Thursday, July 23, 2009

diri ku yang tak berguna?


Semalam, gen 6 x-DQ organized perjumpaan dengan gen 7 yang baru masuk uia kuantan. Ringkas tetapi bermakna. Walaupun cermin mata saya rosak dan tak dapat nak fokus sangat, tetapi isi-isi ucapan yang diberikan oleh imran dan sharif amat bermakna…

Bila sahabat sejati bersuara…

Dalam ucapan imran kali ni, lain dari yang lain. Ini kerana akhirnya imran menceritakan ‘sesuatu’ yang telah dialaminya. Mungkin tak perlu ditulis di dalam blog ni, namun perkongsian imran kali ini membuktikan keihklasannya bersahabat dengan kami semua. Entahlah, dari mana saya cedok teori ini tetapi ada madah yang mengatakan salah satu indicator seseorang telah menerima anda sebagai sahabat adalah apabila dia menceritakan sesuatu yang bersifat peribadi kepada orang lain..

Buat imran, moga ALLAH lah menjadi sumber kekuatan nta untuk hadapi segala kasih-sayang ALLAH di dunia ini. Ana juga menghadapi ujian yang sama. Ujian yang tak semua orang alami. Ujian yang bagi orang lain adalah sesuatu yang amat tidak relevan untuk diterima. Mungkin masalah kita berbeza, sebenarnya memang amat berbeza. Namun, ujian ALLAH buat seseorang sangat ekskusif sifatnya. ALLAH menguji kita selayaknya, mengikut kemampuan kita..

Bergembiralah kita kerana ujian yang datang memberi tanda anda sedang diperhatikanNYA selalu. Anda sedang diuji..cinta anda sedang dinilai kekuatannya…

Sharif yang memang manthop….

Ucapan sharif kali ni memang kena pada saya. Tapi bukanlah kerana sharif memang nak point pada saya.Cuma ucapan dan nasihat sharif memang kena pada diri saya..nak taip pun masa tidak mengizinkan..

Qur’an TAK mAsyi…

AkadeMIk Tak Pandai…

SkIll pun tak dak…

Bila sharif cakap macam tu, tersenyum dan termenung saya semalam..memang sayalah orang tu.. tapi, setiap nasihat tu kita kenalah ambil angle postifnya kan. Saya sentiasa berusaha untuk menyeimbangkan ketiga-tiganya..

tanggungjawab menjaga Al-Quran…

tanggungjawab menjadi muslim yang berilmu..

tanggungjawab meningkatkan kualiti diri demi menjadi manfaat buat agama dan ummah…

habis sahaja perjumpaan tersebut, saya terus rushing dengan rahman ke mahallah im2, berjumpa dengan junior2 sekuliah. Memang berhajat ke sana. Bertanya khabar mereka dan menawarkan diri untuk membantu mereka. Masa awal-awal ni je la masa yang ada untuk merapatkan ukhwah, nanti bila dah dekat tengah-tengah semester, masing-masing sibuk..

akhir dariku, pesanan dari Almarhum Ustaz Fadzil Noor…

‘”..Jangan biarkan sehari dari hidup anda tanpa berfikir dan bekerja untuk ISLAM..”

2 comments:

Mohd Nuruddin Mohamed said...

jangan memandang rendah diri sendiri. Melainkan kepada yang Maha Esa. Jangan merendah tidak bertempat. Jangan mengheret emosi setempat. walau diriku bukan teman sejati. Walau diriku belum diterima. Ingatlah teman, apa jua posisi mu, apa jua bantuan mu, apa jua masalahmu juga menjadi masalah kami semua. Mungkin aku dan beberapa teman tiada dihatimu, tapi ketiadaan dan pembalikan potensimu sungguh dirasai,,,kerna dirimu sungguh bermakna..

hambehine said...

salam.x tahu nak comment ape sebab x tahu ape-ape.tp nk comment gok. minta maaf jika diri ini x selalu bertanye khabar naim.
kalian sering diuji,
semoga tabah mengahadapi,
terasa malu&rendahnya diri ini,
semoga ana masih lagi diingati.
:(

teruskan perjuangan naim.baarakallahufik -tanta,mesir-