Monday, May 11, 2009

Nizar menteri besar sah Perak


May 11, 09 3:45pm
kemaskini 4.45pm Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.




Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.
Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.
Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:

(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya
sebagai Menteri Besar Perak

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.

"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.

Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.

Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.

Tuesday, May 5, 2009

KEGAGALAN yang MEMBANGGAKAN


Alhamdulillah, saat ni baru rasa nak blogging balik..bila dah lama tinggal, tangan memang rasa kebas nak sentuh keyboard balik…rasa seperti baru bangun tidur pun ada. Dah banyak perkara tertinggal sepanjang tempoh aku tak berblogging ni. Isu semasa pun banyak terlepas macam tu je..

ada kat indon je ni(^_^)

Hari ni kira rasmi la result aku released. Alhamdulillah, ALLAH masih beri aku kejayaan untuk teruskan pengajian. Rasa berjaya kerana aku masih mampu sedar akan hakikat sebuah kejayaan yang sebenarnya. Kejayaan untuk terus berjaya dalam hidup. Result kali ni memang agak mencabar iman dan emosiku. Agak teruk sebenarnya. Tapi aku rasa kali ni aku makin matang dalam berhadapan dengan ujian dalam hidup. Ujian itu harus aku akhiri dengan syukur dan redha serta terus berusaha mencapai yang terbaik di sisi ALLAH.

..Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, “sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya akan Aku tambahkan nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmatKU, sesungguhnya azabKU amat berat”... (Ibrahim:7)

Seringkali manusia terlalu cepat melatah tatkala ujian yang menyusahkan diri datang dalam hidup. Selalu kita beranggapan yang ujian itu sebagai satu cara PENGHAPUS DOSA buat kita. Ya, memang benar. Tetapi, di suatu sudut yang lain, kita perlu bersangka baik dengan ALLAH pada setiap perkara yang berlaku. Tanda AKHLAK seorang hamba kepada Tuannya. Alangkah baik kalau tatkala ujian datang, tidak kira dalam bentuk yang postif atau negatif, sesungguhnya ia sebagai tanda kasih dan sayang ALLAH kepada kita. Untuk DIA tambah darjat kebaikan kita tatkala air mata mengakir, menginsafi kekerdilan kita sebagai hamba, sebagai batu loncatan untuk kita menambah amal kebaikan dek tambahnya usaha kita dalam melaksanakan sesuatu perkara..Alangkah bahagianya hidup jika begitu caranya..tetapi janganlah sampai timbul ‘ujub dan riya’ dalam amalan pula..BASIC INDICATOR yang selalu aku letak dalam menilai setiap ujian yang datang adalah di akhir setiap ujian itu nanti,AKU MESTI AKAN LEBIH DEKAT DENGAN ALLAH..Sebenarnya mungkin cara seseorang itu berfikir yang silap. Selalu amat berfikir negatif dalam semua perkara. Akhirnya setiap perkara yang datang dilihat buruk dan serba-serbi kurangnya. Maka, dari mana akan datang BAHAGIA dalam hidup andai asyik berfikir negatif setiap kali kesusahan datang menimpa?

(SYUKUR + REDHA) + HUSNU ZHON = BAHAGIA [DUNIA AKHIRAT]

BUAT YANG TERBAIK DALAM HIDUP…ALL OUT

Semalam, aku berkesempatan berdiskusi bersama DEPUTY DEAN of ACADEMIC AFFAIRS kuliyyah ALLHs, Bro. Zainul Ibrahim..MasyaALLAH banyak sekali input2 baru yang aku peroleh hasil pertemuan 4 mata aku dengan insan hebat ini. Memang aku berhajat untuk meminta pandangannya berkenaan satu keputusan besar yang bakal aku buat. Sebenarnya tidaklah terlalu besar, tetapi kali ni rasa agak berat untuk menimbal-balik keputusan tersebut. So, I’ve decided to look for ‘second opinion’ untuk menambahkan kualiti kematangan keputusan aku nanti.

Banyak benda yang dia lontarkan. Cuma satu perkara yang aku ingin kongsikan..

Dari surah Al-Insyirah(atau dalam bahasa kebanyakannya surah Alam Nasyrah)..ayat 5,6,7 dan 8..

Aku suka untuk menyebut tafsiran ayat tersebut

..maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kesenangan..

..dan bersama kesulitan itu ada kesenangan..

….maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), maka tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)…

..dan kepada Tuhanmu kamu berharap..

Apa yang dapat kami berdua resolusikan hasil dari terjemahan ayat-ayat dalam surah tersebut adalah, ALLAH telah mengingatkan kita yang dalam setiap kesulitan itu dia akhirnya nanti akan menatijahkan kesenangan..juga kita boleh simpulkan dalam ayat-ayat yang lain..

Syarat untuk mendapat kejayaan adalah dengan merasa peritnya kesusahan yang mengiringi kejayaan yang bakal diraih. Perit bukan bermakna. Sekadar menterjemahkan nilai kesusahan tersebut. Bagi jiwa-jiwa yang beriman, derita ibarat hempedu yang manis rasanya walaupun ianya pahit. Dua kali ALLAH stress on the statement sebagai isyarat benarnya sunnatullah ini dalam reality kehidupan. Untuk mendapat kesenangan ALLAH mengajar kita agar melakukan yang terbaik dalam setiap perkara yang kita buat..yang terbaik yang pernah kita buat..dan kami berdua bersetuju dalam perkara tersebut. Amat setuju..namun, apa yang menjadi indicator untuk menilai ‘usaha terbaik’ tersebut. Diri ini juga kurang arif bagaimana harus meletakkan penanda aras tersebut. Namun, acap kali terlintas di minda suatu ungkapan dalam artikel TINTA TARBIYYAH IQRAC semasa di Darul Quran. Artikel tersebut dikeluarkan sempena fatrah imtihan yang bakal menjelma.

“…selagi kaki kanan belum melangkah ke dewan peperiksaan, anda masih ada masa untuk mencipta kejayaan…”

Mungkin ayat ini sangat jelas kepada insan2 bergelar murid, pelajar, mahasiswa atau apa jua istilah yang seumpama dengannya. Dalam realiti pula, kata-kata ini ingin memberitahu anda bahawasanya, sehingga saat kita berpeluang masa untuk berusaha, maka kerjakanlah..

TETAPI, kata-kata ini jauh sekali untuk menghalalkan usaha LAST MINUTE anda tetapi sebagai melambangkan ERTI KESUNGGUHAN.

SERAHKAN SEGALANYA PADAKU

Dan akhirnya ALLAH mengajar, setelah kita meletakkan maximum effort dalam setiap tindakan kita, akhirkanlah dengan siraman tawakkal kepadaNYA..sesungguhnya DIAlah yang akan memberi FINAL DECISION dan NET OUTPUT kepada usaha yang kita telah buat.

…maka apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada ALLAH. Sesunguhnya ALLAH mencintai orang yang bertawakkal..(Ali Imran:159)

Wallahu Ta’ala A’lam

Friday, April 17, 2009

anas bin muhammad ashraf






Latar belakang Anas ibn Malik ra.

Anas ibn Malik dilahirkan pada tahun 612 h dan merupakan salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w. Anas ibn Malik juga merupakan seorang hamba kepada Rasulullah s.a.w. Beliau berasal dari Bani an-Najjar dan berketurunan Ansar serta dilahirkan di Yathrib (Madinah) . Anas ibn Malik bukan lah seorang yang dilahirkan sebagai seorang yg beragama islam pada awalnya. Beliau merupakan anak kepada Ghumaisho’ bt Milhan (Umm Sulaym) . Ibu beliau telah memeluk islam dan kemudian ibu beliaulah insan yang telah mengajar beliau untuk mengucapkan dua kalimah syahadah dan scr langsung memeluk islam sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah . Sejak dari kecil lagi ibu beliau telah menanamkan rasa cinta terhadap Allah dan Rasullullah dalam diri beliau. Dan kerana itulah Anas ibn Malik teramatlah cinta kepada Rasulullah dan sentiasa merindui untuk bertemu dengan baginda s.a.w sejak beliau berusia 10 tahun lagi . Anas ibn Malik merupakan perawi hadis ketiga terbanyak selepas Abu Hurairah r.a dan Abdullah b. Umar r.a .