Alhamdulillah..syukur kepada ALLAH kerana memberi rasa kepada deria hatiku untuk masih takut kepadaNYA biarpun dalam keadaan aku masih melazimi dosa dan maksiat kepadaNYA..
Terima Kasih Ya ALLAH kerana pada 0036 pagi ini KAU memberiku TAUFIK-MU untuk aku menyambung kembali coretan kehidupanku di duniaMU ini.
Terima Kasih Ya ALLAH kerana pada 0036 pagi ini KAU memberiku TAUFIK-MU untuk aku menyambung kembali coretan kehidupanku di duniaMU ini.
SUDAH ADA YANG MENULIS
Blog ini bukanlah diwujudkan untuk memudahkan malaikat di sisi untuk mencatatkan amalan kehidupanku. Bahkan mereka tidak sedetik tidak lupa untuk menulis apa jua yang telah manusia kerjakan di dunia ini. Kalau malaikat yg menjadi moderator blog Abu Hanzallah ini, nescaya blog ini akan menjadi ‘hottest’ dan ‘most popular’ saban hari kerana keaktifan mereka meng’update’ aktiviti ‘putih’ dan ‘hitam’ saya saban detik dan waktu.
ALLAHU AKBAR..mana mungkin terjadi pada lumrahnya sifat alam.
(tersenyum sendiri.ketawa dalam hati.memikirkan fantasi sendiri)
(tersenyum sendiri.ketawa dalam hati.memikirkan fantasi sendiri)
KEPERLUAN BLOG INI PADA DIRI
Sendiri telah jelas, blog ini saya perjalankan kerana keperluan diri yg selalu lupa akan nikmat ALLAH..blog ini saya perlukan sebagai medan muhasabah tentang pembaziran usia dan penghargaan umur sepanjang bergelar HAMBA…blog ini bisa menjadi kayu ukur bagi melihat bagaimana saya berfikir, bagaimana saya melihat sesuatu, bagaimana saya bertindak-balas tentang setiap agenda TUHAN. Blog ini perlu sebagai medan MEMBERI pada setiap insan yg telah saya sematkan dalam hati. YA, saya selalu lupa bahawa blog ini boleh menjadi pengganti diri saya pada insan-insan yang kejauhan di sana. Pada sahabat-sahabat yang terpisah jauh dek perjuangan menuntut REDHA RABB. Blog ini boleh menjadi solusi kepada insan-insan tersayang di luar sana yg menagih nasihat dan pedoman dalam menghadapi sebuah kehidupan..YA ALLAH..saya telah mengkufuri nikmat satu ini..BLOG!!!!
BERTAMBAH KENALAN, BERTAMBAH TANGGUNGJAWAB
Di kala ini, saya berasakan tidak mampu lagi untuk terus bersahabat dan berkenalan..kerana makin bertambah kenalan di atas muka bumi ini, sebenarnya makin bertambah amanah yg terpikul di pundak kita. Amanah dan tanggungjawab untuk menyampaikan amanat sebuah kehidupan. Agar mereka juga turut sama merasakan kasih-sayang TUHAN dalam perjalanan untuk kembali kepadaNYA. Hati saya ditimpa demam kebisuan untuk terus membuka hati pada sebuah persahabatan yg baru bila memikirkan hal sebegini. Namun hakikatnya, ALLAH saja yg tahu betapa terharunya mendapatkan teman dan kenalan yg baru setiap hari. Pada mereka saya temui tips kehidupan yg baru. Pada mereka saya temui TUHAN. Pada mereka saya temui JALAN. Pada mereka saya menambah bekal amalan. Menjadi DA’IE dan MAD’U..kadang menegur..kadang ditegur..kadang menarik..kadang tertarik..kadang ditarik…
Manisnya ALLAH saja yang tahu…
10. sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.(Al-Hujuraat)
DIBURU DOSA SILAM

Seorang sahabat pernah berpesan pada saya. Awasilah usia mudamu. Kerana andai kata kita jalan memilih jalan, bimbang hidup kita akan berakhir di atas jalan tersebut. Antara dua. Jalan maksiat atau jalan kebenaran. Kalau memilih jalan kebenaran, ALHAMDULILLAH.walaupun ianya bukan kepastian, namun kita telah memulakan langkah yg benar di awal usia kedewasaan kita. Namun andai jalan maksiat yg kita pilih, bimbang sekali andai kita terlalu jauh menyimpang di atasa jalan sesat dan menyesatkan itu. Dengan taqdir ALLAH, beruntunglah kalau kita diebri hidayah untuk kembali ke jalan kebenaran. Namun, di sana pasti akan ada cabaran dan dugaan dalam menduga kekuatan taubat kita. Mungkin sekali di saat kita benar-benar bertaubat dan istiqamah atas jalan kebenaran itu, ALLAH uji kita dengan membuka kembali lembaran dosa silam kita di hadapan manusia. Ketika itu, memerlukan kekuatan dan kesabaran yg maha tinggi untuk terus sabar atas ujian ini. Itulah yg dipesan oleh sahabat saya dalam fasa-fasa sewaktu saya sedang asyik dalam hidayahNYA.
Dalam meniti hari-hari kini, saya tenggelam dan timbul oleh buruan dosa-dosa silam saya yang semakin asyik memburu saya untuk kembali kepadanya. ALLAHU AKBAR..hati sudah tidak merasa berpijak di bumi nyata. Terlalu kuat ujian datang menimpa. Dan saya jatuh bangun untuk terus melarikan diri dari terus diburu. ALHAMDULILLAH..hati masih tegar untuk kekal dalam jalan hidayah. Cuma terkadang takut yang amat sangat menghantui diri. Takut akan kembali pada dunia gelap yg pernah cuba merentap iman saya.
YA ALLAH, Rabb yang MAHA Membolakkan Hati, tetapkanlah aku atas jalan agamaMU..atas jalan ketaatan kepadaMU..
YA ALLAH, Rabb yang MAHA Membolakkan Hati, tetapkanlah aku atas jalan agamaMU..atas jalan ketaatan kepadaMU..
102. dan (sebahagian) Yang lain mengakui dosa-dosa mereka. mereka telah mencampur adukkan amal Yang baik Dengan amal Yang lain, Yang buruk. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(AtTaubah)
TERUS MENJEJAK NASUHA
Tatkala ini, iman masih membekal energy kepada hati untuk terus berjuang menjejak TAUBAT NASUHA..semoga dengan mendapatkannya, saya bisa hidup dan mati dengan tenang atas jalan agama, jalan dakwah, jalan yang diredhai ALLAH..

Dalam kitab penawar bagi hati, karangan Ibn Attailah Assakandariy, beliau menjelaskan kepentingan bertaubat dan terus bertaubat biarpun kita kerap kalah dengan taubat yang kita buat. Teruslah bertaubah setelah melakukan kesalahan. Jangan berputus asa jika gagal mengawal diri anda dari dosa tersebut. Kerana mungkin sekali anda mati dalam keadaan sedang memburu taubat yg kedua dan yang seterusnya. ALLAH Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat..
85. dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.
86. Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum Yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan Bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata. dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum Yang zalim.
87. mereka itu balasannya ialah Bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya sekalian orang-orang (yang beriman).
88. mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi tempoh atau perhatian;
89. kecuali orang-orang Yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
90. Sesungguhnya orang-orang Yang kafir sesudah mereka beriman, kemudian mereka bertambah kufur lagi, tidak sekali-kali akan diterima taubat mereka, dan mereka itulah orang-orang Yang sesat.
91. Sesungguhnya orang-orang Yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, Walaupun ia menebus dirinya Dengan (emas Yang sebanyak) itu. mereka itu akan mendapat azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang Penolong pun.~(Ali Imran)

Abu Hanzallah
IM 6
Kamar Ar-Rahman
15 syaaban 1431H
IM 6
Kamar Ar-Rahman
15 syaaban 1431H