Tuesday, March 31, 2009

FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN


1. Puasa enam hari dalam bulan Syawal


Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)


Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.


2. Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)


Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)


Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)


3. Puasa pada bulan Muharram


Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)


Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

4. Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)


Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

5. Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)


Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)


PERINGATAN


Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)


6. Puasa bulan Sya'aban


Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)


Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan." (Riwayat al-Turmuzi)

7. Puasa pada hari Isnin dan Khamis


Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)


Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

8. Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat


Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w. mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)


Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)
Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

9. Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)
Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)

10. Puasa tiga hari pada setiap bulan
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."
Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.
Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.

11. Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)

Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

PERINGATAN

1. Dalam mencari pahala puasa sunnat, janga tersalah hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:


§ TANGGAL 1 SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI)
§ 10 ZULHIJJAH (HARI RAYA AIDIL ADHA)HARI-HARI TASYRIQ: 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH
§ HARI SYAK MUNGKIN HARI MULA BERPUASA (30 SYA'ABAN)
§ SELEPAS 15 SYA'ABAN JIKA BUKAN PUASA QADHA ATAU NAZAR ATAU TIADA HUBUNGAN DENGAN PUASA PADA HARI SEBELUMNYA, ATAU BUKAN HARI YANG BIASA BERPUASA
§ PUASA SUNNAT BAGI WANITA TANPA IZIN SUAMI (JIKA SUAMI BERMUKIM YAKNI TAK MUSAFIR ATAU BERPERGIAN JAUH)


2. JANGAN PULA BERPUASA PADA HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN:


§ PUASA ORANG YANG SAKIT BERSANGATAN
§ PUASA ORANG YANG SANGAT TUA
§ PUASA WANITA YANG HAMIL
§ PUASA ORANG YANG MUSAFIR
§ PUASA PADA HARI 'ARAFAH BAGI ORANG YANG MENGERJAKAN HAJI
§ PUASA PADA HARI SABTU SAHAJA (DITUNGGALKAN)
§ PUASA PADA HARI JUMAAT SAHAJA (DITUNGGALKAN)
§ PUASA ASALNYA SUNNAT DIKERJAKAN OLEH ORANG YANG MENANGGUNG PUASA QADHA
§ PUASA SEPANJANG TAHUN (SEPANJANG MASA)

3. ORANG YANG MENGERJAKAN PUASA WAJIB DIKEHENDAKI BERNIAT PUASA PADA WAKTU MALAM. ADAPUN PUASA SUNNAT BOLEH BERNIAT PADA PAGI HARI SEBELUM TERGELINCIR MATAHARI (BELUM MASUK WAKTU ZUHUR) DENGAN SYARAT BELUM MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

4. NIAT PUASA TIDAK SEMESTINYA DENGAN MELAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB, MEMADAI MELINTASKAN DIDALAM HATI DENGAN APA-APA JUGA BAHASA YANG KITA FAHAMI, IAITU BAHAWA KITA HENDAK MELAKUKAN PUASA (SEBUT JENIS PUASANYA) PADA HARI ESOK (JIKA NIAT PADA WAKTU MALAM) ATAU PADA HARI INI (JIKA BERNIAT PADA WAKTU DINIHARI ATAU WAKTU SAHUR ATAU PADA SEBELAH PAGI SELEPAS SUBUH JIKA PUASA SUNNAT)

Sunday, March 29, 2009

pilihan raya kecil Bukit Selambau

untuk sahabat-sahabat yg ingin mengetahui perkembangan suasana bersempena pilihanraya kecil Bukit Selambau, bolehlah melayari blog di bawah...

wallahua'alam

http://n25bukitselambau.blogspot.com/

happy birthday!!!


dah lama sangat tak menulis...tak pandai nak manage masa dgn baik...sebelum org cakap aku dah ngaku dulu.hee..

so, untuk rasmi balik setelah cuti dari menulis, aku mulakan dgn ucapan SANAH HELWAH buat 3 insan penting dalam hidup aku...


hari ni besday diorang..


MUHAMMAD AFNAN MOHD MAHYUDDIN


CAHAYA MATAKU


MUHAMMAD MUSTAPHA


tarikh lahir diorang sama tapi umur je berbeza...


buat adikku afnan, moga bertambahnya umur ni, afnan lebih matang dalam menghadapi liku2 kehidupan yg sememangnya memerlukan kita menggunakan akal yg dipandu iman..moga dirimu beroleh keredhaan


buat ukhti fillah...moga ukhti juga terus thabat dalam jalan menuju redha ALLAH..jagalah kehormatanmu sebagai muslimah sejati..muslimah yg terjaga dari hisapan kumbang2 ganas dan siulan2 yg menyakitkan imanmu...kesusahan dalam beragama bukanlah suatu penderitaan tetapi hanyalah syarat kecil yg perlu kita penuhi demi menggapai redha dan cinta Ilahi..


buat sahabat seperjuangan, muhammad...moga nta thabat dalam jalan perjuangan yg telah kita pilih ini..genggamlah ia dengan harta dan jiwa kita hingga Islam kembali terjulang atau kita gugur kerana mempertahankannya...jangan terlatah dalam melangkah kerana takut kita terjatuh ke lubang dunia yg dalam dan menggerunkan..moga nta terus mendoakan istiqamah kita dalam agama kerana selagi mana kita thabat dalam agama, maka insyaALLAH selagi itulah kita bergelar saudara,sahabat dan teman di akhirat...teruskan perjuanganmu




Tuesday, March 10, 2009

semalam yg bermakna [BAHAGIAN 1]


AKU DIAM KERANA AKU BERFIKIR

AKU BERCAKAP KERANA AKU BERZIKIR

-try to be like this-


8 mAc 2oo9 (aHaD)

Hari ni mungkin saya boleh kategorikan sebagai antara hari-hari yg paling bermakna dalam hidup kerana something happened on this day..


teka apa?


saya dapat makluman daripada mesej2 dan poster2 yg ditampal bahawa my mentor, Ust Hasrizal akan datang ke uia untuk Talk Fiqh Medicine anjuran Nursing Society bersempena sympossium yg diorang buat. Seronok tak terkira rasanya. Tapi sepantas kilat, memoriku baru refresh kembali. Allahu Akbar... ada kelas ocular anatomy. so, kena la gi kelas. faham la sikit aulawiyat waktu tu. walaupun terdetik rasa ruginya tak dapat join talk tu, tapi concentration dalam kelas luar biasa sikit kelas hari ni..and everything run like He had planned..


tahu ape?


masa lepas solat zohor, kira nak keluar dari masjid dah, tiba2 nampak Ust Hasrizal baru lepas ambik wudhu' nak solat..nak gi jumpa dia tapi dia nak solat. takkan nak sekat pulak kan..so, biar la..dalam hati harap2 dapat jumpa gak before ust balik...


then..


masa saya nak balik ke mahallah (lepas kelas study di level 4)..saya terserempak dengan Nuruddin...dan Ust Hasrizal..apa lagi lepas buat2 senyum(memang nak senyum pun), saya pun ikut din dan ust di belakang..masa tu dengar je diorang borak2..ust nak balik dah..dia nak ke penang pulak..ada talk di UITM merbok esoknya..tiba2 saya pun dengan selambanya menyampuk..


"ustaz selalu bukak email bila?"


selamba ust jawab..


"ana bukak 24 jam..waktu tido, solat dan makan je tak bukak"..lebih kurg ayat ust..


silap soalan pulak..he2..takpe2..janji boleh borak dengan ust..kira sejarah tu.


masa ust nak g ke kereta, nudin dah tak de.dia mintak diri dulu..jadi saya dan beberapa irg sahabat hantar ust sampai kat depan bangunan kuliah..


then kami pun bersalam..yg rasa terharu ust sudi salam berpelukan dengan kami..

ye la, tak ramai org, tambahan ni ust nak bersalam begitu dengan org yg baru je 2,3 minit kenal..


subhanallah...


saya yakin, kedatangan ust kali ni ke uiam telah memberikan saya sedikit cahaya baru dalam hidup...walaupun indirectly...


keberkatan org2 yg dekat dengan ALLAH mungkin...


-ERTI HIDUP PADA MEMBERI-



Friday, March 6, 2009

end of midterm.....start of final


salamullahi 'alaik..

Alhamdulillah, segala puja dan puji buat ALLAH swt...
Aku hidup dan aku mati hanya untukNYA...


hari ni, berakhirlah sudah my midterm exam...no comment to give..
sekarang fasa doa dan tawakkal..
apa jua natijahnya nanti syukur dan redha..insyaALLAH


kejayaan bagi setiap orang itu is very subjective...
for me, kejayaan adalah apabila saya mampu mengimbangi
antara tuntutan ukhrawi dan duniawi...


kejayaan....
adalah ketika anda berjaya meletakkan status hamba ditempat yg selayaknya..


kejayaan
adalah ketika anda berjaya mengawal hawa nafsu untuk tidak berjaya


kejayaan
adalah ketika anda berasa tenang dan gembira dengan natijah yang datang selepas berusaha


kejayaan
adalah ketika ia berjaya mendekatkan diri anda denganNYA


kejayaan
adalah ketika anda puas dengan apa yang telah anda usahakan


kejayaan
adalah ketika ia datang dalam keadaan yg penuh diberkati


kejayaan
adalah ketika ianya diberi pada anda dalam keadaan anda diredhai


ya, ia amat subjektif...


tapi it's not till the end..the final is just around the corner...
it will come 3 weeks more and fortunately, the spirit of exam still burning in my soul..
watch out final exam!!!


I'll wait for u!!!


ALLAH adalah matlamat kami

Rasulullah ikutan kami

Al-Quran pedoman hidup kami

JIHAD adalah jalan juang kami

MATI di jalan ALLAH adalah

cita-cita kami TERTINGGI



jom mai ramai-ramai pakat turun!!!




Monday, March 2, 2009

tazkirah


berilah peringatan..
sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang2 yg beriman..

semalam semasa mesyuarat 'Islamic Care Campaign', ukhti Hafriza ada berkongsi ilmu beliau mengenai penyakit hati. tertarik untuk dikongsikan di dalam blog muhibbuddin ini..

penyakit hati

ramai orang yang kurang cakna dengan perkara ni. walhal bila diselidiki kembali, mengapa setiap ibadah yg dilakukan tak mampu dihayati dan tak mampu menjadi benteng kekuatan mengelakkan diri dari melakukan kemungkaran? jawapannya hati belum benar-benar dibersihkan dari semasa ke semasa..

dalam tazkirah ukhti Hafriza semalam, dia ada bagitau ada 4 tahap penyakit hati ni. dilihat pada sympton2 yg berlaku..macam PBL la pulak(^_^)..

1. tahap pertama. bila seseorang melakukan maksiat, dia berasa bersalah dan berdosa dengan dosa yg dilakukan. kalau tahap ni, alhamdulillah. masih ada rasa nak bertaubat.

2. tahap kedua. pada tahap ni, seseorangyg melakukan dosa dengan meninggalkan perintah ataupun melakukan laranganNya sudah tidak merasa apa2 dalam hatinya. Na'uzubillah..bahayanya kalau dah dapat sympton ni. baik pergi jumpa mana2 ustaz mintak tolong ubatkan.

3. tahap ketiga lagi la kronik. bila dah buat dosa rasa seronok pulak tu. janganlah kita tergolong dalam jenis yg ni. patutla kalau tengok dalam tv, orang siap berlumba2 nak bagitau yg dia buat dosa. tak takut langsung dengan ancaman ALLAH.

4. tahap yg terakhir, umpama mayat bernyawa. orang yg dijangkiti penyakit hati tahap yg paling tinggi ni akan jadi lain pulak. mereka akan rasa benci dengan perkara kebaikan. bukan saja dah buat dosa, benci pulak dengan perkara2 yg mendatangkan pahala. ni tahap hati yg dah mati kalau sesetengah ulama' kata.

2 cara untuk mengesan anda telah dijangkiti kuman pemyakit hati

1. bila tinggal satu2 ibadah, tak rasa berdosa pun..

2. bila buat dosa pulak, pun tak rasa apa2. tak rasa pun nak bertaubat.

ada lagi yang dikongsi tapi saya tak ingat sebab buku nota yg saya guna untuk mesyuarat semalam ada dibilik. bahaya..bahaya kalau ada penyakit ni. kepada sesiapa yg tak pernah check tahap kebersihan hati, cepat-cepatlah berubat. kalau sakit fizikal kita jumpa doktor kat klinik dan hospital..kalau sakit hati, carilah ustaz2 yg arif dalam bab pembersihan hati. tapi jangan asyik fikir nak bersih hati sahaja, sampai tinggal ibadah2 utama yg lain. biarlah semuanta seimbang dan bersederhana. Allah sukakan orang2 yg bersederhana.

wallahua'alam..