Wednesday, July 22, 2009

aKhirNya HaTi berSuarA


“Kewajipan itu terlalu besar dari masa yang ada”

Begitu pesanan yang diluahkan. Segala puja dan puji buat Rabbul Jalil...

Pemilik hati dan segala yang ada disisi,

Penentu hidup dan mati,

Penyebab kehadiran dan kehidupan ini...

Tujuan hidup duniaku dan kehidupan akhiratku.

Terlalu lama menyepi dari dunia blog yang diciptakan sendiri. Aku yang memberikan asbab kewujudannya, maka akulah yang menjadi penentu kehidupan blog MUHIBBUDDIN ini. Terlalu banyak perkara yang berlaku, terlalu amat banyak tanggungjawab yang ku sedari, yang perlu dipikul saban hari. Dan terlalu banyak amanah yang aku kurangi, kerana culas dan lalaiku pada amanah dan tanggungjawab yang diberi.

Amanah itu amanah Ilahi.padanya ada nilai yang sangat tinggi. Untuk bukti cinta seorang abid dan untuk kemashlahatan dunia yang kekal abadi.

Amanah itu datangnya pada setiap insan yang menyedari dan merasai.
Amanah untuk menyerikan dunia yang fana ini, dengan limpahan ingatan dan pujaan kepada Sang Rabbi..

Amanah untuk memenuhi setiap ruang kosong di dunia ini dengan taat kepada perintah dan menjauhkan diri dari tegahan Ilahi..

Amanah yang menjadi tujuan kehidupan ini, yang hanya menjadi tujuan kehidupanku ini...

Alhamdulillah, aku menjadi insan pilihanMU Ya ‘Aziz, dalam menerima hidayah untuk menyempurnakan amanah ini. Aku pastinya tidak akan mampu untuk meneruskan kehidupan ini tanpa diriMU di sisi, menemani jiwa dan iman ini, menyelusuri perjalanan getir seorang pedagang menuju destinasi yang pasti...

Ampunkan aku Ya ALLAH, pada setiap keluhan dan rungutan kerana beratnya tanggungan amanah ini...

Ampunkan aku Ya Rahman, pada setiap titis air mata yang mengalir kerana lemahnya jiwa ini mengatasi setiap kesusahan, biar aku tahu ianya tanda ujian dan didikanMU buatku...

Ampunkan aku Ya Ghafur, pada setiap kesilapan dan dosa besar yang saban hari aku lakukan..pada setiap kegagalan untuk mengawal nafsu ini dari melanggar tegahan dan kebencianMU Ya ALLAH...

Untuk saat ini dan sehingga malaikatMU menjemputku pergi, Janganlah Kau biarkan diriku yang menentukan kehidupanku sendiri..biarpun untuk satu saat, atau masa yang lebih singkat dari itu..

Aku mohon dengan sangat....

“..Ku serahkan hidup dan matiku padaMU....”

Maafkan Daku Kerana Lambat..


muhammad nabil Marwan
gambar ihsan dari blog sharif-ahmad.blogspot.com


Buat sahabat yang selalu menyenangi hatiku, Akh Mohd Nabil bin Marwan, yang telah pergi meninggalkanku, saat luahan ini ternukil, pastinya ana sudah tidak mampu meluahkan hasrat hati ini buat dirimu. Maafkan ana kerana tidak sempat untuk menziarahi dirimu ketika nabil jatuh sakit. Bukan hati yang menolaknya, namun ada tanggungjawab lain yang menghalang ana ketika itu..

Agak terkilan dengan berita yang mengejut. dah rancang dengan drome untuk pergi melawat nabil selepas habis induction ta’aruf programme. Ternyata ALLAH lebih mengetahui. Nabil pergi tanpa sempat ana mengucup dahi nabil, tanpa sempat ana memohon maaf atas segala kesalahan dan kecuaian ana dalam menjadi seorang sahabat..belum sempat untuk menyatakan hasrat hati untuk meminang nabil, mengikat hati dalam usrah di Kuantan..belum sempat untuk meluahkan kegembiraan dan sekalung tahniah kerana memilih optometri sebagai bidang pengkhususan di Kuantan..belum sempat untuk melunaskan hutang-hutang budi nabil buat ana..nabil telah pergi meninggalkan ana dan dunia ini dengan redha dan ana dan seisi dunia ini juga redha dengan keputusan ALLAH ini. Dia lebih menyayangi nabil, melebihi kami semua..

Semoga kita akan ditemukan lagi, diruang-ruang cinta dan kasih-sayang ALLAH..ditempat manusia-manusia yang telah mendapat kecintaanNYA..moga cinta yang tertangguh ini akan kita sempurnakan di syurgaNYA..moga kita layak ke sana.menjadi teman dan jiran..dalam dukungan cinta dan redha ALLAH buat hambaNYA..

Kematian ini buat ana yang masih hidup, sebagai ubat paling mujarab untuk menyembuhkan penyakit cintakan dunia...sebagai supplement terbaik untuk meningkatkan cinta kepada akhirat..

Aku redha dengan pemergiannya...

Abu Hanzallah
Darul Na’im

Bandar Indera Mahkota

UIAM Kuantan

2 comments:

AnNiSa... said...

menyentuh ati..:'(,al-fatihah...

Anonymous said...

al-fatihah buat arwah muhammad nabil... sy harap sehingga kini masih ramai sahabat2 yang sentiasa menyedekahkan alfatihah dan ayat2 suci alquran utk.. semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 y beriman.. insyaAllah..