Thursday, June 16, 2011

pergi meninggalkanku...Amer, Hakim~~

dari ALLAH kita datang..kepada ALLAH kita akan kembali...semoga kematian menjadi peringatan bagi kita yg masih hidup..ucapan takziah diucapkan kepada kedua-dua keluarga adik2 aku, arwah Amer dan arwah Hakim atas pemergian mereka berdua menghadap ILAHI...

Arwah Adha pernah jadi rakan bimbinganku semasa kami sama2 menuntut di Pusat Asasi PJ dahulu..manakala arwah Hakim merupakan antara sahabat baikku semasa di Kuantan...

tak banyak yg ingin saya ceritakan tentang mereka berdua melainkan dengan doa mereka diterima oleh ALLAH swt..kedua-duanya adalah sahabat dan anak yg baik bagi saya sepanjang perkenalan kami..semoga kebaikan dan amal baik mereka ALLAH nila dengan melimpahkan rahmatNYA buat arwah Amer dan Hakim...

masih banyak tanggungjawab dan perancangan yang kami buat bersama. sebelum balik ke Kuantan, pernah berjanji dengan Hakim sesuatu..semoga Hakim maafkan aku kerana tidak sempat pulang menunaikan janjiku pada arwah...

wallahu a'lam...Al-fatihah

Seorang penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan dan sahabatnya mati lemas ketika mandi-manda di Sungai Pasir Kemudi, Sungai Lembing, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Zulkifli Taha berkata, mangsa tersebut penuntut Fakulti Biologi Mohd Adhamerudin Omar, 22, yang berasal dari Padang Sanai, Padang Terap, Kedah dan Amirul Hakim Mustafa, 19, dari Indera Mahkota di sini.

Katanya sebelum kejadian, kedua-dua sahabat itu bersama dua lagi rakan mereka dipercayai mendaki Bukit Panorama di Sungai Lembing selepas solat Subuh di Masjid Sungai Lembing.

“Kesemua mereka kemudiannya turun dari bukit berkenaan dan terus ke sungai itu di mana dua mangsa berkenaan telah turun ke dalam sungai manakala dua lagi rakannya menyediakan makanan di darat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zulkifli berkata ketika sedang mandi-manda pada pukul 8.30 pagi tadi, salah seorang daripada mangsa didapati lemas dan beliau cuba dibantu oleh seorang lagi mangsa sebelum kedua-duanya tenggelam.

“Dua rakan mereka cuba membantu tetapi tidak sempat sebelum kedua-duanya membuat laporan mengenai kejadian itu,” katanya.

Menurutnya sepasukan anggota polis, bomba dan orang ramai melancarkan operasi mencari dan menyelamat sejurus selepas itu berjaya menemui mangsa kira-kira sejam kemudian tidak jauh dari lokasi mangsa hilang.

Katanya kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga masing-masing.

- Bernama

Monday, June 13, 2011

sedang blog walking...~


salam'alaik..

saya sedang khusyuk blog walking di blog-blog muslimah-muslimah yang meceritakan pengalaman mereka berpurdah... seronok dapat baca luahan mereka..

even though saya bukanlah muslim yang baik tapi jauh di lubuk hati memang sangat kagum dengan muslimat-muslimat yg berpurdah..kuatnya mujahadah mereka..

nak baca gak?
buka la link di bawah...

http://akumimi88.blogspot.com/search/label/purdah

http://cahayaillahee.blogspot.com/2011/06/green-light-dan-niqab.html

ada lagi tapi try la cari kat search engine...

selamat membaca...

p/s : berhenti dulu utk laluan lunch and zuhur prayer...next entry saya adalah gambar2 pengantin berpurdah..~hehe

Wednesday, June 1, 2011

stoP berFB buAt sEmentAra waKTu~


Salam kerinduan buat semua insan yang ku sayangi…

Sekadar makluman untuk semua..saya akan berhenti berFB buat sementara waktu…

Kot2 ada yg contact saya melalui FB, jadi anda dah tau jawapannya nnt kalau saya tak memberi respon

Wallahu a’lam..

Be a gud man…=)