Alhamdulillah thummal hamdulillah….
Ketika agama tidak dijadikan sandaran dalam kehidupan..maka akan terlihatlah kemusnahan. Setiap manusia, hamba yg mendambakan kepada sebuah kehidupan berTUHAN pastinya akan meratap hiba dan kecewa dengan suasana yg menimpa dunia, di setiap pelusuk bumi yg meninggalkan islam sebagai satu cara hidup. Lagi sayu dan pecah hati, kecewa, marah dan bernanah ketika kita berada di dalam lingkungan masyarakat islam yang tidak beragama. Ketika MUSLIM menjatuhkan ISLAM..maka apalagi yg nak dikatakan….
Justeru perasaan kecewa dan marah itu hanya akan tinggal sia-sia bahkan mungkin kembali menjadi satu penghinaan buat kita, jika kita tidak melakukan apa-apa usaha untuk mengembalikan Islam ditempatnya. Ini yg kebanyakan terjadi sekarang. Makin bertambah bilangan mereka yg menolak Islam, maka sepertinya makin bertambah juga mereka yg hanya mendiamkan diri, bersembunyi di dalam rumah dengan kealiman dan kewarakan mereka…
**************
Sengaja memulakan entri kali ini sedemikian. Sekadar meluahkan apa yg terbungkam di hati selain membuktikan bahawa saya bukan muslim yg hanya sibuk memperbaiki tanpa memikirkan ‘barah ummah’ yg semakin membimbangkan. Saya bukan manusia yg mementingkan diri. ISLAM is for ALL!!!
Termasuk semalam, Alhamdulillah saya dah berjaya melepasi 3 peperiksaan untuk final exam kali ini. Semalam yg terindah, melalui setiap detik dan saat dalam sesi praktikal Clinical Optometry III sangat mengembirakan. Walaupun natijahnya tidak seperti yang impikan, namun hikmahnya cukup banyak sehingga saya berjaya mengurus perasaan saya dengan baik sepanjang berjalannya sesi praktikal tersebut.
Sesi praktikal semalam kiranya seperti peperiksaan yang menguji kefahaman dan aplikasi saya sebagai seorang pelajar optometri sepanjang 3tahun kurang satu semester belajar di UIAM Kuantan. Ianya menguji tahap kefahaman ttg teori dan kebolehan mengendalikan alat-alatan di klinik optometri sekaligus menguji sejauh mana interpersonal skill kami dalam mengendalikan seseorang pesakit.
Hasilnya, saya mengerti dan memahami sememangnya saya belum cukup ‘skillful’ dalam hal ini. I am in learning process. So, it doesn’t matter if I failed or not, it just that I have to enhance my skill so that in future I can become a good practitioner in optometry field. Dengan kebolehan tersebut, makanya pastinya saya lebih banyak boleh memberi untuk kemaslahatan Islam kelak…
**************
Semoga masa depan saya kelak untuk Islam sepenuhnya..ameen…