambah, hati ada azam untuk berubah..Cuma ingin tahu kapasiti diri berdasarkan 24 jam yang ALLAH pinjamkan.Boleh, memang boleh…

“…ALLAH memang bagi kita 24jam, tetapi kita sendiri yang perlu cari 2jam lagi yang berbaki…”-terngiang kata-kata Bro Zainul suatu ketika dulu..

Argh..cakap memang senang.tapi nak buat tu yang susah…

Sekali lagi,saya perlu ada disiplin dalam hidup. Perlu ada strategi dalam hidup…

“..Kebenaran yang tidak terancang akan dikalahkan oleh kebathilan yang tersusun…”

“..Sesungguhnya ALLAH mencintai hamba-hambaNYA yang berjuang di jalanNYA dalam barisan yang tersusun(strategic)…” –Surah Asshaf:4

InsyaALLAH moga yang terbaik untuk setiap saat mendatang. Kita perlu sedar yang setiap usaha yang kita buat ada nilai disisi ALLAH. Jangan kita terkesan dengan kekecewaan orang lain kepada kita. Jangan kita marah apabila orang lain mempersoalkan usaha kita.jangan kita rasa sedih dengan kegagalan kita untuk memuaskan hati orang lain..kerana sesungguhnya setiap usaha ini adalah tuntutan dari ALLAH. Setiap apa yang kita lakukan berhajatkan redha ALLAH. Setiap detik kehidupan kita mengharapkan perhatian dan kepuasan dari ALLAH.

Benarkanlah hati dan jiwa anda untuk mencintai hanya SATU nama, ALLAH subhanahu wa ta’ala..

Abu Hanzallah
Darul Na’im
Bandar Indera Mahkota
UIAM Kampus Kuantan

No comments: