Friday, April 17, 2009

anas bin muhammad ashraf






Latar belakang Anas ibn Malik ra.

Anas ibn Malik dilahirkan pada tahun 612 h dan merupakan salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w. Anas ibn Malik juga merupakan seorang hamba kepada Rasulullah s.a.w. Beliau berasal dari Bani an-Najjar dan berketurunan Ansar serta dilahirkan di Yathrib (Madinah) . Anas ibn Malik bukan lah seorang yang dilahirkan sebagai seorang yg beragama islam pada awalnya. Beliau merupakan anak kepada Ghumaisho’ bt Milhan (Umm Sulaym) . Ibu beliau telah memeluk islam dan kemudian ibu beliaulah insan yang telah mengajar beliau untuk mengucapkan dua kalimah syahadah dan scr langsung memeluk islam sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah . Sejak dari kecil lagi ibu beliau telah menanamkan rasa cinta terhadap Allah dan Rasullullah dalam diri beliau. Dan kerana itulah Anas ibn Malik teramatlah cinta kepada Rasulullah dan sentiasa merindui untuk bertemu dengan baginda s.a.w sejak beliau berusia 10 tahun lagi . Anas ibn Malik merupakan perawi hadis ketiga terbanyak selepas Abu Hurairah r.a dan Abdullah b. Umar r.a .

wajah baru..semangat baru..


bismillahi wal hamdulillah....
baru je tulis sshhh...dah bermacam spekulasi timbul..
macam ni rupanya gossip tercipta..
jangan marah yer..bukan aku cakap korang kaki gossip..

emm..saja jer tukar template blog ni..dah lama nak tukar sebenarnya tapi baru semalam boleh tukar..connection failed la..restricted access la..

nothing to say..just hope that with this new appearance for my blog, it create me stronger enough to keep going update this blog..bahasa inggeris ntah pe2.

start malam ni sampai la aku post pulak, aku agak sibuk dengan agenda yg dah lama tersusun dalam taqwim hijri aku...insyaALLAH bermanfaat untuk iman dan diri aku... aku akan make sure 'pembuangan masa secara berleluasa' semasa cuti panjang ni akan berkurangan sehingga mencecah 0.00%...insyaALLAH azam3x

last dari aku buat renungan kita bersama..

"rezeki yang cukup dan rezeki yg tak cukup2"

emm...fikir-fikirkan

moga redha ALLAH mencukupi

Wednesday, April 15, 2009

ssh.....

salam'alaik..

Segala Puji dan Puja hanya layak diungkapkan buat Ilahi Rabbi...
walaupun diri ini sering memungkiri janji, tak pernah kurang kasih sayang dan curahan nikmat yg KAU berikan..
Alhamdulillah....

hari ni tamatlah sudah Final Examination for this semester, not for this year of studies...but have to be remembered, I've short sem to recover my failure in OPTICS last semester...

So, sekarang ni fasa tawakkal la kan...walau sekumit manapun usaha yg aku buat, atau sebesar manapun usaha aku buat, buah tawakkal tu tetap perlu menjadi syarat seorang hamba setelah berusaha...

mungkin usaha yg sedikit itu akan menatijahkan kejayaan kepada kita dan mungkin juga tidak..
mungkin usaha yg banyak itu akan menatijahkan kejayaan kepada kita dan mungkin juga tidak..

bila dah lama tak update ni, memang kaki tangan jadi kebas nak datang com lab update blog...
tapi rugi la kalau tak update..sekurang2nya aku perlu catat sesuatu untuk blog ni...

masa aku dalam fatrah exam, banyak perkara yg melanda negara malaysia yg ku cintai ni..exam2 la kan..hal semasa kena ambik tahu..PILIHAN RAYA.. PERALIHAN KUASA...PERLANTIKAN NAJIB SEBAGAI PM KE-6...PERGOLAKAN KUASA DALAM BN..KES ALTANTUYA..

tu kalau dalam negara..kalau dalam kampus ni, isu yg paling popular adalah isu 2,3 orang sahabat yang ingin melangsungkan perkahwinan semasa cuti panjang 3 bulan ni..ME???
sshhh...(",)

waktu Asar dah masuk..even exam dah habis, masih ada tugas2 berbaki yg perlu diselesaikan..
nantikan entri aku seterusnya...

Saturday, April 11, 2009

rumah sewa vs mahallah

10.30 malam -2.30 pagi...

ada mesyuarat tergempar...tahu mesyuarat apa??
aku dan budak2 secourse yg lain dok bincang nak duk mahallah ke nak dok rumah sewa...
bincang punya bincang...aku last sekali setuju...

"insyaALLAH ana join antum tinggal kat rumah sewa..."

akhirnya...

akhirnya Najib naik jugak jadi PM ke-6...
bimbang apa akan jadi pada perjuangan Islam di negara tercinta ini...
buat para pejuang penegak agamanya terusanlah gerak kerja kita..
islam mesti didaulatkan dalam diri dan di atas muka bumi ALLAH ni..
mati syahid atau kemenangan Islam...