Saturday, February 28, 2009

lamanya tak update blog..pe hal

Assalamu'alaikum...

Astaghfirullah...dah dekat 2 minggu tak update blog..sori2
saya teramat kesuntukan masa untuk update blog ni(betul ke ni?)...
masa tu banyak rasanya. tapi nak jaga masa dengan baik tu belum berjaya lagi but i've tried my best to be good in manage my days..

exam midterm hanya tinggal satu je lagi..ocular anatomy..how's before?terrible...huhu.nak habis satu2 subjek tu perit jugak la. tambahan minggu2 mendatang ni banyak sangat program yg mendatang. merungut? tak lah.saja nak tulis kat sini..mengalahkan PM pulak. ye la..PM buat kerja tapi takde exam..huh, perumpamaan yg tak matang langsung.

besok, actually hari ni la..julung-julung kalinya UIAM akan mengadakan Interfaith Dialogue dengan beberapa agama lain iaitu agama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu. tak sabar nak tunggu talk tu. tapi tu la.. saya kena jadi ajk bahagian Catering. jadi macam tak sempat je nak join sepenuhnya..huhu..agak terkilan.tapi biasa la kan. dalam peperangan, tak semua boleh gi berperang. ada yg kena jaga semapadan, ada yg kena rawat org sakit, ada yg kena duduk diam2..ada kaitan ke perang dgn talk ni?

ada la..hakikatnya, setiap perjuangan banyak seni perjuangannya untuk memastikan segalanya berjaya..ntah apa2 saya merepek ni.letih sangat rasanya.dah la kecik, makin mengecil la lepas ni.

banyak sangat perkara di luar yg terlepas khabar..isu2 negara banyak yg belum saya counter lagi. cumanya mungkin bukan dalam blog la. dok gheti nak elaborate..macam iman..kita percaya dengan aqidah kita tapi ingatlah..tak semua orang boleh sampaikan balik kefahamannya tu kan..
pilihan raya Bukit Selambau nak dekat dah. dekat dengan rumah tu. tapi tak sure lagi nak turun ke tak. bukan tak sure nak ke tak nak. konfem nak turun tolong. tapi masa dan keadaan yg kadang tak mengizinkan say nak pergi mana-mana. kadang-kadang hujung minggu ada kelas. jadi, kena banyak-banyak bersabar je la..

dah 12.40pagi.
rasanya saya kena balik rehat dulu..pagi besok, lepas subuh kena gerak ke tempat program. ada dua-tiga benda tak setel lagi. blazer tak ambil lagi. nak iron baju lagi..nak ngaji lagi..semua kena buat before tidur..kalau tengok mata kasar memang tak sempat tapi yakinlah pada keberkatan masa..terngiang-ngiang lagi pesanan NURUDDIN masa miting lepas subuh khamis baru2 ni. jika kita spen masa ALLAH, insyaALLAH ALLAH akan bantu kita dengan memberi kita kemudahan dalam urusan-urusan kita..

ok,ok..kena stop sekarang.
bayak benda lagi nak tulis..
pasal 2,3 perkara usul hidup yg sedang saya pikirkan..

"..aku memcintaimu kerana agama yg ada pada dirimu..jika kau hilangkannya dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu.." -imam Nawawi-

terima kasih buat teman penempuh jalanNYA

cahaya mataku optometry!!!
(kata-kataku yg bajet berfalsafah)

wallahu ta'ala a'lam


Thursday, February 19, 2009

diskusi ilmu politicsm


ambil dari blog ust syaari, rijal82..

saya dan sahabat2 dalam Mahallah Representative Council pun dalam proses untuk merencanakan forum yang lebih kurang macam forum di atas. menjemput ahli politik untuk berbincang mengenai tanggungjawab mahasiswa dalam menyediakan diri ke arah mewujdkan landskap politik berteraskan Islam dalam teraju kepimpimpinan hadapan. terubat jugak rasa rugi kerana tak dapat hadir ke Gombak kerana midterm exam yang masih berbaki. Besok pun akan ada paper for Islam, Knowledge & Civilization.

mungkin ramai yg menganggap program-program seperti ini berada di luar matlamat perjuangan mahasiswa di universiti...Allahu Akbar, moga-moga saya juga bukan dari golongan sedemikian yg cuba mengasingkan aspek politik dalam kehidupan beragama. sebenarnya, menanam kesedaran berpolitik di kalangan mahsiswa amat-amatlah penting. hal ini disebabkan oleh jauhnya mahasiswa dari ideologi politicism yg sebenarnya. pemikiran yg salah ataupun bahasa mudahnya, apabila mahasiswa menerima didikan dan doktrin yg silap semasa di universiti, maka apabila mereka menjadi pemimpin masyarakat kelak, perjuangan mereka akan dipengaruhi oleh mind-setting yg salah tersebut. akhirnya, jadilah seperti apa yg kita lihat sekarang. menteri-menteri yg merosakkan masyarakat dengan 'aqidah' mereka yg 'ntah apa-apa'..hiburan yg melampau..jauh dari nila-nilai agama..bahkan merekalah yg membawa undang-undang hutan ke dalam pentadbiran negara..

moga-moga dengan usaha seperti ini, kita mampu menyedarkan mahasiswa-mahasiswa betapa pentingnya mempunyai kesedaran berpolitik yg berasaskan Islam. kita ingin melihat suatu hari nanti negara yg kita cintai ini akan ditadbir oleh mereka yg mempunyai visi yg jelas dan satu, iaitu menegakkan hukum dan indang-undang Allah di muka bumi ini. ia akan lahir sedikit demi sedikit hasil kesedaran ini. Politik itu bukanlah sesuatu yg kotor kerana asasnya segala perkara dalam hidup adalah Islam. cumanya, kekotoran pemikiran dan iman yg dimiliki oleh pemerintah sekarang menyebabkan politik nampak kotor dan jijik di mata masyarakat. jadi tugas membersihkan politik dari karat jahiliyyah diletakkan penuh di atas pundak kita, golongan mahasiswa.

mungkin huraian saya ini tak mampu membuatkan pembaca sedar akan hakikat pentingnya ilmu pendidikan politik ini..jadi, ramai-ramailah kita memenuhi program-program seperti ini.
insyaALLAH..moga usaha yg sedikit ini mampu menjadi agen peng'istiqamah'an kita dalam beramal dengan Islam yg syumul

Tuesday, February 17, 2009

ya ALLAH..kuatkan aku


dalam kekalutan menghadapi exam ni, update blog adalah antara alternatif yg baik untuk menenangkan diri...dalam sibuk2 nak exam ni pun, aku sempat lagi fikir perkara-perkara yg bukan sepatutnya aku fikir(tak lepas lagi fiqh aulawiyyat ni)...mungkin sebab tu la aku post entri "enti mahu jadi isteri kedua ana?" tu..astaghfirullahal 'azim..moga ALLAH sajalah yg tahu apa yg terkandung dalam benak fikiran ini. moga ALLAH beri aku kekuatan untuk aku hadapi ujian yg mungkin berat bagi sesetengah orang dan mungkin masalah picisan untuk sesetengah yg lain.. 'ala kulli hal, aku boleh je tumpu pada exam, cumanya rasa tak sedap bila fikir perkara2 yg boleh jejaskan hati..teringin jugak nak bagisedikit pandangan mengenai realiti kahwin awal di kalangan mahasiswa..tengoklah..maybe some days coming..


الهي..انت مقصودي

"ya ALLAH, aku berlindung kepadaMU dari fitnah wanita dan aku berlindung kepadMU dari fitnah azab kubur"

p/s: doa ni ustaz aku bagi masa aku musafir di pondok Pasir Tumboh cuti sem lepas. ustaz cakap kalau nampak perempuan, baca doa ni supaya ALLAH pelihara pandangan dan hati kita..hati pun terjaga, pahala pun dapat..insyaALLAH..perempuan pun boleh baca doa ni cuma tukar wanita kepada fitnah lelaki. wallahu a'lam.

"enti mahu jadi isteri kedua ana?"


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin. Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah. "Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah
dengan suara tersekat-sekat. Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya. "Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… Fatimah mula sebak. "Tak. Maksud saya…" "Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar. "Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya. Fikri diam seribu bahasa. Dia
sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini. Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya. "Ada
hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.


Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah sepertilelaki lain. Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri. Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikrisekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak? Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.


"Nti sudi jadi isteri kedua ana?"

tanya Fikri tanpa segan silu. "Sudi," jawab Nusaibah ringkas. "Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin. Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri. "Kenapa ana?" tanya Fikri ingin tahu. "Ana ingin membantu gerak kerja dakwah nta," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu. "Baiklah," jawab Fikri tersenyum. Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya. "Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah. "Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu. "Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya. "Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum. "Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang. Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranausahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta. "Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
"Mana bang?"
Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun,"
Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?"
Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan, "
jawab Fikri.

SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!


JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI…
TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN
ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI
KEDUA!!!

KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!
PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH
UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI
BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…

JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI
MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG
PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!



JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…
TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL
DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH
BAKAL ISTERIMU!!!

BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG
DICINTAINYA….
KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA…

DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…

BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN…

Monday, February 16, 2009

segalanya untukMU


Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang
menghampar bahagia
Di ribaanMu terhi
mpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah ya
ng mengirimkan hampa
Namun padaM
u jua diadukan
Merebahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan

Thursday, February 12, 2009

nantikan kami dipintu syurga...ALLAHU AKBAR






Rencana khas sempena ulangtahun ke 53 pemergian As Syahid Hasan Al Banna (12/2/2002)



Tanggal 12 Februari 1949 telah meninggalkan sejarah hitam bagi gerakan Islam seluruhnya. Dunia kehilangan seorang ulama' ulung yang mempelopori gerkn mengemblikan Islam ke puncak kegemilangannya.
As Syahid Hassan Al Banna belum sempat melihat Islam didaulatkan kembali setelah kejatuhan khilafah Othmaniyyah, tetapi beliau telah menang dalam pertarungan mendapatkan syahid. Pemergian beliau bukan secara kebetulan, tetapi ia merupakan pembunuhan kejam yang terhasil daripada perancangan musuh-musuh Islam yang berselindung di belakang Raja Faroq.
Dua bulan sebelum kejadian, gerakan Islam yang diasaskan oleh As Syahid Hasan Al Banna telah diharamkan oleh kerajaan Mesir. Kesemua cawangannya di sana yang berjumlah lebih daripada 3,000 diarahkan supaya dibubarkan dan sekiranya masih beroperasi akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas.
Bukanlah suatu yang baharu bagi pemimpin Mesir menjadi 'pak turut' kepada negara-negara Barat. Dalam mengharamkan gerakan Islam ini, kerajaan Mesir secara jelas mengikut telunjuk Amerika Syarikat, Perancis dan Britain.
As Syahid Syed Qutub yang berada di Amerika ketika pembunuhan Hasan Al Banna menceritakan bagaimana rakyat Amerika Syarikat berpesta apabila menerima berita kematian Hassan Al Banna.



TRAGEDI
Ketika kejadian, Hassan Al Banna berjalan bersendirian di jalan Ramsis, Kaherah berhampiran dengan pejabat Jam'iyatus Syubbanil Muslimin (Persatuan Pemuda Islam). Bukti perancangan mereka terbukti apabila jalan yang biasanya sibuk itu menjadi lengang. Lampu-lampu jalan dipadamkan , semua kedai dan restoran ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melalui jalan berkenaan kecuali sebuah teksi yang beberapa kali berulang-alik mencari 'sesuatu.'
Oleh kerana tiada kenderaan lain, Imam Al Banna menahan teksi berkenaan untuk pulang ke rumahnya. Dengan tidak disangka-sangka, sebaik sahaja teksi berkenaan berhenti di hadapan beliau, tubuh beliau terus dirobek oleh peluru-peluru yang dimuntahkan oleh senjata pemandu teksi berkenaan.
Bagi menyempurnakan lakonan sendiwara seterusnya, Imam Al Banna di bawa ke Hospital Al Qasrul Aini. Di hospital berkenaan, dengan arahan daripada Raja (Al Malik) Faroq, Imam Al Bana di tinggalkan bersendirian tanpa diberi rawatan kecemasan hinggalah beliua menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tarikh 12 Februari, lebih 53 tahun yang lalu menjadi saksi pembunuhn kejam dan terancang pihak berkenaan ke atas imamul-jihad, As Syahid Hasan Al Banna.
Bukti Perancangan semakin terserlah apabila pada 4/7/49 kerajaan Al Malik Faroq mengisytiharkan anugerah khas kepada konspirator utama yang merancang pembunuhan berkenaan, iaitu ketua di jabatan siasatan jenayah Kementerian Dalam Negeri, Amir Mahmud Bek Abdul Majid dan pemandu serta pemilik teksi berkenaan.
Mereka dianugerahkan elun khas di atas 'jasa dan kesungguhan berkhidmat memastikan keamanan negara.'



TEKANAN
Bergembiralah musuh-musuh Islam dengan kejayaan mereka membunuh pengasas gerakan Islam pertama di dunia selepas kejatuhan khilafah Othmaniyyah.
Dengan kejayaan mereka membunuh Imam Al Banna, maka bertambahlah tekanan demi tekanan ke atas pengikut-pengikut serta anak-anak murid Imam Al Banna. Mereka mencari anggota Ikhwanul Muslimun dari rumah ke rumah serta memenjarakan mereka.
Rumah As Syahid Imam Al Banna tidak terkeculi daripada pemeriksaan. Bahkan mereka mengadakan kawalan khas di sekeliling rumah berkenaan selama dua tahun. Sesiapapun tidak dibenarkan menghubungi keluarga Imam Al Banna. Sesiapa yang cuba menghubungi keluarga berkenaan akan ditangkap dan dipenjarakan.
Talian telefon di rumah berkenan dipotong. Tidak cukup dengan itu, mereka akhirnya mengelurkan arahan supaya rumah berkenaan dirobohkan dengan alasan ianya sudah usang dan dibimbangi akan membahayakan orang ramai, sedangkan rumah berkenan masih dalam keadaan elok.
Kebimbangan mereka ke atas dakwah Ikhwan ternyata sekali apabila jenazah As Syahid tidak dibenarkan diiringi oleh sesipapun di kalangan lelaki. Jenazah beliau diiringi oleh para malaikat dan kaum ibu ke kubur. Lelaki yng mengiringi beliau hanyalah bapanya, Imam Abdul Rahman Al Banna dan Syeikh Makram Abid.
Teknan ke atas anggota-anggota Ikhwan berterusan walaupun Al Malik Faroq sudah tidak berkuasa lagi di bumi Mesir. Tahun-tahun 1954, 1065 dan 1981 telah merakamkan seribu satu macam kengerian di atas penyiksaan yang dikenakan ke atas anggota Ikhwan.
Ramai ulama' dibunuh ditali gantung. Tidak kurang juga yang disiksa dengan pelbagai jenis penyiksaan di dalam penjara yang tidak diketahui di mana letaknya.



GAGAL
Musuh-musuh Islam menyangka mereka berjaya menyekat dakwah Islmiyyah dengan membunuh Imam Al Banna dan menekan pengikut-pengikutnya. Sebaliknya kehendak Allah mengatasi segala-galanya.
Dakwah Islmiyyah ini semakin tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Di sebahagian besar negara Arab kemudiannya ditubuhkan cawangan Ikhwnul Muslimun. Di Turkey ditubuhkan Refah Partisi. Di India, Pakistan dan Bangladesh ditubuhkan Jamaat-E-Islami. Di Malaysia ditubuhkan Hizbul Muslimin yang kemudiannya diharamkan oleh Inggeris dan digantikan dengan Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Di Indonesia, umat Islam menubuhkan Mayumi. Di Palestin di tubuhkan Hamas dan begitulah seterusnya. Parti dan gerakan Islam satu demi satu bercambah hasil daripada 'biasan sinar dakwah' Imam Al Banna rahimahullah.



MENGAPA DIBUNUH?
Rami berpendapat, Imam Al Banna tidak akan dibunuh jika beliau tidak menyertai jihad menentang Israel pada 1948. Mana mungkin imamul-jihad ini berdiam diri melihat Yahudi meratah-ratah daging saudaranya di bumi Isra'. Sebab itulah beliau menyandang senjata dan mengerahkan umat Islam supaya berjihad, menyahut seruan Allah di dalam Al Quran.
Maka 'jihad'lah yaang menjadi punca kemarahan musuh-muuh Islam. Sebelum itu mereka tidak begitu gentar terhadap dakwah Imam Al Banna.
Dakwah yang dilakukan oleh beliau di Mesir adalah dakwah yang penuh dengan hikmah; mengajak manusia kembali kepada Allah, melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Hasan Al Banna tidak pernah mengkafirkan sesiapa sesuka hati. Tidak pernah mengarahkan sesiapa melakukan pembunuhan ke atas pemimpin-pemimpin tertentu dan tidak pernah merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan.
Dakwah sebegini lazimnya tidak mengundang sebarang tindakan negatif pihak musuh. Tetapi sebaik sahaja melihat kejayaan beliau mengajak umat Islam Mesir menyerti peperangan terhadap penjajah Israel di bumi Palestin, maka musuh-musuh Islam merasa gerun.
Mereka bimbang, orang yang mampu mempengaruhi orang ramai ini akan menumbangkan kuasa mereka suatu hari kelak. Peritiwa ini seakan-akan sama dengan peristiwa Singapura diserang todak. Budak yang berjaya menyelamatkan Singapura daripada diserang todak itu akhirnya dibunuh kerana dibimbangi kepintarannya itu akan menyebabkan kuasa raja tumbang suatu hari kelak.
JASA 1948
Betapa besarnya jasa Imam Al Banna dalam menggerakkan umat Islam berjihad menentang Yahudi! Dalam keadaan umat Islam terlena dibuai mimpi-mimpi indah, beliau menyedarkan mereka supaya bangkit dan menghalau penjajah di Baitul Maqdis.
Mereka bangkit dan berada di barisan hadapan daripda pasukan tentera Mesir ketika itu. Dengan semangat jihad yang kental yang ditanam oleh Imam Al Banna mereka melangkah gagah dan hampir setiap pertempuran menyaksikan kemenangan berpihak kepada mereka.
Ketika mereka sudah berada dipinggir Tel Aviv, kerajaan Mesir memanggil pulang. Dan apabila pulang, mereka dapati pemimpin mereka, Imam Al Banna telah dibunuh dengan kejam.
Bahkan mereka yang pulang itu pula ditangkap dan dipenjarakan. Kepulangan mereka bukan disambut dengan bunga manggar mahupun anugerah pahlawan. Bahkan mereka disambut dengan penjara dan tali gantung.
Bermula tanggal berkenaan, Yahudi kembali berkuasa ke atas seluruh Palestin sehinggalah ke hari ini. Mereka kembali melakukan kekejaman ke atas umat Islam tanpa mengira lelaki mahupun wanita, dewasa mahupun kanak-kanak, muda mahupun tua.
Dr Ahmad Al-Malat, Pengerusi Persatuan Perubatan Islam Kaherah yang merupakan salah seorang anak murid Imam Al Banna berkata, “Kalaulah tidak kerana pengkhiantan yang dilakukn ke atas Imam al Banna nescaya tinta sejarah (Paletin) telah berubah (insya Allah).”
Dr Al-Malat adalah salah seorang doktor bedah yang ditugaskan oleh Imam Al Banna untuk menyertai peperangan menentang Yahudi di Paletin. Beliau memberikan khidmat kepakarannya kepada mujahidin yang tercedera.
Bersempena ulang tahun pemergian Imam Al Banna, Dr Al-Malat yang sudah lanjut usianya berpesan kepada pemuda-pemuda gerakan Islam yang sedang ditekan di seluruh dunia, “Kita mahu pemuda-pemuda yang berkata kepada dunia, 'Cukuplah....'. Kita mahu pemuda-pemuda yang sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan musuh... Sesungguhnya pertembungn di antara hak dan batil berterusan tanpa henti. Dan kita adalah tentera di pihak yang hak. Untuk itu kita perlu menggantikan panglima ini (Imam Al Banna) yang telah menjual dunia dan membeli keredhaan Allah...”



MENCARI AL BANNA KEDUA
Kini, ketika dunia sedang menyaksikan penindasan berterusn ke atas umat dan gerakan Islam, kita mengharapkan Allah melahirkan seorang lagi pemimpin Islam seperti Hassan Al Banna.
Tidak adakah seorang dikalangan umat Islam kini yang mampu mengembalikan maruah Islam setelah dirobek-robekkan oleh Amerika, Britain, Israel, Perancis dan sekutu mereka di Palestin, Afghanistan, Iraq, Mindanao, Checnya, Kashmir dan lain-lain.
Sudah tibakah masa yang dijanjikan Allah, apabila umat terdahulu diuji dan dicuba lantas berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya:
"Bilakah akan datangnya pertolongan Allah?"
Allah menjawab: "Ketahuilah, pertolongan Allah semakin hampir.

Wednesday, February 11, 2009

TALK on Valentine's Day by HEALS

say NO to Valentine's Day..
it is not a Muslim's culture
it's a christian culture...
wait for my next post about Valentine's Day



buatmu wahai mahasiswa


“katakanlah wahai Muhammad : Aku hanyalah mengajardan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu hendaklah kamu bersungguh2 berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua(dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematan-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu). Sebenarnya tidak ada pada Muhammad yg menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila(sebagaimana yg dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yg berat (di akhirat). Katakanlah (wahai Muhammad): Apa jua yg aku harap kamu berikan kepadaku sebagai upah maka faedahnya tetap terpulang kepada kamu; sebagai upah maka faedahnya tetap terpulang kepada kamu; balasan yg menjadi upahku yg sebenar hanyalah daripada Allah dan Dia sentiasa Memerhati serta Menyaksikan tiap sesuatu. Kataknlah lagi; sesungguhnya Tuhanku, menurunkan wahyu (kepada nabi2 pilihanNYA) dengan perkara yg benar, Ia sentiasa Mengetahui akan segala perkara yg ghaib. Katakanlah lagi: telah datang kebenran (al-quran yg memberi segala kebaikan), dan perkara yg salah tidak memberi sebarang kebaikan di dunia, usahkan hendak mengulanginya di akhirat. Katakanlah lagi: sekiranya aku sesat maka bahaya kesesatanku akan menimpa diriku sendiri, dan jika aku beroleh hidayah petunjuk maka yg demikian disebabkan apa yg telah diwahyukan oleh Tuhanku kepadaku; sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Dekat”
(Saba’ : 46-50)

Wahai pemuda,

Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah swt, tiada Tuhan melainkan Dia. Saya juga mengucapkan selawat dan salam buat junjungan kita Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam, imam orang2 soleh, pemimpin para mujahid dan juga buat keluarga baginda saw para sahabat serta para tabi’in.
Wahai pemuda,

Sesuatu gagasan akan berjaya jika wujud keyakinan yg kuat dengan gagasan yg didokong, wujudnya keikhlasan dalam mendokongnya, semangat yg sentiasa membara bersamanya serta sedia berkorban dan berusaha untuk merealisasikannya. Keempat-empat asas iaitu KEIMANAN, KEIKHLASAN, SEMANGAT dan USAHA adaah sifat-sifat istimewa para pemuda. Sebabnya, asas keimanan ialah hati yg bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yg suci, asas semangat ialah keinginan yg kuat, asas usaha ialah keazaman yg membara. Semua sifat ini hanya ada pada pemuda. Atas dasar ini dalam mana-mana bangsa para pemuda menjadi tonggak kepada kebangkitan mereka. Setiap kebangkitan ada rahsia kekuatannya yg tersendiri. Setiap gagasan ada pendokong panjinya.

“sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yg beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah mereka dengan hidayah petunjuk (Al-Kahfi:13)

Dengan ini bermakna kewajipan kamu banyak, tanggungjawab kamu berat dan terlalu banyak hak bangsa yg perlu kamu tunaikan. Ini bermaknaamanah yg kamu pikul adalah berat. Kamu perlu berusaha lebih, kamu perlu menentukan pendirian kamu, kamu perlu mara sebagai penyelamat. Kamu perlu tunaikan segala hak ummah dengan segala keistimewaan yg kamu miliki sebagai pemuda.

Ada pemuda yg lahir dalam sebuah bangsa yg hidup aman sejahtera. Bangsa ini memiliki kuasa yg mantap dan kemajuannya melimpah ruah. Pemuda yg lahir dalam suasana ini akan lebih mementingkan diri sendiri lebih daripada mementingkan nasib bangsanya. Dia akan sentiasa berhibur dan berseronok dengan jiwa yg tenang dan selesa.

Ada pemuda yg lahir dalam sebuah bangsa yg sedang berjuang kerana bangsanya sedang dijajah. Musuh menentukan segala nasib bangsanya. Bangsanya sedang berjuang bermati-matian untuk mengembalikan hak mereka yang telah dinafikan, khazanah mereka yg telah dirampas, kebebasan mereka yg telah lenyap termasuklah kegemilangan dan kedudukan mereka. Ketika itu keutamaan pemuda ialah mementingkan nasib bangsanya lebih daripada mementingkan nasib dirinya sendiri. Jika kewajipan ini berjaya dilaksanakan, dia bakal beroleh kejayaan dunia dengan menerima kemenangan di medan perjuangan dan dia akan beroleh kejayaan akhirat dengan menerima ganjaran ALLAH. Barangkali kita bernasib baik kerana kita berada bersama golongan kedua. Kita berpeluang melihat sebuah bangsa yg sedang berjuang dan berkorban untuk memperolehi hak dan kebebasan. Bersedialah wahai para pejuang kerana kemenangan sangat hampir dengan orang2 yg beriman dan kejayaan besar akan diperolehi oleh orang2 yg berusaha tanpa henti.

Wahai pemuda,

Barangkali faktor yg paling kritikal bagi sebuah bangsa yg sedang membangun (ketika ia berada di awal kebangkitannya) ialah wujudnya pelbagai aliran dengan pelbagai dakyah, wujudnya pelbagai pendekatan dengan pelbagai strategi dan cara kerja serta wujudnya perebutan untuk menjadi pemimpin dan ketua. Semua faktor ini hanya memecah belahkan segala tumpuan serta kekuatan dan tidak mungkin membawa kepada matlamat yg diingini. Atas dasar ini, langkah mengkaji dan menilai segala aliran ini merupakan suatu yg perlu dilakukan oleh mereka yg mahukan perubahan.

Atas dasar ini saya merasakan ia menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan kepada saudara sekalian secara ringkas berkenaan da’wah Islam di kurun ke-14 Hijrah ini.


petikan daripada buku 'Himpunan Risalah Hassan Al-Banna'

Wednesday, February 4, 2009

BN + PR =

salamullahi'alaik..

ingat nak study tadi, tapi tiba2 terbuka blog...
tulis la sikit..rasanya mungkin semua dah tahu ujian yang menimpa pakatan rakyat di Perak..
disebabkan 3orang ADUN PR berpaling tadah atas sebab2 yang mungkin boleh diagak, kerajaan negeri mengalami maslah dek kerana imbalance dalam jumlah kerusi dalam pemerintahan negeri Perak..entahlah..apa-apa saja boleh berlaku...
politic cannot be expected!!

so, regarding to this issue, what should we do??
of course there is something that we can do to help them!!

kalau yang memang nak tengok BN berkuasa di Perak, maka bolehlah buat solat hajat doakan kemenagan BN untuk tubuh kerajaan negeri...

buat rakyat-rakyat yang ingin kekalkan penguasaan PR dalam kerajaan Perak, marilah sama-sama kita semua(kita?) melakukan solat hajat..memohon supaya ALLAH kekalkan pengusaan PR di negeri Perak ini, jika itu yang terbaik untuk Islam.. insyaALLAH ALLAH bersama-sama mereka yang ingin menegakkan agama ALLAH...

sejarah telah menunjukkan kita siapa yang inginkan Islam dan siapa yang tidak..
sejarah telah membuktikan apa yg telah kerajaan BN dan PR buat selama mereka diberi amanah untuk mentadbir negeri..

ayuh, tunggun apa lagi??
marilah sama-sama kita bangun..bangun untuk dirikan solat hajat dan berdoalah!
doa itu senjata orang mukmin...

p/s: bagi sahabat-sahabat yg kenal ana dan yg baca blog ni...minta tolong doakan kejayaan saya juga dalam midterm ni..(^_^)

exam period




salamullahi'alaik..
during this period, i'll be very busy with my study..
i really hope that my result will be better than before...
insyaALLAH..
"Ya Allah, sekiranya kejayaanku akan menthabatkan aku
dalam redha dan syukur di sepanjang
jalan perjuangan ini,
maka kurniakanlah ya ALLAH...
kejayaan yang bisa menggegarkan bumi UIAM ini..
agar dengannya aku bisa menarik hati-hati di sekelilingku
untuk menghayati betapa agungnya mengabdikan jiwa dan ragaku kepadaMU...
tetapi ya ALLAH..
sekiranya kejayaan akan membuatkan aku semakin jauh kepadaMU..
dan kegagalan adalah yang terbaik untukku..
maka Kau kurniakanlah aku kekuatan untuk menerimanya..
aku pasti ya ALLAH pada setiap iradahMU..
hanya Kau yang mengetahui apa yang terbaik untukku.."
selamat berjaya buat sahabatku, Ezwan dalam endblock examnya..juga buat semua sahabat2 Dentistry...moga kalian menjadi hamba yang paling yakin dengan ALLAH dan yang paling redha dengan segala ketentuanNYA..
Aamiin..

Sunday, February 1, 2009


salamullahi 'alaik.. berikut adalah beberapa gambar yang sempat saya ambil sempena Hari Pembuangan Undi PRK UIAM kampus Kuantan. sebenarnya saya sudah post pada hari tersebut (29 Jan 09) tetapi saya tidak pasti kenapa ianya tidak dapat di'display' dalam blog. analisa brkenaan PRK juga ada saya publishkan. juga mengalami masalah yang sama. nak taip balik rasanya tak mampu dek kerana ada lagi urusan yang perlu saya selesaikan. never mind, rasanya ramai yang telah berkata panjang lebar mengenai isu PRK. cumanya alhamdulillah, ini adalah pengalan saya yang pertama terlibat secara lansung dalam PRK. benarlah, tarbiyyah yang kita dapat dalam pilihanraya kampus merupakan persediaan yang baik untuk menghadapi realiti sebenar pilihanraya umum yang sememangnya lebih mencabar.


CINTA DA'IE

salamullahi'alaik..

entri ini dibuat sejurus sahaja aku tiba di UIA jam 12pagi tadi. Balik bilik pun belum. terus ke cc.

Alhamdulillah, musafir ke KL berjalan dengan lancar, pastinya dengan bantuan ALLAH swt. Subhanallah, entah kenapa aku merasakan kebahagiaan dan ketenangan yang luar biasa indahnya mengharumi musafir kali ini. namun yang aku pasti, ini pastinya satu hidayah dari ALLAH swt untuk aku kembali merenung kembali kemaksiatan yang sekian lama membelengu iman ini..MasyaALLAH terasa benar kasih sayang ALLAH buat hambaNYA biarpun aku sering lalai dalam mengingatimu YA ALLAH..

Aku sengaja memilih untuk ke KL atas urusan yang memang harus untuk aku penuhi. Dalam masa yang sama, aku juga mengharapkan, musafir kali ini mampu memberi ketenangan setelah agak lama ‘tertekan’ di Kuantan. Tertekan dengan tanggungjawab yang tak mampu aku laksanakan sebaik mungkin..Alhamdulillah, peluang dari ALLAH ta’ala bertemu dengan sahabat-sahabat yang pernah aku gelarkan mereka “mad’u” (atau aku yg patut digelar mad’u..huhu) cukup memberi kesan pada diri. Benarlah, ikatan ukhwah yang benar-benar ikhlas apatah lagi jika tali yg mengikat ikatan tersebut adalah tali aqidah Islamiyyah. Sejuk hati dapat melihat mereka juga masih setia berada dalam hidayah ALLAH, merelakan diri untuk bersama-sama menebarkan kalimah NYA di atas muka bumi ini. Perasaan kali ini cukup lain dari yang lain. Yya, aku juga sedarinya dari awal lagi. Kerana hujung minggu kali ini mungkin menjadi ‘top 10’ kenangan terindah dalam hidupku.

Apakah yang lebih gembira melainkan melihat mad’u yang kita serunya ke jalan ALLAH ini akhirnya akur dengan taqdir ALLAh buatnya, meletakkan dirinya dalam kehangatan perjuangan agama di muka bumi ALLAH ini. Apakah yang lebih gembira apabila melihat da’wah kita kepadanya beransur menampakkan buahnya..apakah yang lebih gembira melihat dirinya tenang dan gembira dengan dirinya yang baru ini. Diri yang penuh sarat dengan kesedaran da’wah dan khasyatillah(takutkan ALLAH)..

Subhanallah…Alhamdulillah…Allahu Akbar…

Sebenarnya nukilan-nukilan ini tidak mampu menggambarkan kegembiraan sebenar yang sedang aku rasai..betapa ALLAH terlalu cepat mengkabulkan doa hambaNYA..moga ALLAH mengekalkan mereka dalam jalan agama ini sehingga redha ALLAH menjadi hak milik abadi..dan moga-moga segala dosa dan maksiat yang aku buat tidak sedikitpun melekat pada diri mereka..

ketahuilah wahai insan-insan yg aku cintai kerana ALLAH, aku juga sedang berusaha untuk menjadi mukmin yang sejati..

ketahuilah wahai mad’u2 ku, kalianlah galian-galian akhirat buatku..

ketahuilah wahai hati-hati yang aku seru kepada ALLAH, diri kalian telah aku tempatkan di ruang yang cukup tinggi dalam prioriti hidupku.

Ketahuilah wahai teman-teman penempuh jalannYA, aku tagihkan saat-saat kita bersama berjuang untuk menegakkan kalimah tauhid sehingga kita layak kemabli kepada ALLAH dalam keadaan yang diredhai..

Ketahuilah wahai saudara seaqidahku, cintaku pada kalian hanyalah kerana cintaku pada Zat yang hanya layak dicintai, ALLAH swt. Tanpa cintaNYA, maka tiadalah lagi cintaku pada kalian.


Sekalung penghargaan buat semua ‘anak-anak usrahku’ sewaktu di pusat asasi..AZHAR..SYAHID..SHAFIQ..FAIZ ZAKARIAMUNZIR..MURTADHA... IWAN...FAIZ ARIF..AZRI.. HAFIZ MANSOR...AMMAR NASIR dan IZZAT AFIF

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBANTUKU UNTUK MEMBANTU KALIAN

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENERIMA SEGALANYA TENTANG DIRIKU..


Akhirnya air mata kesyukuran dan keinsafan meluncur laju, menemani munajtku di surau perhentian RnR Genting Sempah, dalam musafir kali ini..Alhamdulillah.moga ini tandanya hatiku belum keras untuk menerima lembutNYA keampunan ALLAH swt.

“ya ALLAH, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawasanya hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan mahabbah hanya kepadaMU, bertemu untuk taat kepadaMU, bersatu dalam rangka menyeru di jalanMU, dan berjanji setia untuk membela syariatMU..maka kuatkanlah ya ALLAH iaktan pertaliannya, abadikanlah kasih-sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahayaMU yang tidak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMU..hidupkanlah dengan ma’rifatMu, dan matikanlah kami dalam keadaan syahid di jalanMU.. sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong..”