Subhanallah…Alhamdulillah…Allahu Akbar…
Tak tertahan rasa sebak dan malu kepada ALLAH kerana DIA member kesempatan untuk menjadi salah seorang peserta dalam madrasah ramadhan kali ini. Amat bersyukur walaupun baru 2 hari program bermula..Diari ramadhan 1430H kali ini terpaksa bermula pada 2 Ramadhan. Keletihan menguruskan jadual sehari-hari memaksa saya untuk ambil ‘annual leave’ daripada berblogging. Tidak mengapa, lagipun pengisian dalam blog ni bukanlah sesuatu yang bersifat berkala yang mana mungkin akan membunuh minat sahabat-sahabat pengunjung yang sudi membelek entry-entry lemau saya.
“..moga ramadhan kali ini adalah yang terbaik..”-begitu ngomel hati setiap kali madrasah ramadhan dating bertamu.
Bermacam untaian janji dibuat, berbagai janji diberikan oleh sang hati buat diri..
Yakinlah, aku sedar ketika semua janji dan harapan itu dibuat…
Menghayati ramadhan dalam hari-hari kedewasaan saya mungkin agak berbeza dengan orang lain..segala perancangan terpaksa dibuat mengikut kemampuan sendiri, kemampuan diri yang memikul hari-hari kini. Jadual perancangan masih belum di’final touch dan dibind’ kan dek kerana tak pandai mencuri masa..semuanya dalam bayangan otak..
JADUAL SOLAT DAN AL-QURAN
Buat masa sekarang, saya percaya pada satu teori dalam pengurusan masa. Buat jadual anda mengikut jadual solat dan al-quran anda(terutama untuk mereka yang menghafaz al-quran)..inysaALLAH, ALLAH akan susun kehidupan anda. Kerana saya tidak terlalu teliti dalam menjaga keutamaan kedua-dua ini, that’s why I’m always been fooled with time..
Sekarang ini, tahap kesedaran sudah meningkat kepada 70%..lagi 30% still in progress..
BERTANGGUH
Ingat lagi sewaktu menghadiri satu kem kepimpinan, waktu tu sesi pondok trekking(sebab buat dalam pondok je kot)..kami dipecahkan mengikut kumpulan-kumpulan kecil.kebetulan, atau memang dirancang, saya berada dalam satu kumpulan dengan timbalan saya. Kemudian, kami diminta memberitahu kecenderungan masing-masing..ringkasnya, saya pun cakap..”saya tak suka kerja bertangguh..”..timbalan saya cakap pulak “kelemahan dia suka bertangguh bila buat kerja..”..nak cakapnya waktu tu saya pun nak bagitau perkara yang sama tetapi tak habis cakap lagi dah ada committee menyampuk.
MEMANG SAYA BENCI SANGAT TANGGUH KERJA NI TAPI I’M THE ONE WHO’S ALWAYS DO THAT
Sekarang dah berjaya atasi masalah ni sikit-sikit tapi bila satu hari tu tak dapat habiskan kerja yang dah diplan, terpaksa dibawa ke hari esok..tapi dalam masa yg sama esok tu pun dah berderet kerja yang kena buat. Agak kelakar bunyinya tapi yakinlah, ini semua latihan dari ALLAH supaya I’ll become a better person.
Apa yang penting, kita yakin dengan ALLAH..
segala usaha yang telah kita buat ada nilai disisi ALLAH..
Tiada Harapan Selain ALLAH swt