Saturday, February 28, 2009

lamanya tak update blog..pe hal

Assalamu'alaikum...

Astaghfirullah...dah dekat 2 minggu tak update blog..sori2
saya teramat kesuntukan masa untuk update blog ni(betul ke ni?)...
masa tu banyak rasanya. tapi nak jaga masa dengan baik tu belum berjaya lagi but i've tried my best to be good in manage my days..

exam midterm hanya tinggal satu je lagi..ocular anatomy..how's before?terrible...huhu.nak habis satu2 subjek tu perit jugak la. tambahan minggu2 mendatang ni banyak sangat program yg mendatang. merungut? tak lah.saja nak tulis kat sini..mengalahkan PM pulak. ye la..PM buat kerja tapi takde exam..huh, perumpamaan yg tak matang langsung.

besok, actually hari ni la..julung-julung kalinya UIAM akan mengadakan Interfaith Dialogue dengan beberapa agama lain iaitu agama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu. tak sabar nak tunggu talk tu. tapi tu la.. saya kena jadi ajk bahagian Catering. jadi macam tak sempat je nak join sepenuhnya..huhu..agak terkilan.tapi biasa la kan. dalam peperangan, tak semua boleh gi berperang. ada yg kena jaga semapadan, ada yg kena rawat org sakit, ada yg kena duduk diam2..ada kaitan ke perang dgn talk ni?

ada la..hakikatnya, setiap perjuangan banyak seni perjuangannya untuk memastikan segalanya berjaya..ntah apa2 saya merepek ni.letih sangat rasanya.dah la kecik, makin mengecil la lepas ni.

banyak sangat perkara di luar yg terlepas khabar..isu2 negara banyak yg belum saya counter lagi. cumanya mungkin bukan dalam blog la. dok gheti nak elaborate..macam iman..kita percaya dengan aqidah kita tapi ingatlah..tak semua orang boleh sampaikan balik kefahamannya tu kan..
pilihan raya Bukit Selambau nak dekat dah. dekat dengan rumah tu. tapi tak sure lagi nak turun ke tak. bukan tak sure nak ke tak nak. konfem nak turun tolong. tapi masa dan keadaan yg kadang tak mengizinkan say nak pergi mana-mana. kadang-kadang hujung minggu ada kelas. jadi, kena banyak-banyak bersabar je la..

dah 12.40pagi.
rasanya saya kena balik rehat dulu..pagi besok, lepas subuh kena gerak ke tempat program. ada dua-tiga benda tak setel lagi. blazer tak ambil lagi. nak iron baju lagi..nak ngaji lagi..semua kena buat before tidur..kalau tengok mata kasar memang tak sempat tapi yakinlah pada keberkatan masa..terngiang-ngiang lagi pesanan NURUDDIN masa miting lepas subuh khamis baru2 ni. jika kita spen masa ALLAH, insyaALLAH ALLAH akan bantu kita dengan memberi kita kemudahan dalam urusan-urusan kita..

ok,ok..kena stop sekarang.
bayak benda lagi nak tulis..
pasal 2,3 perkara usul hidup yg sedang saya pikirkan..

"..aku memcintaimu kerana agama yg ada pada dirimu..jika kau hilangkannya dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu.." -imam Nawawi-

terima kasih buat teman penempuh jalanNYA

cahaya mataku optometry!!!
(kata-kataku yg bajet berfalsafah)

wallahu ta'ala a'lam


Thursday, February 19, 2009

diskusi ilmu politicsm


ambil dari blog ust syaari, rijal82..

saya dan sahabat2 dalam Mahallah Representative Council pun dalam proses untuk merencanakan forum yang lebih kurang macam forum di atas. menjemput ahli politik untuk berbincang mengenai tanggungjawab mahasiswa dalam menyediakan diri ke arah mewujdkan landskap politik berteraskan Islam dalam teraju kepimpimpinan hadapan. terubat jugak rasa rugi kerana tak dapat hadir ke Gombak kerana midterm exam yang masih berbaki. Besok pun akan ada paper for Islam, Knowledge & Civilization.

mungkin ramai yg menganggap program-program seperti ini berada di luar matlamat perjuangan mahasiswa di universiti...Allahu Akbar, moga-moga saya juga bukan dari golongan sedemikian yg cuba mengasingkan aspek politik dalam kehidupan beragama. sebenarnya, menanam kesedaran berpolitik di kalangan mahsiswa amat-amatlah penting. hal ini disebabkan oleh jauhnya mahasiswa dari ideologi politicism yg sebenarnya. pemikiran yg salah ataupun bahasa mudahnya, apabila mahasiswa menerima didikan dan doktrin yg silap semasa di universiti, maka apabila mereka menjadi pemimpin masyarakat kelak, perjuangan mereka akan dipengaruhi oleh mind-setting yg salah tersebut. akhirnya, jadilah seperti apa yg kita lihat sekarang. menteri-menteri yg merosakkan masyarakat dengan 'aqidah' mereka yg 'ntah apa-apa'..hiburan yg melampau..jauh dari nila-nilai agama..bahkan merekalah yg membawa undang-undang hutan ke dalam pentadbiran negara..

moga-moga dengan usaha seperti ini, kita mampu menyedarkan mahasiswa-mahasiswa betapa pentingnya mempunyai kesedaran berpolitik yg berasaskan Islam. kita ingin melihat suatu hari nanti negara yg kita cintai ini akan ditadbir oleh mereka yg mempunyai visi yg jelas dan satu, iaitu menegakkan hukum dan indang-undang Allah di muka bumi ini. ia akan lahir sedikit demi sedikit hasil kesedaran ini. Politik itu bukanlah sesuatu yg kotor kerana asasnya segala perkara dalam hidup adalah Islam. cumanya, kekotoran pemikiran dan iman yg dimiliki oleh pemerintah sekarang menyebabkan politik nampak kotor dan jijik di mata masyarakat. jadi tugas membersihkan politik dari karat jahiliyyah diletakkan penuh di atas pundak kita, golongan mahasiswa.

mungkin huraian saya ini tak mampu membuatkan pembaca sedar akan hakikat pentingnya ilmu pendidikan politik ini..jadi, ramai-ramailah kita memenuhi program-program seperti ini.
insyaALLAH..moga usaha yg sedikit ini mampu menjadi agen peng'istiqamah'an kita dalam beramal dengan Islam yg syumul

Tuesday, February 17, 2009

ya ALLAH..kuatkan aku


dalam kekalutan menghadapi exam ni, update blog adalah antara alternatif yg baik untuk menenangkan diri...dalam sibuk2 nak exam ni pun, aku sempat lagi fikir perkara-perkara yg bukan sepatutnya aku fikir(tak lepas lagi fiqh aulawiyyat ni)...mungkin sebab tu la aku post entri "enti mahu jadi isteri kedua ana?" tu..astaghfirullahal 'azim..moga ALLAH sajalah yg tahu apa yg terkandung dalam benak fikiran ini. moga ALLAH beri aku kekuatan untuk aku hadapi ujian yg mungkin berat bagi sesetengah orang dan mungkin masalah picisan untuk sesetengah yg lain.. 'ala kulli hal, aku boleh je tumpu pada exam, cumanya rasa tak sedap bila fikir perkara2 yg boleh jejaskan hati..teringin jugak nak bagisedikit pandangan mengenai realiti kahwin awal di kalangan mahasiswa..tengoklah..maybe some days coming..


الهي..انت مقصودي

"ya ALLAH, aku berlindung kepadaMU dari fitnah wanita dan aku berlindung kepadMU dari fitnah azab kubur"

p/s: doa ni ustaz aku bagi masa aku musafir di pondok Pasir Tumboh cuti sem lepas. ustaz cakap kalau nampak perempuan, baca doa ni supaya ALLAH pelihara pandangan dan hati kita..hati pun terjaga, pahala pun dapat..insyaALLAH..perempuan pun boleh baca doa ni cuma tukar wanita kepada fitnah lelaki. wallahu a'lam.