Sunday, January 18, 2009


cuti hujung minggu kali ini telah dihabiskan untuk balik ke rumah abang di Gambang. semenjak mak ada di sini selama sebulan, jika ada kelapangan memang saya akan mengambil kesempatan untuk balik berjumpa mak..tenang rasanya kehidupan ini apabila dekat dengan mak..rasanya semua orang merasakan hal yang sama dengan saya..

di rumah abang(kami memanggilnya dengan gelaran bangchik), bangchik dan isteri juga melahirkan perasaan yang sama. jelik dan sedih dengan apa yang berlaku di palestin..rasa jelik bertandang di hati apabila TV tak henti menayangkan pertemuan2 pemimpin dunia untuk membuat resolusi genjatan senjata ke atas Israel yang MESTI dipatuhi..entah bila pemimpin2 Arab akan sedar dari lena mereka. mujarab betul ubat tidur yang diletakkan oleh Amerika dan Yahudi ke dalam minuman2 pemimpin2 Arab ini..

tapi itulah, yang menukis ni pun sama ja kan..
entah apa yang saya buat untuk membantu saudara2 di Palestin..
ada..ada..
saya sentiasa ingat 3 resolusi (resolusi adalah perkara yang mesti dibuat hasil persepakatan) yang disetujui semasa Himpunan Mega mengutuk serangan Israel di UIAM 9 Januari lalu:

+++ doa qunut nazilah setiap kali solat +++
+++ boikot barangan Amerika Syarikat +++
+++ bantuan material +++

insyaALLAH moga semua yg hadir dalam himpunan tersebut mampu laksanakannya dan istiqamah.

sekadar berkongsi satu KEJAYAAN baru dalam hidupku..hari ni, 18 januari 2009 aku berjaya cium pipi mak..memang sebelum ni tak pernah buat. terima kasih kepada sahabat baik merangkap classmate dan roomate, shahril anwar atas nasihatmu..

akhir sekali saya lampirkan "MY AULAWIYAT" yang telah saya buat..moga sahabt2 dapat membantu saya merealisasikannya..
I have to stop now. Library will close within 5 minutes..(^_^)

1 comment:

Syahira Jamel said...

tahniah atas kejayaan 18hb tu..!
hargai mereka selama mereka masih hidup..

~teringat saat kucupan terakhir buat arwah mama..